Parkinson – Noise of War (EP2017)

0

Old timer grindcore dari selatan tanahair iaitu Parkinson akhirnya pasrah dengan takdir apabila mengumumkan bahawa hayat Parkinson tamat bersempena kelahiran Noise of War (EP2017). Band yang disayangi pendukung irama Punk, Hardcore, Grindcore ini teguh dengan attitude DIY sejak awal lagi. Juga melalui banyak perubahan line up, menghasilkan material dan gig2 yang disertai mereka mendapat review yang memberangsangkan dari pengunjung2. Parkinson berehat agak lama tanpa sebarang material dan status hibernate ini tidak ada penghujung sehingga secara tiba2 Jimbo selaku frontmen dan owner label Broken Noise memuatnaik status rakaman terakhir Parkinson dilaman sesawang facebook miliknya.

Line up Noise of War (EP2017)

Atan (Drums), Jimbo (Vocals), Bob Demisor ( Guitars)
* gambar lama dari release 24 Jahitan Latihan Kejam (2005)
Cover artwork oleh Jimbo
Poster oleh Abang Banggunan
Illustrasi Hantu Gergaji oleh Abel Kerambit
Tracklist :
1 – Noise of War
2 – Tangan Yang Kotor
3 – Grindcore Itu Mudah
4 – Untitle
5 – Bunuh
6 – Hamba Digital
7 – Politik Gila
8 – Racun
9 – Out Now Hunger
10 – Budaya Dan Idea

Noise of War (EP2017) melalui proses rakaman di Studio 46, Pasir Gudang, Johor Bahru pada 1 Ogos 2017. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ajen. Fauzi yang banyak terlibat sebagai pemain drum band2 bawah tanah Johor turut menyumbangkan bakat untuk track ke 6 iaitu Hamba Digital.

Bercakap mengenai sound produksi, EP ini menyajikan sound yang raw dan gua beranggapan ini adalah rakaman secara live. Dalam ertikata raw, EP ini masih boleh dihadam bunyian nya, tidak ada bunyi timbul tenggelam seperti zaman demo menggunakan mini kompo. Ianya rakaman live yang setiap instruments dirakam untuk track berasingan walaupun dimainkan sekali harung. Kepada yang pernah ada material2 dari Parkinson pasti faham sound produksi dari karya2 mereka.

Seperkara menarik, EP ini masih menyajikan lirik2 yang in your face dan straight to the point. Dan sejak dahulu lagi gua masih gagal nk follow jerit pekik Jimbo untuk setiap lagu berpandukan lirik yang ditulis walopon cover sleeve depan mata gua. Hahaha.

Ok, Noise of War (EP2017) ini secara rasminya telah sold out dari label pengeluar iaitu Broken Noise, namun anda jangan jadi pendengar music yang pemalas kerana banyak label2 kecil yang ada mendistrokan tape ini. Ohh ya lupa nak bagitau EP terakhir ini hanya dikeluarkan dalam format kaset/tape sahaja. Hamba digital akan mengalami kesukaran disini haha. Kaset tape ini dijual dengan harga RM12 per unit by hand. Sila tambah untuk kos penghantaran.

Ini farewell material dari Parkinson. Oleh itu ianya harus jadi antara khazanah analog untuk anda. Penggila grindcore pasti xde masalah kerana walkman dan cassette player masih jadi rakan setia anda. Punk is Love, Grind is Protest!

* Flyers dan tee sempena farewell EP..

Email
Parkinson (old website)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected