Jig-Ai – Entrails Tsunami (2019)

0

Jig-Ai adalah antara band yang harus diberi perhatian untuk katogeri Gore/Grindcore. Berlokasi di Prague, Czech band ini telah wujud sekitar 2005. Menghasilkan sebuah promo/demo pada awal January 2006 sebelum muncul dengan debut album yang juga bertajuk Jig-Ai (2006) pada April tahun yang sama. Dua tahun kemudian, album kedua bertajuk Katana Orgy (2008) muncul pada 10 July 2008. Produksi dari Jig-Ai sedikit perlahan selepas ini dan mereka mucul dalam sebuah split album bersama Ass to Mouth (Poland) dimana ianya hanya dikeluarkan dalam format 10″ vinyl sebanyak 500 unit worldwide.3 tahun selepas itu album ketiga muncul dengan tajuk Rising Sun Carnage (2014). terkini setelah 5 tahun tanpa sebarang material rasmi, Jig-Ai tampil dengan album keempat bertajuk Entrails Tsunami (2019). Album ini secara rasmi dikeluarkan pada 3 July 2019 dan masih dibawah label yang sama seperti album2 terdahulu iaitu Bizarre Leprous Productions.

Brain (Guitars), Buraak (Bass/Vocals), Haspy (Drums)
Cover artwork oleh Bvllart
Graphic oleh Buto
1 – Fujiculate
2 – Last Fugu Ritual
3 – He-gassen Warrior
4 – Noodle Rice Bondage
5 – The Kokyu Orgasm
6 – Boobzilla
7 – Corporal Jigsore Hitomi
8 – Tattooed by Pitchfork
9 – Geysers of Blood
10 – Shuriken Facelift
11 – Entrails Tsunami
12 – Knak
13 – Kanamara Matsuri
14 – Impaled by Swordfish
15 – Heads on Stakes
16 – Certificate of Perversion
17 – Permanently Hard
18 – Nunchuck Massage
19 – Bamboo Log Worship
20 – Decapitatation Ceremony
21 – Aokigahara Picnic

Proses rakaman Entrails Tsunami (2019) dijalankan di 3 studio berasingan iaitu Davos Records, Brain Sound Laboratories dan Seabeast Productions. Manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Otyn di Davos Records.

Ok, apa yang menarik berkenaan Jig-Ai dan album Entrails Tsunami (2019) ini? Setelah menghadam beberapa material Jig-Ai terdahulu, gua boleh klasifikasikan Jig-Ai adalah sebuah band yang cukup penting dan perlu diberi perhatian dalam genre Gore mahupun Grindcore. Music yang jelas lebih cenderung kepada Grindcore dengan rata2 track sekitar bawah 1 minit dan tidak mencecah 2 minit. Cukup energetik, rancak, penuh dengan teknik grind yang menyeksa snare dan drumset, riffing yang pantas dan mereka berusaha untuk tidak memberi sebarang ruang kosong dalam setiap komposisi lagu2 mereka. Buraak selaku vocalist/bassist menggunakan teknik growl yang selalu didengari dari vocalist2 band bergenre Goregrind dan Slamming Brutal Death Metal. Cukup bertenaga walaupun Entrails Tsunami mengandungi 21 buah tracks dengan total durasi tidak sampai 25 minit. hahaha..

Sound produksi yang bagus, clear dan sangat profesional. Memuaskan untuk melayan album ini dari mula sehingga tamat. Fullblast kan speaker anda dan rasakan bagaimana gegendang telinga anda akan berdesing!

Entrails Tsunami (2019) setakat review ini ditulis hanya dikeluarkan dalam format CD dan digital. Ini antara produk Gore / Grindcore yang harus diberi perhatian untuk 2019. Penggemar irama music pantas dan pendek, sila dapatkan Entrails Tsunami (2019) dan kenali Jig-Ai kerana mereka punya potensi yang baek untuk menjadi antara nama2 besar suatu hari nanti..

Jig-Ai
Facebook
Bandcamp

Bizarre Leprous Production (Republik Czech)
Email
Official Website
E-shop
E-shop Email
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *