Neftaraka – Revelation of Suppression (EP2016)

0

Release ini dikeluarkan secara limited dalam format kaset oleh Witchery Records yang berpengkalan di Pulau Pinang. Sesuatu yang agak mendukacitakan Revelation of Suppression (EP2016) ini mungkin merupakan release terakhir Neftaraka yang mengumumkan pengakhiran hayat mereka dalam persembahan pentas pada gig hujung 2016 lepas.

Tracklist :
1 – Abandon
2 – Funeral Fog (Mayhem Cover)
3 – Dilivium
4 – Death, Pierce Me (Silencer Cover)

Abandon dimulakan dengan intro yang gua rasa belum pernah dimuatkan dalam mana2 release Neftaraka iaitu sound sample dengan suara wanita. Namun intro ini tidak meleret sebelum irama berdistortion dan attack drum dengan lantang mengeruhkan suasana. Masih dengan trademark music yang menggambarkan mood tekanan dalam segala scale minor. Ekspresi pertama untuk sound produksi, ia nya antara hasil rakaman yang bagus untuk produk bergenre gelap sebegini dan mengingatkan gua kepada album Morts yang sememangnya antara masterpiece Neftaraka yang patut dibanggakan.

Funeral Fog lagu saduran dari Mayhem memang kena dengan konsep Neftaraka. Feel dan soul dari setiap line up terhadap music gelap ini memudahkan Neftaraka membawa lagu ini dengan baek.

Dilivium mungkin merupakan rakaman yang dibuat secara live recording jika dilihat pada permulaan lagu. Sukar didefinisikan dengan penulisan namun secara ringkasnya music sebegini sememangnya adalah jantung dan nadi Neftaraka. Sadis, tekanan, negatif dan suram adalah intipati untuk Dilivium.

Death, Pierce Me yang merupakan lagu saduran dari Silencer (sebuah band bagus yang tidak panjang hayatnya). Ini merupakan kali kedua Neftaraka membuat rakaman cover song dari Silencer setelah Digital Blasphemy (EP2016) yang dikeluarkan awal 2016 melalui lagu bertajuk Sterile Nails & Thunderbowels. Soul Black Metal yang kuat dan cara penyampaian yang agak lari dari kebiasaan membuatkan Silencer dan material mereka kedengaran unik.

Secara keseluruhan, Revelation of Suppression (EP2016) boleh gua katakan antara hasil dari Neftaraka yang wajib dimiliki oleh penggemar irama gelap. Lagi pun ini adalah hadiah terakhir Neftaraka sebelum mereka bersemadi. Dari segi sound produksi, ianya antara release yang bagus dari Neftaraka. Tidak terlalu bersih, tidak terlalu raw dan Neftaraka tahu apa yang perlu untuk music yang “ugly” sebegini.

Ok hubungi Witchery Records untuk copy anda sebelum terlewat. Laman sesawang disediakan dibawah preview ini.

Witchery Records
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected