Negation – With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is (2012)

0

Negation, sebuah band yang membawa irama grindcore kental sejak awal penubuhan akhirnya telah muncul dengan sebuah rakaman album penuh setelah kewujudan sekitar 1992 dahulu lagi. With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is adalah tajuk album yang dinantikan peminat grindcore terutama bagi penggemar music pantas dan berdurasi pendek ini. Walaupun mengalami sedikit perubahan line up namun album ini dapat dihasilkan juga dimana line up terkini Negation adalah Yore – Vocals/Bass, Madie – Guitars dan Hezree – Drums.

 Cover layout oleh Deck Charles

Tracklist :

1 – Tok Moh
2 – Critical Nostril Maggot
3 – The Thong Theory
4 – Operation Cedar Falls
5 – To Kill The Chief
6 – Bridge Buasir
7 – Unflushed Toilet
8 – Butt Sniffer
9 – Annoying Donkey
10 – Blustering Bastard
11 – Multilevel Conspiracy
12 – Rotten Cheeseburger
13 – Ask The Arsehole
14 – Shave Your Armpit
15 – Parasite
16 – Killed By Achmed
17 – Talk To The Hand

With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is melalui proses rakaman di BMW Studio dan mengambil masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 tahun dari 2009 sehingga 2012. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam hal pengurusan rakaman ini. With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is di keluarkan oleh Grind Peace dan Schizosound Records.

Rata2 album ini  terdiri dari track berdurasi paling pendek 32 saat dan paling panjang pun tak sampai 3 minit. haha.. ya inilah grindcore! Untuk gua mereview 17 track berdurasi pendek ini gua sendiri ngaku agak payah sebab x sempat nak feel lagunya dah tamat.kakaka.. Tapi beberapa track seperti
Critical Nostril Maggot, Blustering Bastard, Multilevel Conspiracy dan Killed By Achmed masih sedap dilayan dengan blastbeat dan grind serata alam. Haha..

Pada gua album penuh dari Negation ini dari segi sound producksi sudah cukup baek dan agak profesional bersesuaian dengan konsep music yang dibawakan. Mungkin juga sepatutnya Negation sudah lama menghasilkan album dengan sound produksi sebegini. Walaupun dari segi permainan instrument yang laju seperti ribut namun kesemua masih berada dalam level terbaek dan seimbang. Pemilihan sound yang berani dan tidak berharap kepada raw sound seperti kebanyakkan band grindcore yang baru muncul kini.

Bagi anda yang merindui lagu2 terbaru Negation yang seingat gua terakhir dikeluarkan ketika kompilasi Metal To Metal I dahulu, maka kini mungkin anda akan lebih puas kerana apa yang dihasilkan dalam album penuh ini adalah jauh berbeza dari segi sound produksinya. Kira telinga lu orang lagi puas la kot..Hahaha..

With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is (2012) boleh didapati hanya dengan harga RM7 by hand dan RM11 by pos melalui Grind Peace atau Schizosound Records. Negation juga ada mengeluarkan tee rasmi album ini dan lu orang boleh dapatkan dengan menghubungi Mr. Nick HxTx at 017-3305525.

Critical Nostril Maggot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected