Kherow – Violent Technology (EP2019)

0

9 tahun selepas kelahiran Bintang Timoer (2010), Kherow tampil dengan sebuah material rasmi berjudul Violent Technology (EP2019). Kelahiran EP yang dibiaya sendiri Kherow hingga ke proses jualan membuktikan Kherow masih lagi wujud walaupun mengalami beberapa perubahan dalam satu tempoh masa yang agak panjang. Kelahiran EP ini juga membuktikan Kherow tidak ketandusan idea dalam menghasilkan material2 terbaru.

Coretal (Bass), Kenny (Guitars), Cengkaman Dewa : Bob (Vocals), Zizie Row (Guitars), Kevin (Drums)
Artwork oleh Tangis Berdarah
Tracklist :
1 – Pain
2 – Strive to Survive
3 – Unspeakable Minds (Instrumental)
4 – Violent Technology
Tidak dinyatakan sebarang informasi berkenaan teknikal rakaman Violent Technology (EP2019) melalui cover sleeve yang disertakan.
Sepanjang EP berdurasi melebihi 17 minit ini dimainkan, gua seakan tidak puas untuk dilayan. Mukadimah berkenaan EP ini ialah 4 tracks tidak mencukupi untuk menganalisa secara teliti music terkini Kherow. hahaha..
Kherow – Violent Technology (Live at Burn in Flames 2018)
Ok, secara keseluruhan gua berpendapat Violent Technology (EP2019) adalah sebuah produk yang bagus dari segi penulisan/komposisi serta penyampaian. Perbandingan album terdahulu dengan Violent Technology mungkin tidak terlalu jauh namun cara penyampaian kali ini jelas lebih menggila. Disamping menyaksikan persembahan live Kherow didepan mata, gua berpendapat EP ini punya lebih kematangan dari segi permainan instrument. Juga tidak lupa ngauman yang lebih power dari vocalist Bob Cengkaman Dewa. (kalau live, beliau akan lebih agresif diatas pentas)
Sebenarnya sukar untuk mengklasifikasi konsep sebenar Violent Technology memandangkan beberapa pengaruh yang berlaian dapat gua hidu sepanjang 4 tracks ini dimainkan. Tak salah rasanya kalau gua katakan banyak kali gua terhidu pengaruh Arch Enemy bilamana CD ini diputarkan.
Dari segi sound produksi, gua beranggapan proses mixing sudah cukup cun dan mantap. Pendapat gua jika proses mastering dilakukan dengan lebih teliti pasti sound akhir EP ini akan lebih meletup. Gua terpaksa menaikkan level speaker untuk lebih meneliti dan menghayati apa sebenarnya yang dilakukan oleh Kherow didalam EP ini.
Violent Technology (EP2019) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand atau sila berhubung secara terus dengan Kherow melalui laman sesawang facebook mereka yang kami sertakan dibawah. Gua juga tidak pasti sama ada EP ini masih boleh dimiliki atau sudah sold out memandangkan ianya sudah setahun dipasarkan. Gua harapkan dalam tempoh panang ini, Kherow sudah punya material2 terbaru yang seharusnya boleh dirakam untuk full length kedua mereka selepas ini.
Kherow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected