Oak, Ash and Thorn – To Gaze on Stars of Frost [EP, 2021]

0

Oh this is nice! Oak, Ash and Thorn adalah kolektif pemuzik Pagan Melodic Black/Death Metal (mouthful, I know!) dari AS yang telah mengeluarkan EP To Gaze on Stars of Frost pada 2021 yang serba epik dan powerful.

Right off the bat, saya tertawan dengan penggunaan dual vocals yang memanfaatkan harsh Black Metal screaming dengan baritone clean vocals. Selain itu ‘To Gaze…’ mendemonstrasikan riffs yang lazat dan catchy diperkaya dengan barrage of drumming yang intense menjadikan EP ini mudah sekali untuk menangkap perhatian pendengar. Pada saya, clean vocals dalam EP ini adalah the winning element untuk saya terus mendengar. Malahan sebenarnya mengingatkan saya kepada Borknagar dan Vintersorg yang menjalin pelbagai elemen yang sebenarnya mencecah territory Progressive (sikit saja). Kualiti rakaman dan adunan yang kemas menjadikan EP ini mudah didengar pada sekali duduk dengan semua instruments jelas kedengaran dan songwriting yang mantap (tapi still garang!) yang sebenarnya ada reworked tracks daripada terbitan sebelum-sebelumnya. Oak, Ash and Thorn memberikan vibe yang epic dan membangkitkan semangat yang membentak-bentak dalam jiwa melalui EP yang pendek ini.

‘To Gaze…’ menampilkan musicianship yang impressive dengan kualiti end product yang dibanggakan walaupun hanya dengan 4 lagu namun cukup untuk mendemonstrasi keupayaan mereka selaku band Black/Death Metal dari Amerika Utara yang setara dengan counterparts mereka di Eropah. I can’t get enough, honestly. Go and listen to Oak, Ash and Thorn today!

 To Gaze on Stars of Frost kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Borknagar, Vintersorg, Tyr, Immortal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected