Morwinyon – Pristine [ Full Length, 2020]

0

Morwinyon merupakan sebuah band baru yang membawa genre Atmospheric Black Metal. Band yang berasal dari Italy ini wujud pada 2019. Pencapaian drastik dilamar oleh label Naturmacht Production (Finland) untuk debut album Pristine (2019) adalah sesuatu yang agak menakjubkan. Release pada tanggal 25 September 2020, dua entiti yang membentuk Morwinyon ialah Lorenzo Pompili (Guitars, Bass) dan Matteo Guarnello (Vocals, Keyboards, Drums).

Proses rakaman Pristine (2020) diselenggara sepenuhnya oleh Lorenzo Pompili dan Matteo Guarnello manakala proses mix dan mastering di lakukan oleh 鬼 (Unreqvited).

4 buah track yang terkandung didalam album ini merangkumi durasi sepanjang 39 minit dan 36 saat. 3 track pertama punya durasi melebihi 10 minit manakala track terakhir berdurasi sekitar 5 minit. Jika dilihat dan diteliti, Pristine (2020) adalah sebuah terbitan yang agak santai, melancholic, segar agak “lembut” walaupun punya asa Black Metal. Sesuatu yang menarik adalah trademark music Morwinyon itu sendiri. Keempat-empat punya “connection” yang baik, berada dalam citarasa yang sama serta “trademark” karya mereka ternyata berjaya dihasilkan dengan baik.

Dari segi sound produksi, Pristine (2020) boleh dikatakan bagus. Ia tidak terlalu menonjol namun “sound” yang dihasilkan cukup membangkitkan “feel” Atmospheric ciptaan Morwinyon. Ianya adalah sesuatu yang tidak mudah sebenarnya untuk penghasilan karya, trademark music bersama pakej produksi yang berjaya dikeluarkan ini.

Pristine (2020) boleh diperolehi dalam format digipak CD (6 panel) dan melalui laman facebook ada dinyatakan akan dikeluarkan dalam format vinyl selepas ini.

Pendengar juga boleh memperolehi album ini dalam format digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected