Goresluts – Mahwus (2016)

0

Gua anggarkan Goresluts antara band tempatan yang punya visi dan misi tersendiri. Mereka boleh dikatakan antara local band yang aktif menghasilkan release disamping menghangatkan gig2 serata Malaysia. Divisi Panji Merah (2014) merupakan antara release yang kami angkat sebagai antara release tempatan terbaek untuk 2014 dahulu (klik untuk baca) dan pada penghujung 2016 diwarwarkan Mahwus yang merupakan album penuh ketiga mereka bakal menyusul. Album ketiga ini dikeluarkan oleh Mamat Records.

  Dr. Maniaxe (Bass), Man Maggots (Vocal), Ndee Corpsegrinder (Lead/Rhythm Guitars), Panjang 69 (Drums), Hell Butcher (Rhythm Guitars)
Album cover oleh Dr. Maniaxe & Mann Maggots
Tracklist :
1 – Ortus
2 – Big-Terrorism
3 – Morgue – Breakfast With The Dead II
4 – Born Putrefied
5 – Butchery
6 – Mahwus
7 – Forcep . Scalpel . Scissor
8 – Mortal Skull Fractured
9 – Exo-Skeleton Distric
10 – Tetra Luna

Mahwus melalui proses rakaman di Greenhouse Studio oleh Tom sekitar September sehingga Oktober 2016. Proses mixing dilakukan oleh Dark-E manakala proses mastering dilakukan oleh Dennis Israel di Clintworks, Hamburg Germany.

Setelah menghadam Mahwus untuk beberapa lama, beberapa perkara yang pasti untuk dikatakan adalah pertama Mahwus adalah 1 kelainan ketara dari album terdahulu. Walaupun masih didalam ruang lingkup Death Metal tetapi Mahwus seakan cuba kembali ke era kegemilangan music keras era 90an. Maksud gua, sound gitar kedengaran lebih crunchy dan sedikit kotor dan tidak sebersih dan sesolid Divisi Panji Merah. Boleh jadi setup paling simple menggunakan distortion oren (DS1) barangkali. Kedua tema untuk album ini tidak lagi kearah porno2 dan hal ehwal dalam kain tetapi lebih terbuka kepada keadaan sekeliling. Namun tema darah2 masih tidak ditinggalkan. Ketiga, jika sebelum ini Goresluts dikenali dengan music laju yang ada bau2 Goregrind, rasanya Mahwus sudah jauh dari apa yang dilakukan dahulu. Pengalaman mematangkan, kelajuan bukan segala2 nya. Hahahaha!!! Pengaruh terbesar yang dapat gua hidu dari album ini mungkin dari Carcass.. Ok sebelum terlupa, Mahwus disertakan dengan sebuah track akustik yang menyaksikan Man Maggots menyampaikan seakan bersajak. Ya dengan senikata berbahasa Melayu yang “makan dalam”!

Dari segi sound produksi, Mahwus kedengaran sedikit old skool dengan tone gitar yang keras dan tidak segebu rakaman menggunakan perkakasan Line 6.. tapi 4-5 spin dengar gua rasa mcm sound2 album klasik Death Metal lama. Man Maggots nampak lebih yakin dengan growl dan scream nya. Juga gua tertarik dengan solo2 gitar oleh Ndee Corpsegrinder. Syahdu dan berjiwa. Panjang 69 selaku drummer mungkin berada antara serba salah kerana Mahwus tidak memerlukan kudrat 4 kerat tulangnya seperti release terdahulu. Tapi kepada yang bermain music, sesungguhnya yang perlahan itu lebih mencabar..

Mahwus boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand dan untuk pembelian secara pos RM33 untuk semenanjung dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Sila hubungi Goresluts atau Mamat Records melalui link2 yang disediakan dibawah.(Untuk pembelian secara kombo boleh refer flyers yang disediakan)

Goresluts
Email
Facebook

Mamat Records
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected