Mutilation – Massacre On Bodies (Demo 1991) – Reissue 2013

0

Terus terang gua tidak sempat melalui era kemunculan Mutilation. Dilabel antara band grindcore terawal, Mutilation telah menghasikan sebuah demotape bertajuk Massacre On Bodies yang dikeluarkan pada 1991. Gua sengaja tulis pasal Mutilation sebab mereka akan muncul kembali ke pentas pada 1/5/2016 dalam acara tahunan KL Metalcamp. Ok sebelum itu terdapat 2 buah label yang reissue demo ini iaitu Afterlife Productions dan Basement Records. Kedua2 label ini mengeluarkan kembali dalam format pro-cassette. Line up terlibat untuk rakaman ini adalah Oji (Guitars/Vocals), Wan (Bass) dan Lopong (Drums).

 Cover artwork (original) oleh Oji Mutilation

Sleeve design (reissue) oleh Afterlife Productions
Tracklist :
1 – Intro (Excretion) & Last Meal
2 – Brutality Carnaged
3 – Vomit Thru Your Lungs
4 – Decomposed Internal Organs
5 – Outro
6 – Kurap & Nanah (Extra Track 1990)

Massacre On Bodies melalui proses rakaman di Hellion Studio KL pada 22 Ogos 1991. Man Hellion bertindak dalam proses mix dan mastering pada 23 Ogos 1991.

Setelah meneliti gua andaikan Mutilation antara band yang berada dalam kelompok Death Metal hingga ke Grindcore. Pengaruh Carcass dan Napalm Death yang digaul bersama riffing power chord ala Slayer adalah ramuan music Mutilation. Mereka juga sudah menggunakan teknik whammy bar untul permainan gitar. Paluan dari drummer memang padu dan kental.

* di ambil dari page bandcamp Basement Records

Sound produksi untuk demotape (reissue) ini difahamkan memang sengaja dibiarkan sama seperti apa yang boleh didengar dari demotape asal. Mungkin tidak dilakukan remastering untuk mengekalkan sound asal dan klasik demo ini. Teknikalnya demo ini sound nya agak sebu dan tidak sebersih demo zaman kini. Ini kerana keterbatasan teknologi pada zaman awal dahulu. Penggunaan 4-track recorder sudah dikira hebat untuk penghasilan demotape ketika itu. Ehh apa nak hairan jika dalam masa singkat berpuluh2 demotape ini boleh dijual. Masakan demotape Rator “Evil Symphony” menjadi pengaruh kepada Beherit dan Impaled Nazarene. Haha..

Massacre On Bodies boleh diperolehi dengan menghubungi Afterlife Production (limited 300 copies) atau Basement Rekodz (tidak diketahui unit kuantiti pengeluaran) melalui email dan laman sesawang dibawah flyers comeback mereka di KL Metalcamp 2016.

Afterlife Productions
Email
Official Website

Basement Record
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected