Obsessor / Storming Steels – Ultimate Thrashing Demons (Split CD 2012)

0

Sebuah split CD bertajuk Ultimate Thrashing Demons yang menampilkan dua buah band yang membawa genre old school thrash metal iaitu Obsessor dari German dan Storming Steels dari Malaysia. Kepada pendengar genre sebegini sememangnya punya “circle” nya tersendiri. Lupakan bunyian clean serta trigger drum kerana apa yang ditampilkan disini adalah bunyi organik dari ketukan drum dan bunyian gitar dari distortion kuning. Hahaha..

Obsessor / Storming Steels – Ultimate Thrashing Demons (Split CD 2012)

Nekroschwanz – Hardröcking Evöcation, GenozideRichard – Deathlike Chainsaw Blasphemy,
Kremator – Panzer Attack, McBreu – Christslaughtering Deathhammer

1 – Inquisitor
2 – Speed Metal Slaughter
3 – Black Death
4 – Call of the Baphomet
5 – The Third of the Storms (Hellhammer Cover)
6 – Steel Attack (Live)
7 – Bless By Torment (Live)
Deathrash Blasphemies – Vocals, Witch Hunter – Guitar, Amin Hellspider – Guitar
Isa – Bass, Timmy Hell Angel – Drums

8 – Satanic Thrashing Rites
9 – Storming of Steel
10 – Demons of Darkness
11 – Merciless Sacrifice
12 – Violence Steel Damnation (Overlords of Evil)
13 – Invincible Force (Destruction Cover)
14 – Antichrist (Sepultura Cover)
15 – Satanic Unity (Silent Death Cover)

Ok, pakej split CD ini agak simple walaupun berformat pro-printed dan memuatkan gambar kedua2 band namun tidak dinyatakan info berkenaan rakaman bagi kedua2 band.

Obsessor merupakan sebuah band yang membawa konsep Thrash Black Metal mempamerkan permainan yang totally old skool dan tidak menunjulkan elemen teknikal yang tinggi. Sound rakaman juga agak raw dan jangan mimpi kalau nak dengar bunyian trigger dalam lagu2 Obsessor. Memuatkan sebuah lagu cover dari Hellhammer bertajuk The Third of the Storms serta dua buah lagu yang dirakam secara live. Track pilihan gua adalah Black Death dan Call of the Baphomet.

Storming Steels pula lebih kental dengan penangan Old Skool Thrash Metal seperti kegemilangan era ini di awal penglibatan band2 tempatan zaman CM dahulu. Sound yang dihasilkan juga agak raw untuk track 8 sehingga 12 manakala 3 buah lagu terakhir merupakan cover song dari beberapa band terawal iaitu Invincible Force dari Destruction, Antichrist dari Sepultura dan Satanic Unity dari Silent Death. Ketiga2 lagu ini punya mutu rakaman yang jauh berbeza dari track2 terdahulu. Pada gua ada sedikit tak berapa balance dari segi level sound untuk 3 lagu ini dimana sound drum mungkin lebih menonjol dari instrument lain. Ok, untuk track pilihan gua rasa gua lebih suka layan camana lagu2 saduran dari Sepultura, Silent Death dan Destruction itu sendiri dibawa dengan cara Storming Steels.

Kepada lu orang yang kempunan sound2 Thrash Metal lama disarankan cuba grab CD ni dalam kadar segera. Kerana gua rasa label yang mengeluarkan split CD ini agak aktif dalam memasarkan dalam dan luar negara. So sebelum lu orang sekadar gigit jari dapat habuk so, ada baek nya cuba contact Thrashingfist Productions untuk pakej CD berharga RM20 beserta postage ini. Kenali Obsessor dan Storming Steels melalui link2 yang kami sediakan dibawah dua buah preview video dari kedua2 buah band.

Obsessor – Speed Metal Slaughter
Storming Steels – Violence Steel Damnation (Overlords of Evil)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected