Necroven – Primordial Subjugation (2016)

0

Necroven merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Las Palmas, Canary Sepanyol. Ditubuhkan sekitar 2011 dan secara rasminya telah menghasilkan 2 buah demo, sebuah full length, sebuah EP dan turut menyertai sebuah kompilasi sebelum Primordial Subjugation di lahirkan pada 24 Oktober 2016 dibawah label Memento Mori.

 J.R. – Vocals, Guitars, Bass, Drums
F.C. – Bass
Artwork oleh Joe Petagno
Tracklist :
1 – Sacrificial Deliverance
2 – The Pyre Cycle (Burn in Solitude)
3 – Primordial Subjugation
4 – The Ethereal
5 – Esoteric Entropy (Gateway to the End)
6 – Martyrs of Repentance
7 – Serpents Crawl Stealthy

Primordial Subjugation (2016) adalah rakaman yang melalui proses mastering oleh Dan Lowndes bertempat di Resonance Sound Studio. Beliau turut pernah terlibat dalam penghasilan album band2 seperti Cruciamentum dan Grave Miasma.

Necroven – Sacrificial Deliverance

Setelah mentelaah Primordial Subjugation (2016), gua mendapati Necroven lebih menjurus kearah Old School Death Metal. Pengikut Death Metal seperti Morbid Angel, Incantation, Immolation mungkin boleh mengenali Necroven dengan lebih dekat melalui material yang dihasilkan. Juga perlu dinyatakan Primordial Subjugation bukanlah sebuah album yang mengikut trend semasa. Andaikan sound early 90’s Death Metal dan itulah yang dihasilkan melalui rakaman album ini. Kadangkala sound sebegini kedengaran klasik dan mengingatkan nostalgia kegemilangan Death Metal awal 90an dahulu.

Dari segi sound produksi sekali lagi dinyatakan Primordial Subjugation lebih menjurus ke arah sound klasik early 90’s Death Metal. Rakaman yang punya keseimbangan yang baik dari setiap instruments dan sound klasik paling jelas pada tone gitar yang tidak seberat drop tune yang selalu digunakan band2 modern ketika ini.

Necroven boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung terus dengan Memento Mori juga melalui link yang kami sediakan dibawah.

Memento Mori
Email
Official Website
Facebook
Youtube

Necroven
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected