Massacre Conspiracy – Lost Holocaust (2013)

2

Massacre Conspiracy (MC16) merupakan sebuah band beraliran Melodic Metalcore dari Kuala Lumpur. Antara muka2 baru yang menjadi perhatian ramai. Dengan usaha yang giat menjayakan gig2 seluruh Malaysia juga penyertaan siri Hammersonic 2012 di Jakarta, Indonesia serta show di Canada seakan meningkatkan lagi semangat 6 anak muda ini untuk terus kehadapan. Bermula dengan penubuhan sekitar 2008, mereka telal mengorak langkah dengan penghasilan single pertama bertajuk Start Looking Towards The Sky” seterusnya menghasilkan demo CD bertajuk The Prophecies” pada 2009. Kemudian beberapa single dihasilkan dan sebuah video klip profesional turut dihasilkan bertajuk Bloodless pada 2012. Setelah lama bertapa di studio Massacre Conspiracy muncul dengan sebuah album penuh yang sememangnya dinantikan tidak kira golongan muda atau yang berumur (yg berumur gua rasa nak cuba dengar kemampuan sebenar band ini) yang mana tajuknya Lost Holocaust pada 6/7/2013 setelah mengadakan tour serata Malaysia untuk promosi album ini.

Ash (Lead Vocals), Emy Syahmi (Drums), Sonny (Guitar/Vocals), Faiz Godoy (Guitar), Achong (Bass), Ax (Keys/Synth)

Art direction oleh Sla Muerta (Indonesia) dan MC16
Album layout oleh Emmevamp of Manvsha Art

Tracklist :

1 – Inception (Intro)
2 – Karma (Will Find You)
3 – The Moment Of Truth
4 – Nothing Can Stop Us
5 – All Hope Remains Dead
6 – Triangular Heart
7 – Lost In The Oblivion
8 – Obey (The Order)
9 – Wasted Youth
10 – Bloodless
11 – Running In Fear


Lost Holocaust melalui proses rakaman sepenuhnya di The Band Shop Studio. Nash Muhandes dipertanggungjawapkan dalam proses engineering, rakaman, mix dan mastering album ini. Kesemua lagu dan lirik dihasilkan oleh MC16 dan untuk track ke 5 terdapat undangan dibahagian nyanyian oleh Yasmin Mattew dari Maddthelin.

Untuk setiap track yang terakam di dalam Lost Holocaust, ianya merupakan himpunan lagu2 yang pernah dirakam terdahulu (dirakam semula dengan nafas baru) beserta 4 track terbaru iaitu The Moment of Truth, Triangular Heart, Lost In The Oblivion dan Wasted Youth. Keempat2 track ini belum bernah dipublish melalui mana2 medium termasuk video klip mahupun single. 

Massacre Conspiracy – Nothing Can Stop Us


Untuk album ini gua memilih beberapa track pilihan antaranya The Moment of Truth, All Hope Remains Dead, Triangular Heart, Nothing Can Stop Us yang terlebih dahulu dijadikan single sebelum launching album ini, Lost In Oblivion dan Wasted Youth. Track2 lain juga kental dari segi permainan instrument dan masih kedengaran padat dalam setiap komposisi lagu.

Secara keseluruhan boleh dikatakan Lost Holocaust adalah antara nafas baru dalam industri music berat Malaysia. Tidak perlu dipertikaikan berkenaan kualiti sound produksi album ini. Ianya ternyata terbaek dan mencapai tahap profesional album.

Musicwise boleh dikatakan MC16 yang pada awal kemunculan dibayangi As I Lay Dying, kini cuba lari dari pengaruh band tersohor tersebut. Pengaruh lain yang sedikit dapat gua hidu ialah mood2 seakan mendengar Dark Tranquility dimana riffing yang pada gua lebih kearah melodic guthernburg dan juga mood atmosphera yang dihasilkan oleh pemain keyboard (synth) mereka berjaya mewujudkan rasa sedikit suram dalam penyampaian lagu. Walaupun rata2 lagu kedengaran seakan meluapnya rasa marah namun music yang dihasilkan dan dimainkan ternyata tight dan kental! Pengaruh deathcore juga mungkin tidak dapat disangkal yang mana boleh jadi pengaruh Oceano boleh dihidu dan boleh jadi juga akan ada yang kata sedikit pengaruh Slamming Metal didalam beberapa riffing yang dihasilkan dalam sesetengah lagu. Seperkara yang menarik Massacre Conspiracy adalah band yang turut menyelitkan solo gitar didalam beberapa lagu2 mereka.

Ok, dapatkan Lost Holocaust dengan harga CD RM24.90 by hand atau RM30 by post atau RM60 pakej Official Tee + CD. Support mereka untuk melihat MC16 melangkah lebih jauh. Gua rasa mereka sudah bersedia…

Massacre Conspiracy – Bloodless


MC16’s tumblr
Facebook
Twitter
Myspace
Reverbnation
Purevolume

2 thoughts on “Massacre Conspiracy – Lost Holocaust (2013)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected