Demonic Ressurection – Dashavatar (2017)

0

Demonic Resurrection boleh gua anggap antara nama besar dalam scene music gelap India. Terdahulu mereka telah menghasilkan 4 buah album penuh, sebuah EP dan sebuah split. Masih berpegang kepada Death Metal yang di mix bersama elemen Progressive dan Black/Death, album terbaru berjudul Dashavatar menampakkan lebih keberanian dan kematangan dalam penulisan lagu. Untuk Asia, mungkin Demonic Resurrection adalah antara band yang memperjuangkan elemen sebegini yang mana bunyi-bunyian etnik diserapkan kedalam music mereka (jika anda pernah mendengar Rudra, anda boleh expect bagaimana music Demonic Resurrection tetapi music mereka lebih kompleks). Dashavatar akan dikeluarkan secara indiependent oleh Demonic Resurrection sendiri pada 15 March 2017.

 Ashwin Shriyan – Bass
Nishith Hegde – Lead Guitars
Demonstealer – Vocals, Guitars & Keys
Virendra Kaith – Drums
Artwork oleh Visual Amnesia
Tracklist :
1 – Matsya – The Fish
2 – Kurma – The Tortoise
3 – Varaha – The Boar
4 – Vamana – The Dwarf
5 – Narasimha – The Man-Lion
6 – Parashurama – The Axe Wielder
7 – Rama – The Prince
8 – Krishna – The Cowherd
9 – Buddha – The Teacher
10 – Kalki – The Destroyer Of Filth

Dashavatar (2017) melalui proses rakaman di beberapa studio. Antaranya Demonic Studios untuk rakaman guitar, bass dan vocal (rakaman track vocal dibantu oleh Daniel Kenneth Rego) manakala track drums di That Studio (rakaman dibantu oleh Ashwin Shriyan – Mindmap Audio). Demonstealer merupakan sound engineer untuk rakaman dan beliau turut terlibat dalam proses mixing. Victor Bullok bertanggung jawap dalam proses mastering yang dilakukan di Woodshed Studios (Germany). Kesemua track dan lirik oleh Demonstealer kecuali track 9 iaitu Buddha oleh Mephisto.

Demonic Resurrection – Matsya – The Fish (Official Lyric Video)

Matsya – The Fish merupakan single pertama yang juga dikeluarkan dalam format lirik video melalui channel youtube mereka. Sebuah track yang menarik dengan tambahan instrument sitar dan tabla yang merupakan alat music tradisional India.

Secara keseluruhan, Dashavatar sebenarnya merupakan sebuah album yang setiap track menceritakan avatar berasingan mengikut methologi Hindu. Elemen menarik pengaruh music folk India yang dimasukkan jelas membuatkan album ini lebih punya “soul” ke”india”an itu sendiri. Progressive Death Metal yang jelas nampak kematangan dan pada gua setiap elemen tambahan seperti suara wanita, penggunaan alat music tradisional memang kena pada part2 yang dimasukkan. Ianya matching!

Dari segi permainan instrument, ternyata Demonic Resurrection bukan calang2 pemuzik.10 buah track yang berada dalam konsep yang sama. Pembawaan vocal yang terkawal dari Demonstealer juga nyanyian clean vocal yang bagus bersama melodi vocal yang segar. Solo gitar dari Nishith Hegde yang pertama kali terlibat dalam recording Demonic Resurrection harus diberi pujian. Juga permainan bass yang mengisi setiap kekosongan dalam music garapan mereka. Permainan drum Virendra Kaith juga konsisten dan kepelbagaian teknik yang dimainkan ternyata membuktikan beliau salah seorang drummer yang patut digeruni untuk music berat India. Seperkara menarik berkenaan sound keseluruhan Dashavatar adalah sound atmospheric untuk setiap track. Difahamkan keyboardist mereka tidak lagi bersama Demonic Resurrection (refer kepada web Metal Archive). Boleh jadi beliau akan bersama untuk persembahan live atau sebaliknya hanya Demonic Resurrection yang punya jawapan.

Track pilihan : Matsya – The Fish, Narasimha – The Man-Lion, Krishna – The Cowherd

Sebarang pembelian boleh dilakukan dengan berurusan terus melalui LINK INI. Untuk pengenalan, sila klik link2 yang disediakan dibawah video live yang kami sediakan dibawah ini.

Demonic Resurrection – Live at Wacken 2014

Email
Official Website
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected