EP2001AD merupakan sebuah EP yang menjadikan titik permulaan dimana band yang bernama Pickcell menjadi sebutan. Ini kerana pada ketika itu mereka mendominasi persembahan pentas dengan imej pelik serta kadar adrenalin yang tinggi yang mampu merobohkan stage! Bersesuaian dengan imej bertopeng dan pada ketika yang sama Malaysia mula diterjah music gila dari band gila Slipknot dari Iowa, Pickcell muncul dengan gaya serta music ganas tanpa belas kasihan. Kemunculan mereka benar2 membawa impak keatas scene music underground tempatan pada ketika itu. Malah turut ada segelintir pengunjung gig yang datang hanya kerana ingin menyaksikan sendiri penangan dominasi agresif Pickcell di atas pentas. Ok kali ini apakata kita kembali bersembang mengenai Pickcell dan EP bertajuk EP2001AD ini.
Logo band Pickcell oleh Momok
Pickcell – EP2001AD
artwork oleh Juxtapoze Design
Tracklist :
1 – Illusion
2 – Descend
3 – Away
4 – Fear
5 – Sux It!
EP bertajuk EP2001AD ini diterbitkan oleh Music Trax Sdn Bhd. Juga terdapat sedikit kontraversi ketika EP ini diriliskan oleh Chaotic Repulsion (ok gua xmau cakap hal ini). Tidak dinyatakan secara jelas dimana studio rakaman yang digunakan untuk rakaman EP ini namun ada dinyatakan ianya dirakam sekitar May-Jun 2001 disekitar Petaling Jaya. Producer bagi EP ini adalah Fourstar dan Pickcell manakala Fai dan Johan merupakan executive producer. Line up yang terlibat dalam penghasilan rakaman EP ini adalah Ayie (Vocal), Ejump (Vocal), Af-1 (Guitars), Rizal (Guitars), Fathul (Drums), Hazrin (Bass), Gary (Media, Sampler * sesi rakaman dilakukan oleh Najib).
Line up yang terlibat ketika KL Tower Music Fest 2010.
Ok, track pertama bertajuk Illusion, bersesuaian sekali rentak huru hara sebagai sesi perkenalan umum kepada band ini. Sebuah track yang menyaksikan serangan duo vocalist ditambah dengan tempo laju oleh line up yang menjawat posisi dibahagian instrument. Drum serta gitar memainkan peranan penting dalam membawa mood lagu ini ke tahap maksimum.
Track ke2 bertajuk Descend menyaksikan penggunaan sampler dan lagu ini boleh dikatakan sebuah lagu yang beremosi. Mood seakan track pertama bermula setelah tamat verse pertama bersama bunyian sampler. Track ini juga menyaksikan Pickcell menyumbangkan clean vocal yang mungkin boleh dikenali trademark atau lenggok vocal sebegini pada lagu2 Slipknot alunan Corey Taylor. Juga terdapat bahagian breakdown pada track ini. Track ini berakhir sepertimana permulaan track ini tadi.
Away merupakan track ke3 yang permulaannya boleh membawa mood kucar kacir di pentas. Jeritan duo-vocal untuk bunyi stereonya menambah mood lagu ini terutama dibahagian korus lagu. Juga terdapat alunan nyanyian seakan Corey Taylor untuk lagu ini. Sebuah lagu yang baik serta punya elemen nu metal yang kental melalui beberapa riffing.
Track bertajuk Fear menjadi serangan ke4. Sebuah track yang berat diselangi nyanyian clean vocal serta jeritan serta permainan drum yang baik tanpa meninggalkan setiap bunyi kosong didalam permainannya. Track ini juga punya penangan hardcore yang agak kental dan tidak lupa juga vocalist seakan2 melakukan rapping namun tidak keterlaluan.
Track terakhir bertajuk Sux It! merupakan sebuah lagu paling kejam dan laju jika dibandingkan dengan kesemua track didalam EP ini. Riffing serta drumming tanpa belas kasihan serta jeritan bertalu2 dari kedua2 vocalist menambah huru hara lagu ini. Sebuah track yang hanya berdurasi 2 minit 16 saat namun track ini seakan track lepas geram serta punya gabungan pengaruh Death Metal, Hardcore malah drummer mereka sempat melakukan sedikit grind dihujung lagu. Sebuah lagu yang hebat!
Aksi agresif Pickcell di atas pentas
Keseluruhan EP ini belum mencapai mutu bunyian tahap profesional recording namun kesemua instrument dapat didengar dengan jelas. proses mixing juga berjaya mengimbangi setiap bunyian instrument tanpa ada bunyi timbul tenggelam. Kredit mungkin perlu diberi pada setiap line up dalam menghasilkan rakaman ini namun pada gua, gua memilih drummer mereka kerana permaianan yang kreatif. Tidak lupa juga pada kedua2 vocalist yang benar2 menambah huru hara keatas setiap lagu mereka. Bunyi gitar untuk EP ini boleh dikatakan agak berat jika dibandingkan dengan sound2 band seangkatan mereka pada ketika itu. Tidak dinafikan juga sound gitar sebegini mula menjadi igauan gitarist2 malaysia terutamanya setelah pemuzik2 luar berekplorasi dengan penggunaan drop tune serta banyak juga band yang cuba menghasilkan bunyi berat dengan tuning drop-D pada ketika itu.
Selepas melahirkan EP2001AD, Pickcell telah mengahsilkan sebuah single bertajuk Hypnotic namun selepas itu mereka seakan menyepi ditambah dengan pengunduran beberapa line up diposisi vocal, sampler, drum, dan guitar. Perkara ini ditambah lagi dengan komitmen beberapa line up yang turut memberi keringat untuk band masing2 seperti Restraint, Sensory, Insecure, Corrosion dan Nervewreck.
Pada 2010, Pickcell kembali memeriahkan scene music berat tempatan dengan kemunculan mereka untuk gig Tribute To Paul Grey (Slipknot) serta KL Tower Music Fest 2010. Adakah kembalinya mereka hanya untuk reunion atau mereka bakal menggegarkan kembali scene music berat tempatan seperti apa yang telah mereka lakukan sekitar awal 2000 dahulu? Just wait and bleed….
Pickcell – Live at Food Not Bomb, Bangsar KL (aksi tanpa topeng)
1 thought on “Pickcell – EP2001AD – Kehilangan pemuzik bertopeng Malaysia.”
Aku dulu sekolej & sekelas dgn sifathul drummer Pickcell ni..mmg dlm kelas pun dia bergendang meja tak ingat…berbakat besar,peramah..beliau adalah antara generasi yg masih kental metalnya…skg dia masih ada, cuma sepi sikit buat bisnes…skil masih sama…naluri masih sama…terima kasih krn memberi impak dlm scene m'sia ni…
Aku dulu sekolej & sekelas dgn sifathul drummer Pickcell ni..mmg dlm kelas pun dia bergendang meja tak ingat…berbakat besar,peramah..beliau adalah antara generasi yg masih kental metalnya…skg dia masih ada, cuma sepi sikit buat bisnes…skil masih sama…naluri masih sama…terima kasih krn memberi impak dlm scene m'sia ni…