Editors’ Pick: Best Releases & Music Videos 2012

1

Ok, ada baeknya kami stop sekejap mereview dan menginteview band untuk memberi laluan kepada entry ini iaitu album pilihan editor2 DtE iaitu Contramen dan A is for Anomaly.

Contramen
Ok, sebagai intro mungkin gua boleh cakap banyak jugak sen gua habis sekitar 2012 beli cd dan kaset (vinyl belom sampai seru..mungkin tahun ni 2013). Bagus jugak banyak band yang makin berani menghasilkan rilisan2 yang bagus untuk 2012 walaupon aktiviti mendonlod pun kencang sepertimana blog2 free donlod yang bersepah menanti pulangan dari Nuffnang. kahkahkah.. Disamping itu bukan setakat kaset, CD dan vinyl malah banyak band sudah berani menghasilkan video klip sendiri. Satu usaha yang berani dalam penggunaan software2 pembikinan video yang sangat mudah didapati alaf ini. Apa susah teknologi makin maju sekarang so gunakan secara maksimum. Ok cukup! gua ada beberapa rilisan yang gua rasa terbaek sekitar 2012. Dan mohon kemaafan single CD gua x pilih walaupon Sauts Alastor antara yang menjadi perhatian gua. Harap album penuh mereka bakal menyusul tak lama lagi.
1 – Tempered Mental – Pax Automata
Ok, gua memilih album ini sebagai antara album terbaek 2012 (sebenarnya konpius jugak 2012 or 2013 sebab mula dijual bulan 12 tapi boleh beli di kedai January 2013). Band yang pada gua membawa genre Progresive Rock/Metal ini seharusnya dimiliki album terbaru nya oleh pembaca. Ini kerana seperti yang pernah gua review album ini punya keistimewaannya tersendiri terutama dari segi teknikal nya. Juga sekali lagi gua ulangi ini merupakan sebuah album dari pemuzik kepada pemuzik. Mungkin pendengar biasa sukar nak hadam dan bagi pencinta dan pengkaji muzik album ini gua sarankan patut menjadi sebahagian koleksi anda. Kerap sangat gua temui fenomena orang kita lambat tau apa yang band kita lakukan. dan jangan dah sold out 10 tahun akan datang baru nak cari album ini. Akhir kata album ni jugak ada lagu2 yang berbentuk radio friendly. Album ni boleh pasang kat rumah dikala lepak2 dengan keluarga pun boleh. Ini album tak jahat dari segi penyampaian tapi jahat pada yang nak menghadamnya. Haha..
2 – Sparrow – Peperangan
Band dari Ipoh Perak ini sebenarnya gua pun xtau bila wujud. Bila gua google ada jumpa jugak Sparrow ni masuk Battle Of The Band bagai. Ok EP bertajuk Peperangan ini walaupun hanya berkonsep heavy metal tetapi gua ada sikit salute dari segi sound produksi nya. Bukan seperti anda dengar album Manterra, Kamikaze, XPDC (tolak album Kita Peng Yu sebab Kita Peng Yu ada sikit kick) dan sebagainya. Kalau nak kata sound Heavy Metal yang berat gua sarankan cuba2 lah risik kalau2 EP ini masih ada sebab setahu gua EP ini dikeluarkan agak terhad. Ada la dalam 200 keping atau pun 300. Gua pilih EP ini sebab sound produksi. Kredit kepada band dan juga seorang sound engineer dari Necro-X Studio iaitu Amergeddon yang sebenarnya gua memang dok perati hasil kerja tangan beliau dalam rakaman2 yang dihandle nya.
3 – Snäggletooth – Demo 2012
Ok, setahu gua ini band dari Singapore dan terdiri dari line up beberapa band Crusty Punk. Untuk Snäggletooth, walaupun demo ini hanya memuatkan 3 buah lagu dalam format kaset ternyata ianya suatu yang bagus dari sudut penulisan dan penciptaan lagu2 nya. Gua tak boleh nak kata band ini tiada originaliti dari segi konsep music sebab mereka sendiri menyatakan bahawa Snäggletooth  ialah band yang ditubuhkan semata2 sebagai tribute kepada Motorhead. Ya memang gerek seperti melayan lagu2 pantas dari Motorhead. Cuma Motorhead ada lagu2 yang separa fast tetapi Snäggletooth totally laju dan boleh bikin rasa nak berdancing! Ini band harus diberi perhatian kalau diorang nak rilis sesuatu selepas ini. Rock n Roll + Heavy Metal + Punk yang cukup padat dan kental!
4 – Tools Of The Trade – Defy
Ini antara album yang menampakkan perubahan (tak bleh kata drastik sebab EP Pulse sebelum Defy ni diorang dah jadi bagus) secara menyeluruh dan pada gua jugak ini antara rilisan bergenre Grindcore  yang punya kualiti dari segi sound produksi. Boleh jual dan boleh bikin mat saleh di luar sana faham Malaysia juga power main Grindcore. Lama jugak gua tunggu hasil sebegini dari band Grindcore tempatan sejak zaman Parkinson lagi. hahaha. Kalau di beri pilihan mau jugak gua pilih lagu2 dari split Cd mereka bersama band Indonesia iaitu Busuk sebagai antara terbaek kerana lagu2 tersebut agak gila kental tapi gua xmau pilih sebab itu split. memadai gua pilih Defy sebagai hasil terbaek 2012 untuk konsep Grindcore tempatan. Dan gua rasa Tools Of The Trade sendiri guna modal Defy untuk bawa diorang tour Eropah 2012 yang lepas. Ok jap, 3 keluaran terakhir Tools of the Trade gua ada perasan semuanya ada sentuhan dari sound engineer nama Zahid. Power jugak mamat ni macam Amergeddon tadi. Teringat gua pada ujong 90an ke awal 2000 ada 1 sound engineer nama Alin yang terlibat dalam rakaman album Mandatory dan Koffin Kanser. Mana la mamat Alin ni menghilang..
5 – Humiliation – From Strength To Strength
Ok pada kaki Old Skool Death Metal gua rasa sikit saja gua nak tulis. Ini album memang ngam sama macam album2 diorang terdahulu. Produk yang bagus dari segi penulisan lagu dan juga kualiti rakaman. Siap mastering di USA lagi album ni. Pejuang2 perang ni pun dah tour Jepun dan Eropah. Pada yang belom pernah tengok diorang punya live memang power. Sama power macam album ni jugak. Walaupun sama kualiti macam album2 terdahulu tapi gua tetap pilih From Strength To Strength sebagai antara album terbaek 2012 tempatan. Gua ulang skali lagi sound engineer diorang Zahid jugak (macam ToTT) dan dah macam studio rasmi pulak bila Hotsound Studio Wangsa Maju jadi port rakaman album2 Humiliation.
Kalau nak ikut banyak jugak rilisan2 power yang menarik perhatian gua tapi senang crita apa yang gua tulis diatas tu tetap menjadi kepuasan gua. Gua tolak faktor sahabat sebab gua ada jugak baek dengan beberapa band tapi apa yang gua tulis diatas adalah antara yang paling “menangkap” dalam kecerewetan telinga gua. Ok, selain album2 yang gua list diatas mungkin album Silent Death – Silent Kiss Of Death boleh di sambar oleh anda. Kekuatan sound produksi dan beberapa lagu yang power. Hayagriva yang muncul dengan album Descendant XII yang punya banyak track, Imperial (angkatan Black Metal segugusan Sauts Alastor dan Aradia) yang muncul di hujung tahun dengan Transcendent Salvation dimana sebuah band Balck Metal yang punya pengaruh music lama menggunakan teknologi baru yang mana merakam album di Bandshop yang rata2 menjadi port rakaman band2 jiwa muda. Carburetor Dung juga muncul dengan album penuh Inginku Rejam Raksasa Kejam penuh dengan lirik berbau politik. Wrecka band Perlis yang gila lucah dan tak ada undang2, Hereafter yang tiba2 mucul dengan album bersound profesional dan ntah belambak lagi.
Ok, apa lagi? kalau music video gua pilih Dicktracy – Disconsolate. Gua harap 2013 akan lahir beberapa album yang lebih power dan x termaktub dalam katogeri najis sebab apa yang dihasilkan diperhati oleh orang luar. Jangan bikin malu negara kita. 2013 gua tunggu Herriot (album baru mungkin selepas pertengahan tahun), Sarjan Hassan (album penuh mungkin), Reason To Resist (album jugak kalau boleh), Atomic Death (dah rilis EP dan 1 split CD, pasni gua nak album penuh jugak), Kathgor (ni kalau ada line up diorang baca gua nak bagitau gua harap 2013 boleh la rilis album penuh) dan mungkin gua harap dapat dengar album baru dari 2 band ni.. Brain Dead atau Infectious Maggots. Dua2 band ni kalau rilis live album pun sangat bagus… Ok cukup sampai disini, gua bagi chance A is for Anomaly pulak mengarang..

———————————————————————————————

A is for Anomaly
Sebenarnya gua takde buat pun list album terbaik 2012. Tapi ada beberapa album yang berbaloi untuk gua mention kat sini. Sila ambil perhatian, senarai Contramen lebih tertumpu kepada releases tempatan (support!) manakala gua punya bercampur-campur.
1 – Eluveitie – Helvetios
Lepas terbitan Everything Remains (As It Never Was) yang mengecewakan, gua macam tawar hati jugak dengan band Folk Metal Swiss ni. Apparently mereka kembali pada 2012 dengan Helvetios, sebuah album konsep. Terkejut jugak banyak gila trek dalam album ni. Yang paling menggembirakan, ia tak stale macam album sebelumnya. Lebih agresif dengan penceritaan yang lebih teratur. Sebenarnya gua selalu membandingkan Eluveitie dengan Ex Deo memandangkan dua-dua band ni bawak tema sejarah bangsa dan kaum. Eluveitie lebih win di department folk instruments, manakala Ex Deo lebih menonjol dari segi agresif-wise. Gua puas hati, selaku seorang peminat tegar Eluveitie gua recommend ini antara album berjaya 2012.
2 – Aborted – Global Flatline
Video klip The Origin of Disease membuka mata gua terhadap band deathgrind daripada Belgium ni. Elemen modern yang disuntik kadang-kadang buat macam mereka ni borderline kepada Deathcore dan American Metal, tapi itu mungkin pandangan gua lah. Lepas menerbitkan beberapa album yang dikira lemau dan tak bermaya, Global Flatline membawa nafas baru dengan kemasukan beberapa bekas ahli Abigail Williams seperti Ken Bedene dan Michael Wilson, dan juga penampilan beberapa star dalam scene metal antarabangsa macam Trevor Strnad (The Black Dahlia Murder) dan Keijo Niinima (Rotten Sound) untuk menjadikan ini sebuah terbitan yang solid. Gua tertarik dengan tema kehancuran dan apocalyse yang digambarkan seperti virus yang merebak/zombie. Mungkin ianya allusion kepada isu yang lain, agama contohnya. Mungkin.
3 – Visitant – The Sword Without Eyes
 Satu-satunya band tempatan yang buat gua keluar mencari CD mereka di record store sana-sini pada tahun lepas. Ini disebabkan hype daripada lagu Tales of the Past II mereka yang sangat folk-ish dan outstanding. Sebagai seorang yang cerewat dalam membeli physical releases, gua berani cakap ini adalah pembelian yang berjaya untuk 2012 hahaha. No, seriously kesemua trek yang dihidangkan adalah solid dan spot on. Gua memasang harapan untuk Visitant terus menawarkan sesuatu untuk scene tempatan, sekurang-kurangnya bukan another bestial thrash black metal ke deathcore ke apa. Untuk tahun ni gua tunggu la camne tengok Visitant pergi. Perlu dipuji adalah packaging mereka yang decent. Bukan CD-R dengan sampul plastik ala cetak rompak. Ini adalah effort yang profesional daripada label Celestial Frequency. Pergi dapatkan…kalau masih ada la.
4 – Blood Legion – Promo 2012
 Kalau Contramen favour kepada Humiliation, gua lebih kepada Blood Legion. Band KL yang berkiblat kepada death/thrash ala Amerika ni kembali aktif pada awal tahun 2012 dengan sekeping promo. Selain aktif dengan sirkit gig tempatan, mereka juga ada menjenguk scene luar, antaranya bermain di Vietnam tak silap gua. Takde trigger, takde bassdrop, takde vokal ala babi, semuanya brutal dan relentless, a la old school. Kesanggupan mereka untuk mengeluarkan physical release dengan percuma juga mengagumkan gua, oleh itu mereka layak mendapat perhatian lu orang. Berita terbaru mengatakan mereka tengah bersedia untuk rakaman terbaru. Nice.
5 – Cardiac Necropsy – Shayateen
 Transformasi Cardiac Necropsy daripada Porno/Gore Grind kepada Technical Death Metal sebenarnya mengejutkan…in a good way. Shayateen adalah testimonial kepada ini. Death Metal ala Cryptopsy, kadang-kala macam Behemoth dan Nile..ah lazat. Dengarkan trek macam Azazel dengan scetion percussion di tengah lagu. Takpun Seventh dengan feeling ala padang pasir, siap ada keyboard lagi. Gua tak pernah dengar era goregrind Cardiac Necropsy, buat apa dengar kalau album Shayateen ni dah power gila. Recommended.
Honorable mention(s):
As-Sahar – Bugis. Technically, ini album diterbit betul-betul di penghujung 2011. Gua tak peduli kahkah. Ini barangkali release As Sahar paling radikal dengan tendency kepada National Romanticism dan sound folk. Malang sekali Akhzareth dan One Barchiel keluar daripada band ni menjelang 2012.
Lavatory – Transgression. Swedish Death Metal buatan Malaysia! Dengan EP Transgression kini mereka bernaung di bawah Pulverized Records. Power, dan sememangnya layak. Gua berharap Lavatory dapat tour Eropah macam Humiliation. Melihat band-band membawakan old school death metal dengan pelbagai variasi, apakah sekarang demam old school death metal?
Untuk music video pulak, gua personally memilih Caladrius – His Knife. Lagu catchy dengan video yang berkualiti. Aborted – The Origin of Disease juga tidak mengecewakan dengan video yang sinister dan brutal. Sebagai peminat kucing dan muzik metal, gua memilih video Give Zombies the Vote – Black Hole (feat Bill Murray). Gua tak peduli, ini video kiut kahkah! Yang terakhir sekali adalah video Alcest – Les Voyages De L’Ame yang dreamy. Okay lah gua serahkan balik dekat Contramen. Thanks!

——————————————————————————————— 

Ok, itu saja rasanya antara rilisan sekitar 2012 yang pada kami antara terbaek. Mungkin ada percanggahan pendapat antara kami dan anda diluar sana. Sebagai penulis x berbayar dan minat pada muzik inilah yang dapat kami tulis. Buat band2 yang kami list kan hasil terbaek 2012 diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha. Juga band2 yang sedang dalam usaha melangkah jauh, kitorang harap 2013 akan jadi titik permulaan untuk band (atau individu) lu orang mula mengorak langkah. Awal 2013 sahaja walaupun beberapa hari menjelang gua dapat tengok beberapa band menghasilkan material2 berkualiti. Teruskan berkarya walaupon nuffnang menawarkan wang ringgit kepada owner2 blog download yang kasi upload korang punya hasil. Juga pesanan terakhir gua kepada band2, hasilkan sesuatu yang berkualiti kerana apa yang anda hasilkan itu dibayar oleh pendengar. Adakah anda mahu mereka melabur wang ringgit untuk hasil yang tiada kualiti? Tepuk dada dan tanya kalendar 2013.. Hahaha.. jumpa lagi.. Terima Kasih…

1 thought on “Editors’ Pick: Best Releases & Music Videos 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected