Marche Funèbre – Einderlicht [Full Length, 2020]

0

Band Doom/Death Metal Belgium, Marche Funèbre baharu saja mengeluarkan album penuh keempat mereka berjudul Einderlicht yang diterbitkan Hypnotic Dirge Records dan BadMoodMan Music. Dengan 6 trek yang dihidangkan panjang-panjang, saya boleh katakan you need to brace yourself. Ia adalah persembahan audio Doom Metal yang merangkumi pelbagai spektrum iaitu Doom Metal sendiri, Black Metal, dan Death Metal.

Einderlicht bukanlah satu album Doom Metal yang one dimensional, sebaliknya diperkayakan dengan bermacam approach, dari yang cukup pilu ala Gothic/Traditonal Doom hinggalah kepada explosive gaya Death Metal dan kadang-kadang intense bak Black Metal. Ini memberi texture yang rich kepada overall album terutamanya gaya vokalis yang fluctuate dari crooning clean vocals, kepada deep roar hinggalah jerit rabak Black Metal. Selain itu saya menyukai tone gitarnya yang crisp dan keras, selain penulisan lagu yang menarik untuk tahap Doom Metal (crawling, ada masa laju, tapi dipandu melodi menarik dan sayu).

Saya tidak mempunyai masalah dengan kualiti rakaman Marche Funèbre memandangkan rakaman telah dijalankan di studio Klangschmiede Studio E yang diterajui Markus Stock (Empyrium), jadi memang top notch lah. Cuma saya merasakan duration 56 minit untuk total playtime memenatkan untuk saya dengar. Agak overwhelming namun ini mungkin okay saja untuk peminat Doom Metal. Selain daripada itu, Einderlicht boleh dibawa layan.

Einderlicht kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: My Dying Bride, Candlemass, Swallow the Sun, Draconian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected