Interview : Senjakala (Brunei)

2

Sebagai mukadimah, Senjakala adalah sebuah band beraliran Metal yang berasal dari negara Brunei Darussalam. Ditubuhkan sekitar 1999 dan melalui beberapa fasa termasuk perubahan line up, juga tertubuhnya band2 lain oleh line up nya sebelum mereka kembali bersatu semula dibawah nama asal iaitu Senjakala. Pada 1 may 2016, Senjakala telah menghangatkan pentas temasya KL Metalcamp 2016 dan terdetik dari situ gua cuba selongkar sedikit berkenaan band ini sehingga mendapatkan beberapa stuff dari band ini. Dan kami di Dissecting the Euphony merasakan Senjakala juga antara band serius yang perlu diketengahkan dan dipromot untuk pengetahuan anda pembaca2 penulisan kami di sini. Ok, disini kami sediakan satu sesi temubual antara kami dengan Senjakala. Luangkan sedikit masa dan support mereka…

1 – Assalamualaikum dan salam sejahtera Senjakala.. Boleh kami tahu siapa yang menjawap soalan2 temubual ini?
Walaikumsalam .. saya, mawie, yang menjawap soalan soalan temubual ini.

2 – Boleh perkenalkan line up terkini Senjakala?
Line up sekarang adalah Sam Siren (vocals), Mawie (guitar rhythm), Yus (Guitar utama), Nami(bass) dan Adi (drums)..
Dalam line up ni anggota yang paling awal menyertai Senjakala adalah Yus (2002), di ikuti dengan Sam (2003) lepas tu Adi (2003) dan yang terakhir adalah Nami (2004).

3 – Jika dilihat jauh dan perit juga perjalanan Senjakala dari bermula sehingga ke saat ini. Perubahan line up antara perkara yang pasti dalam beberapa fasa peringkat perjalanan muzik Senjakala. Bagaimana dengan line up yang tidak lagi bersama Senjakala sekarang ini? Adakah masih aktif bermuzik atau sebaliknya?
Lineup ini adalah lineup yang sama dari tahun 2004. Dari tahun Senjakala tahun 1999 sehingga 2003 barisan anggota band tidak stabil dengan pertukaran anggota yang kerap. Saya kurang mengikuti atau mengetahui perkembangan mereka dalam dunia muzik mereka.

4 – Perit getir perjalanan Senjakala dari 1999 juga telah menghasilkan beberapa buah band yang berada dalam lingkungan Senjakala itu sendiri. Secara teknikalnya apa yang membezakan Senjakala, Karacoma dan Reverence?
Satu soalan yang susah nak di jawab.
Ada orang kata Karacoma adalah Senjakala tetapi dengan lead guitarist yang berlainan tetapi mungkin itu benar kerana saya, Sam dan Adi dalam band itu anggota anggota utama yang terlibat dalam penciptaan lagu lagu… Pada masa itu saya boleh teruskan nama dengan nama Senjakala tetapi mungkin saya tak selasa kerana Yus mensponsor recording album kat Singapore. Because of that I have too much respect for Yus so I decide to carry on with a different band name and I realize that we have to start dari bawah semula dan alhamdulilah..

Karacoma – Paranoia

Nami keluar dari Karacoma dalam 2006 kerana tak dapat menumpuh masa sepenuhnya. Saya jemput seorang bassist yang bernama Wayne yang juga pernah menganggotai Senjakala 2002-2003 tetapi perkhidmatan nya di tamat kan atas sebab tertentu selepas gig di mana Senjakala menjadi pembukaan band untuk Wing 2003. Mungkin saya rasa guilty itu sebab saya jemput dia semula.

Karacoma – December Snow

Saya tubuhkan Karacoma pada tahun 2006 kerana perselisihan kreativiti dan perbedaan pendapat dengan seorang anggota semasa pembikinan album penuh Senjakala. Album yang dalam pembikinan tu tidak menepati apa yang saya visi kan pada masa tu dan oleh sebab saya rasa kurang senang hati lalu saya tubuhkan Karacoma. Tetapi sekarang bila saya dengar balik album yang di rakam dalam persekitaran 2004-2006 saya sedar sound dia ok tetapi mungkin pada masa tu bukan nya apa yang saya kehendak. Those recording capture a moment of time in everyone life. Pada 2010 saya bersara dari dunia music.

Tahun 2013 anggota Senjakala bersetuju untuk bergabung semula untuk di satu gig sahaja iaitu Konsert D Selatan, Johor tetapi semasa latihan berapa lagu tercipta dan lineup Senjakala masih bersatu ke hari ini mungkin untuk selesaikan satu lagi album.. Masa tu juga perselisihan saya dengan Yus telah reda.

Reverence – Permainan Dunia

5 – Bagaimana pula sebenarnya terhasilnya Reverence?
Pada masa tu dalam persekitaran 2006 ke 2010 saya putus hubungan dengan Yusri lalu dia melancarkan project Reverence dia dengan Adi dan merakamkan sebuah lagu bertajuk Permainan Dunia. Semua lagu di ciptakan oleh Yusri dan dia juga bermain bass dan guitar untuk recording tu.

6 – Dimanakah kedudukan Senjakala jika dihitung dari segi konsep muziknya? Adakah berada dalam lingkungan Heavy Metal? Melodic Metal? Gothic Metal? Mungkin Senjakala boleh definisikan secara lebih detail?
Itu satu soalan susah nak di jawab. Kami biarkan pendengar menilai apakah genre kami tapi ia tetap metal. Ramai orang yang mengatakan kami Gothic mungkin kerana vocalist kami adalah seorang wanita.. tetapi apakah Gothic sebenar nya? Adakah ia satu image? Tetapi kami tak pernah menampilkan image Gothic secara berkumpulan..  adakah ia satu genre muzik? Sisters of Mercy/The Mission/Fields of Nephilim juga di masukkan dalam category Gothic .. adakah Nightwish atau Lacuna Coil atau The Gathering yang di kategori kan dalam Gothic Metal tapi mereka sendiri tak pernah mengaku.. begitu juga dengan kumpulan Sentenced, Therion, Moonspell dan banyak lagi ..
mungkin memberi kategori Gothic adalah cara mudah untuk mendefinisikan kami oleh organiser organiser dan senang untuk dapatkan perhatian orang di luar..

7 – Kami pasti Metallica dan Iron Maiden antara pengaruh utama bagi line up Senjakala. Selain dua band tersohor tersebut apa lagi band2 yang mempengaruhi penciptaan lagu2 Senjakala?
Saya lebih terpengaruh dan lebih meminati music dalam album album yang di riliskan oleh band yang tersebut daripada band tu sendiri.

Album-album metal standard seperti Iron Maiden (album pertama sehingga Seventh Son), Slayer (album Show No Mercy hingga Seasons in the Abyss) dan Metallica (Kill sehingga Justice), .. album metal yang mungkin menpengaruh terbesar adalah Amorphis (Karelian Isthmus/Tales from Thousand Lakes), Sentenced (Amok/Cold White Light) dan In Flames (Jester Race/Whoracle/Colony).
Album-album yang lain seperti Paradise Lost(Gothic/Draconian Times), Therion(Lepaca Klifforth/Theli), Tiamat (Wildhoney/A Deeper Kind of Slumber), Moonspell (Wolfheart), Samael (Ceremony of the Opposite), At the Gates (Slaughter of Souls), Morbid Angel (Blessed are the Sick), Dissection (Storm of the Lights Bane), Nightwish (semua album nya bersama Tarja), Helloween (semua album bersama Kai Hansen), King Diamond (Abigail), Mercyful Fate (Melissa), Judas Priest (Painkiller), Carcass (album zaman Mikel Amott dan Swansong) , Sisters of Mercy (First, Last and Always) dan macam macam lagi.

The album you listen to when you are growing up will become apart of you..

Songwriting inspiration for me is always based on events that happen in life.. I express it in the form of music.. lepas tu saya akan menyusun segala idea tu bersama Adi atau bersama the band. Setelah selesai segala susunan then kami akan memberi music kepada Sam untuk dia mencipta vocal melody dan lyrics… The interesting thing is Sam does not come from a metal background and thats what make the band unique because the vocal melody is different. Ada juga masa Sam akan memberi kan idea dalam versi vocal melody dan acoustic dan kami akan susun semula dan tambah di mana yang patut..

8 – Kenapa tiada penambahan permanent line up untuk posisi keyboardist dalam Senjakala?
Keyboardist adalah hanya di gunakan jika di perlukan ketika membuat rakaman untuk menambah dimensi kepada music… 99% music kami tidak menggunakan keyboard kalau kami menambah keyboardist permanent dia nak bikin apa pada part yang tidak ada keyboard bila beraksi live..
Part-part keyboard ketika rakaman boleh di gantikan dengan guitar semasa live.

Senjakala – Trapped Like a Butterfly

9 – Trapped Like a Butterfly dan Withered Love antara track yang tidak terkandung didalam Rise Above All (2004). Bila kedua2 track ini dihasilkan?
Trapped Like a Butterfly dan Withered Love antara track yang tidak terkandung didalam Rise Above All (2004). Bila kedua2 track ini dihasilkan? Trapped dan Withered dirakam di antara akhir tahun 2004 ke 2006 di TNT Studio Singapore.. Muzik-muzik yang terkandung dalam Rise Above All EP (2004) di cipta sebelum Sam menyertai Senjakala dan bila dia menyertai Senjakala pada tahun 2003 dia memberikan nyawa baru dengan mencipta vokal melody dan lyric untuk lagu lagu tersebut iaitu Darkness Fall, Sanctuary dan Rise Above All..

10 – Bagaimana pergerakan scene muzik bawah tanah di Brunei? Setakat ini saya hanya ada mengetahui beberapa band seperti Wartillery, Noiratasya dan Hebiimetaru selain Senjakala dan Karacoma. Mungkin ada band2 Brunei yang berpotensi yang anda rasa perlu di highlight untuk pengetahuan pembaca?
Nama-nama band yang kamu sebut saya pernah berjumpa dengan anggota Wartillery tapi tak begitu rapat.. Noiratasya? Saya kenal dengan Azlan dari zaman saya sertai kumpulan Charon dulu.. dia sekarang juga bergabung dengan Izard Draconeon dalam kumpulan Shadows Mirth.. Hebiimetaru saya kenal kerana mereka anak buah Jaz guitarist Karacoma.. saya dan kawan saya Dinny pernah merakamkan dan menerbitkan single pertama mereka iaitu Black Heart.. Dinny adalah seorang bassist untuk kumpulan Wan Long Kok dan itulah band asal Adi.

Saya tidak berapa mengikuti scene yang ada masa ni so saya kurang pasti dengan apa ada sekarang tapi kalau kamu tanya pasal band band underground yang lama Brunei seperti Funerality, Tombcrusher, Sapro Soul, Dark Lord, Rust Sakaraz, Phantom Lord, Charon,…

Satu kumpulan yang saya minati adalah Draconeon dan saya berterima kasih kepada guitarist dia Izard kerana memberi peluang satu ketika untuk menyertai kumpulan Charon walaupun saya tak berapa mahir bermain guitar dan dari situ saya pelajari dari dia.. saya pernah menjadi guitarist sessionist untuk Draconeon untuk satu gig dan berapa sessi jamming pada tahun 2013.

11 – Bagaimana sambutan penonton, pembeli (CD atau merch) untuk muzik bergenre Metal di Brunei?
Nak dapatkan merch dan cd metal kat brunei sukar nak mendapatkan dari kedai kedai kat sini.. kena pergi keluar negeri membeli.. nak import cd atau merch yang extreme metal pun susah kerana semua media percetakan yang di import dari luar negeri akan di periksa di post office oleh agency agency tertentu..

12 – Soalan berkenaan teknologi rakaman di Brunei. Dari segi kos rakaman adakah di Brunei kadar sewaan studio nya lebih mahal dari Malaysia atau sebaliknya?
Satu soalan yang susah nak di jawab kerana kami belum pernah rakam kat Malaysia so kos nya saya kurang pasti .. biasa nya kalau di Brunei saya akan rakam di studio kawan atau zaman Karacoma di home studio sendiri yang simple aje.. sekarang home studio saya dah takde..

13 – Setakat ini selain Malaysia, adakah Senjakala pernah mengadakan persembahan luar dari Brunei?
Pernah kat Singapura.. Insya Allah mungkin Indonesia pada masa akan datang…

14 – Sehingga ke saat ini adakah Senjakala telah menandatangani kontrak bersama mana2 syarikat rakaman di Brunei?
Untuk Rise Above All EP pada tahun 2004 di edarkan oleh sebuah syarikat tempatan tapi untuk EP tu sahaja..Di Brunei saya pun kurang pasti kalau sekarang ada syarikat rakaman kerana saya tak berapa mengikuti perkembangan dunia hiburan kat sini.. Macam tak ada juga… Kalau mungkin saya tak pernah mengetahui.

15 – Jika dilamar label besar antarabangsa, adakah Senjakala bersedia menjadi resident artis mereka disamping menjadi profesional musician dan tour mengelilingi dunia?
Susah nak di bayangkan tu.. jawapan dia adalah “kalau di lamar”… nak jadi mat jenin sebentar bro hehehe. Kami bersyukur dapat peluang bermain gig di Malaysia dan melihat scene kat sini yang begitu maju dan supportive.. apatah lagi jika di berikan peluang untuk pergi lagi jauh adalah satu impian bagi mana mana band….

16 – Sam Siren, saya mendengar lagu2 yang anda nyanyikan dan melodi2 vocal yang dihasilkan agak menarik untuk diperkatakan. Adakah anda punya pendidikan formal dalam bidang nyanyian?
Sam Siren: Short course in classical  and jazz vocals, other than that self taught.

Mawie: Dia juga mempunyai kebolehan bermain guitar dan piano. The interesting thing is Sam does not come from a metal background and thats what make the band unique because the vocal melody is different.. Saya sentiasa kagum bila Sam mencipta vocal melody untuk muzik yang di sediakan kerana ia luar jangakaan.

Sam Siren: influence Sam adalah Nina Simone, Skunk Anansie, Bjork and currently Kadebostany

17 – Equipment yang digunakan oleh setiap anggota Senjakala untuk persembahan pentas dan rakaman?
Biasanya untuk persembahan pentas kami akan menggunakan amplifier dan drumset yang disediakan oleh organiser gig.. we want to travel as light as possible especially overseas because of baggage weight limit.

Sam- Mic Shure 55SH
Yus – Ibanez S series Prestige dan effect adalah Boss NS2, Boss Delay DD5, Sansamp GT2, Marshall Chorus dan Ibanez Tubescreamer
Nami – Warwick Corvette double buck
Mawie – Gibson Les Paul standard dan effect adalah Suhr Riot, Air Chaos Drive, Samsamp Blonde, Boss NS2 dan EHX Memory Toy.

Untuk rakaman kami akan gunakan apa yang di sediakan oleh studio rakaman.. kami tak cerewet dengan equipment asal bunyi dia ok dan clear dah cukup untuk kami..

18 – Terkini pasti Senjakala sedang dalam rangka rakaman album terbaru. Mungkin boleh berkongsi sedikit maklumat berkenaan album baru ini nanti?
Sekarang masih dalam rakaman.. kami sempat memainkan 2 lagu baru iaitu Freakshow dan Lucid Lunacy ketika gig KL Metalcamp.. drumtrack untuk 7 lagu telah di rakaman di TNT Studio Singapore.. mungkin satu lagu nak di drop dan tambah berapa lagu lagi untuk album ni yang mungkin agak berlainan sikit..

Album ni lain daripada apa yang saya pernah buat tetapi ia Senjakala.. we have slow doom, mid tempo, fast and i think we need to add faster songs to the album..

Saya percaya Sam dan Yus juga nak memasukkan lagu mereka tersendiri di album ni juga

19 – Untuk rakaman album terbaru, adakah Senjakala akan menggunakan khidmat engineer luar negara seperti yang dilakukan ketika proses rakaman Karacoma dahulu?
Untuk rakaman drums kami menggunakan Wong Ah Boy (TNT Studios) Singapore.. begitu juga nanti re-amping guitar dan bass.. termasuk mixing dan mastering di lakukan oleh Wong Ah Boy..
Vocal akan di terbitkan oleh Sahrin Icon seorang producer tempatan yang pernah menerbitkan Rise Above All EP dan penerbitan vocal untuk Shattered Mirrors..

20 – Difahamkan kompilasi “Wrath of the Crimson Empress” telah dikeluarkan yang merupakan beberapa siri lagu2 dari Senjakala, Karacoma dan Reverence. Bagaimana untuk mendapatkan CD kompilasi tersebut?
CD tersebut akan di edarkan oleh Mamat Record.. versi CD Mamat Records ni agak berlainan daripada yang di keluarkan ketika KL Metalcamp.. Versi Mamat Records mengandungi dua lagu iaitu lagu 6 Feet Under dan Soulless diberikan nafas yang vocal nya di rakam semula . Rakaman vocal itu di rakam oleh seorang engineer tempatan Brunei yang bernama Fadzil di studio nya tersendiri 537 Studio.

21 – Ok, mungkin ada kata2 terakhir dari Senjakala kepada pembaca2 sesi temubual ini?
Thanks to everyone that supported us.. especially di Malaysia yang memberi kami sambutan yang baik.. dan for those who have never heard of Senjakala please check the songs posted on youtube.. dan kepada yang nak mencari CD Senjakala sila hubungi Mamat Records.. Album yang seterus nya tidak akan mengecewakan.. see you all at the next gig.. Malaysia, Indonesia…

Thanks again to dissecting the euphony

TERIMA KASIH
http://dissectingtheeuphony.blogspot.my/

2 thoughts on “Interview : Senjakala (Brunei)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected