Los Males Del Mundo – Descent Towards Death [Full Length, 2021]

0

Duo Black Metal Argentina ini baharu sahaja mengeluarkan album sulung pertama mereka yang berjudul Descent Towards Death melalui Northern Silence Productions pada 26 Februari 2021. Album ini menawarkan 5 trek Black Metal yang atmospheric dan dingin berserta tema existentialism yang merenggut jiwa.

Lagu-lagu dalam Descent Towards Death bolehlah dikatakan panjang dengan rata-ratanya mencecah 5 minit ke atas. Selalunya saya senang distracted kalau lagu panjang-panjang ni tapi penulisan Los Males Del Mundo boleh dikatakan bagus dengan dinamik dan feel yang menarik. Selain daripada permainan gitar yang kreatif, memorable dan menghidupkan flow album ini, saya turut tertarik dengan vokal yang mengasak pendengaran menceritakan antara ketidakpastian dan kekecewaan tentang hidup. Instruments yang dimainkan seimbang antara melodic dan furious seakan enhance lagi feel ini. Saya memang enjoy album penuh mereka ini, jujur cakaplah. Dengan ada influences daripada Black Metal 90an dan Atmospheric Black Metal, saya percaya Los Males Del Mundo takde masalah untuk appeal kepada sama ada generasi muda dan lama, terutamanya dengan riff-riff catchy yang terdapat dalam album ini.

Descent Towards Death adalah terbitan debut yang impressive daripada duo Black Metal ini. Tanpa perlu gimik yang merapu, mereka selamba membedal 5 trek yang berat (music-wise and message-wise) dengan penulisan yang kreatif dan execution yang boleh tahan bagus. Dengarkan mereka jika anda inginkan Black Metal yang lari daripada kebiasaan.

Descent Towards Death kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Sargeist, Mgła, Uada, Dissection

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected