Mass Separation – Feed Your Conscience (2004)

0

Gua terasa nak review pasal tape ni iaitu dari Mass Separation bertajuk Feed Your Conscience. Pada gua ini satu material penting bagi penggemar Grindcore terutama anda di Malaysia. Mass Separation ketika rilisan ini dianggotai oleh Kia (Drums), Kid (Vocals) dan Yeap (guitars). Line up yang terlibat dalam rakaman ini adalah Yeap (Guitars/Vocal), Boy (Bass/Vocal), Aja (Drums), Daphne dan Along (Additional Vocals). Sebeblum gua melalut ada baeknya gua bagitau Mass Separation telah ditubuhkan sekitar 1996 dan untuk genre sebegini gua rasa mereka antara legend. Hahaha.

 Mass Separation – Feed Your Conscience (2004)
Tracklist :
Side A
1 –  No Police State
2 – The Kids
3 – I Demand
4 – Where’s Your God Now
5 – Feed Your Conscience
6 – Narrow Minded Bastard
Side B
7 – Untitled
8 – Jolly  Green Giants
9 – Tomorrow
10 – Most Crew
11 – Opportunist Dog

Secara teknikalnya Feed Your Conscience adalah gabungan lagu2 yang mana track 1-6 diambil dari split 7″ bersama band Kontrovers yang dikeluarkan oleh Putrid Filth Conspiracy. manakala track 7-11 diambil dari split 7″ bersama Dregs of Humanity dan dikeluarkan oleh Nuclear Barbeque Records. Format kaset ini dikeluarkan oleh beberapa label seperti No Action Taken, Propamedia, Ungrateful Bastards, Voice Production Asia.

Grindcore sepenuhnya dengan total durasi kurang 15 minit dari 11 track bingit, kental dan padat memang adalah rencah dalam music Grindcore itu sendiri. Menariknya sound produksi yang terhasil adalah antara terbaek untuk ketika itu. Rakaman dilakukan adalah untuk split 7″ yang dikeluarkan sekitar 2004.

 Perubahan line up agak kerap dan gua rasa line up terkini (refer pada facebook mereka) adalah Kid (Growls), Niesa13 (Shriek), Fahmi (Bass), Nuar (Guitars) dan Deck (Drums).

Beberapa material baru seperti demo dan split yang dihasilkan Mass Separation dari segi kualiti bunyi agak raw dan tidak seperti Feed Your Conscience atau satu lagi material yang gua minat iaitu Tak Mahu Lagi. Mass Separation masih lagi aktif dipentas2 gig dan menghasilkan demo2. So cekidaut.

Untuk mengenali Mass Separation, anda boleh lawati laman facebook mereka untuk segala update berkenaan material atau show2 yang mereka sertai. Laman myspace nampak macam x update. hahaha.. Kenali Mass Separation kerana pada gua mereka antara band awal bawahtanah yang menggegarkan dan masih bertahan sama seperti Negation walaupun melalui evolusi music sepanjang penglibatan mereka dalam kancah Grindcore sejagat. Ohh tetiba gua teringat Parkinson. Lain kali gua cuba review Parkinson pulak..

Facebook
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected