Meridian Dawn – The Fever Syndrome [Full Length, 2020]

0

Zaman kegemilangan Melodic Death Metal telah lama berlalu. In Flames sudah berubah direction, Dark Tranquillity sudah kehilangan Niklas Sundin, dan At the Gates membuat comeback yang not bad. Namun Melodic Death Metal masih belum mati menjelang 2020! Memperkenalkan Meridian Dawn, sebuah band keanggotaan pelbagai negara, kini telah mengeluarkan album penuh pertama berjudul The Fever Syndrom melalui Seeing Red Records.

The Fever Syndrome memainkan gaya Melodic Death Metal gaya Gothenburg yang ada feel klasik mid 90s. Guitar playing yang obviously melodic tak ingat, dengan dram dipalu ribut dan vokal kasar berkahak menjadikan terbitan ini bagaikan direkod pada era yang lain. In fact, terasa betul feel In Flames (The Jester Race) dan Dark Tranquillity (era The Gallery) saya memang bersemangatlah ulang banyak kali. Never a dull moment, melodic namun brutal takde masa untuk selit vokal mendayu atau elemen tak perlu. Malahan saya perlu memuji intensity permainan gitar yang banyak. Tapi tulah, saya mendapati vokalis Meridian Dawn ni tak berapa bervariasi sangat delivery beliau.

Saya mengakui Meridian Dawn tidaklah menawarkan pembaharuan dalam arena Melodic Death Metal yang dah sedia tepu, sekadar menggunakan formula yang tried and tested. Tapi at least ini adalah terbitan yang berpegang kepada formula yang mempopularkan Melodic Death Metal, bukan menokok tambah elemen entah apa-apa. Senang cakap, ini terbitan yang sedap dan memenuhi kuota Melodic Death Metal klasik anda.

The Fever Syndrome kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: In Flames, Dark Tranquillity, At the Gates, Arch Enemy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected