Enslave – Far East Hardcore Punk (2011)

0

Ok, sebenarnya gua beli CD ni beberapa bulan lepas baca pasal band ni ada datang perform kat Rumah Api. Sebetulnya gua x brapa follow pasal band ni pun. Cuma bila gua saja2 belek dan try dengar lagu diorang kat youtube tajuk Under the Isolation, gua rasa band ni power. Keras, laju dan berat. Dan gua bernaseb baek sebab dapat last copy dari sebuah label yang distro CD ni di Malaysia. Ok, Enslave ni (bukan band metal hebat Enslaved ya..) band dari Japan dan album gua nak review ni bertajuk Far East Hardcore Punk (2011). Album format audio penuh pertama setelah band ini banyak rilis split dalam bentuk piring hitam dan DVD.

 Jeep (Vocal), P-G2 (Vocal), Iina-muragasaki (Guitar), Suga (Guitar), Tajima (bass), U1S10 (Drum)

 Cover design oleh Tajima, Hakuchi dan Jason

Tracklist :

1 – Brave Hearts
2 – Obliging
3 – Under The Isolation
4 – My Will
5 – La Haine
6 – Only I Can Judge Me
7 – Libra
8 – Solitude Of Old Tradition
9 – Black Rain
10 – Without Whereabouts
11 – The Message
12 – Innocense
13 – Each Ideal

Far East Hardcore Punk melalui proses rakaman di Yellowknife antara Ogos sehingga November 2010. Sound engineer bagi rakaman ini ialah Yamanaka. Beliau turut terlibat dalam proses mixing. Proses mastering dilakukan oleh iL. Album ini dikeluarkan oleh MCR Company dan untuk pasaran Eropah didistribute oleh Agipunk.

Brave Hearts menjadi track permulaan di mana ianya dimulakan dengan dialog ucapan bersemangat sebelum riffing pertama bermula. Ok, riffing gitar nya gua x tipu ketika starting ni macam black metal pun ada. haha.. Cuma trademark music Enslave nampak dimana riffing2 yang kejam dan separa melodic + drum dbeat (ada jugak drummer diorg grind) + jeritan duo vocal yang menyerang selang seli. Walaupun ada clean vocal tapi x brapa nak menjahanamkan lagu. Gitarist pun bleh tahan berani bikin sikit solo fill in walaupun bukan main solo. Haha. First epresi gua, band ni jahat dan music diorang padat!

Obliging gua dengar banyak2 kali terasa macam sikit2 Wolfbrigade pun ada. Apa2 pun sekali lagi gua ulang music diorang padat!

Under the Isolation sikit jek starting pastu terus hantam tanpa belas kasihan. Drummer hentak paling x ingat dunia. Walaupun ada riffing yang berbau emo tapi masih keras dan berat.

My Will memang celaka! Starting jek terus grind! Ni band grindcore ka apa? Haha. Tapi sedap pulak wa dengar. Setel grind gitarist main riffing macam band2 melodic metal plak dengan running chord nya. Bleh tahan gitarist band ni. Ok gua x puas sebab durasi 1 minit 49 saat saja. Gua suka lagu ni!

La Haine starting dengan bunyi macam sample sebelum riffing masuk. Ok masuk jek riffing mood lagu agak lain sikit. Tak laju macam lagu2 sebelum. Ada ruang kosong dan ada cakap2 sepanjang lagu.

Only I Can Judge Me starting dia sikit cakap2 sebelum lagu masuk. Riffing agak x berapa kejam sebab macam guna major chord. Bunyi ada sikit happy tak jahat macam lagu2 awal.

Libra start dengan bunyi bass yang agak boleh tahan bunyi gain nya. Track ni laju kembali. Bermelodi dari riffing2 yang dihasilkan cuma drum je hentak x ingat dunia.

Solitude Of Old Tradition ni starting bunyi pengaruh kuat punk nya. kemudian sikit jadi berat dan makin laju.Tengah2 lagu ada sikit slow semula tapi sekejap jek bila riffing punk kembali sehingga tamat lagu.

Black Rain mula dengan sikit soundtrack orang cakap2 sebelum music kembali menyerang. Dengar banyak2 kali riffing lagu ni x brapa kejam sangat cuma permainan drum nya jek x bagi peluang langsung untuk bernafas. Pertengahan lagu ada sikit melodic.

Without Whereabouts starting macam x berapa laju tapi tempo berubah bila vocal ekstrim masuk dan cara nyanyian selang seli kedua2 vocalist macam masuk dengan lagu ni.

The Message agak perlahan dan macam doom metal sebab tempo yang perlahan. Cuma tempo bertukar jadi laju di suku terakhir lagu sehingga tamat.

The Innocence memang babi laju. Gitar dan drum sama power. Vocal x bagi peluang. Tempo lagu ni memang laju dan jadi antara lagu pilihan gua.

Each Ideal jadi track terakhir. Walaupun dengar sedap tapi macam sedikit berkecamuk dengan riffing pelbagai..ada melodic ada sikit teknikal dan riffing terkejut terkejut. Ok, overall lagu ni masih dalam kawalan trademark Enslave.

Ok, sound produksi album ini pada gua sangat membanggakan. Tahap keseimbangan kesemua lagu berada dalam kondisi terbaek. Sound yang dihasilkan senang cakap berat, laju dan keras. Memang gua rekemen sesapa yang nak cuba muzik hardcore punk atau emo (bukan my chemical romen..gua pun x luak nak hadam..kahkah) boleh cuba tangakp CD ni tu pun kalau lu orang rajin cari dari website distro2 tempatan ni. Vocal pun jerit pecah kerongkong dan ada jugak sikit clean vocal tapi x lah berbunyi gay macam sesetengah yg dilakukan band metalcore sekarang. kahkah.. Ok, gua pun x pasti betul ke x kalau gua kata band ni punya music ada sikit bau2 Tragedy. Mungkin dari riffing2 gitarnya. Ok, saja nak sebut di akhir2 review, vocalist band ni pompuan tau! Kahkah..

Ok, untuk kenal band Enslave ni kami DtE ada sediakan link di bawah video persembahan live mereka dibawah ni.

Enslave – Live

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected