Karl Cromok – Shred It Back (2011)

0

Dissecting the Euphony kembali lagi tetapi kali ini dengan sebuah album solo dari seorang gitarist lagenda thrash dan heavy metal tanahair yang tidak lain dan tidak bukan iaitu Karl Cromok. Beliau mengundur diri dari Cromok atas sebab kesibukan iaitu ketiadaannya bermula ketika Cromok melahirkan album bertajuk What Left pada 2000. namun pada 2010 beliau seakan kembali memberi sinar dalam industri music berat tanahair apabila kembali aktif dengan jemputan kelas serta sebuah pertunjukkan pentas di MyEvo Club Kuala Lumpur bersama beberapa rakan. 2011 pula menyaksikan Karl kembali dengan buah tangan terbaru darinya yang bertajuk Shred It Back.

Karl Cromok – Shred It Back (2011)
Cover artwork oleh Wan Hasrol
Tracklist :
1 – Shred It Back
2 – Magnificent
3 – Expression In K Minor
4 – Petanda (Featuring Amy Search)
5 – I Don’t Belong Here (Extended Version – Live at My Evo KL 2010)
6 – Misty (Extended Version – Live at My Evo KL 2010)
7 – Shred It Back (Minus Guitar)
 8 – Magnificent (Minus Guitar)
9 – Expression In K Minor (Minus Guitar)
10 – Petanda (Minus Guitar)
Album yang memuatkan 10 buah lagu ini dirakam di Hotsound Studio yang bertempat di Wangsa Maju. Producer untuk album ini ialah Karl sendiri manakala engineer album adalah gabungan Zahid dan Karl. Proses mixing dan mastering juga dilakukan di Hotsound Studio. Antara pemuzik2 yang terlibat disebalik music Shred It Back ialah Shah Sedious di posisi guitar (untuk track ke 3 dan 2 track live), Hafiz Fedora di posisi Bass (rakaman studio) manakala Affey untuk persembahan live. Posisi drum pula di laksanakan oleh Zalie Deathstroke. 
Keseluruhannya hanya terdapat 4 buah lagu terbaru yang mendapat sentuhan dari Karl iaitu Shred It Back, Magnificent, Expression In K Minor serta Petanda (ciptaan Redzuan Zain dan Zam Barongan). Karl turut bermain bass untuk track pertama bertajuk Shred It Back. Manakala 2 lagu yang diambil dari persembahan live adalah Misty dari album Image Of Purity (1989) dan I Dont Belong Here dari Forever In Time (1993).
Shred It Back merupakan sebuah instrumental yang menyaksikan skill serta riffing bersemangat dari Karl. Solo yang juga punya kekuatan yang mampu memberi semangat. Jika diteliti riffing2 track ini lebih kepada riffing diantara Hard Rock dan Heavy Metal. Sebuah track yang berdurasi 6 minit 8 saat. Sarat dengan solo2 laju namun kedengaran mendayu. Mood lagu yang sedikit lari dari konsep Cromok. Mungkin paling hampir seakan mood lagu I Dont Belong Here.
Magnificent merupakan sebuah instrumental perlahan. Namun mood track ini begitu menenangkan untuk didengari. Sebuah track yang pada gua sarat dengan solo2 sehingga ke akhir track. Anda akan mendengar solo2 yang dibawa tanpa distortion serta berdistortion. Terasa seakan mendengar album Gary Moore pula bila terlalu asyik dengan mood perlahan track berdurasi 6 minit 13 saat ini. Keistimewaan track ini ialah solo2 dari Karl yang tidak putus2 dari awal hingga akhir.
Expression In K Minor yang menjadi track ke3 lebih kepada genre Heavy Metal. Kedengaran juga beberapa bahagian harmonic guitar serta permainan twin padel yang membuatkan track ini agak heavy dari track2 sebelum. Solo2 juga agak ribut namun masih terkawal. Walaupun kedengaran beberapa kali perulangan riffing untuk bahagian rhytm namun solo2 yang dipersembahkan oleh karl adalah berlainan. Sebuah lagu yang agak heavy namun masih kedengaran bersih dan solid.
Petanda merupakan sebuah track yang mendapat sentuhan Amy Search di posisi vocal. Lebih kepada genre Rock. Juga merupakan antara rakaman terbaru untuk track bervocal didalam album ini. Satu gabungan menarik diantara Karl dan Amy. malah Petanda merupakan single pertama karl yang boleh didengar di corong2 radio atau internet.
I Dont Belong here dan Misty yang merupakan track ke 5 dan ke 6 merupakan rakaman live yang berlangsung di MyEvo  Kuala Lumpur. Dengan dibarisi pemuzik2 yang terlibat didalam rakaman album ini, anda akan dapat mendengar sendiri bagaimana track instrumental I Dont Belong here dibawa secara live oleh karl dan rakan2. Juga track bertajuk Misty yang menggunakan vocal Affey yang turut menggalas posisi sebagai pemain bass. Mungkin agak sedikit berlainan dengan versi nyanyian dari penyanyi asal Cromok iaitu Sam. juga kelainan solo permulaan untuk track ini yang tidak terdapat didalam album Image of Purity.
4 track selebihnya merupakan track instrumental yang turut boleh didengar dari 4 track awal. Juga track bervocal iaitu Petanda yang disediakan tanpa nyanyian dari Amy Search.
Secara keseluruhannya, Shred It Back merupakan petanda kembalinya Karl untuk memeriahkan industri music tempatan dan album ini juga merupakan antara masterpiece peribadi Karl yang diabadikan sebagai album solo pertamanya setelah bersama Cromok untuk sekian lamanya dahulu. Kelahiran album ini juga sekali lagi menandakan bahawa Karl bakal menghangatkan kembali pentas2 show kerana pada 1 May 2011, karl bakal beraksi bersama rakan2 nya ini di gig Metalcamp 4 yang akan berlangsung di One cafe Kuala Lumpur.
Selain album terbaru bertajuk Shred It Back ini, Karl turut meriliskan sebuah DVD khas yang dirakam sempena persembahan live nya di MyEvo. Dapatkan album Shred It Back dengan harga RM45, manakala DVD bertajuk “Inspiring Moment” pula dengan harga RM30. Jika anda inginkan diskaun, anda boleh membeli kedua2 produk sekaligus dengan harga RM60 (hanya untuk promotion bulan April) yang akan disertakan bersama sebuah poster.
Untuk urusan pembelian anda boleh berurusan secara terus menerusi laman web Karl yang akan kami sertakan dibawah video ini.
Petanda – Karl Cromok featuring Amy Search

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected