Intoxicated – Walled [EP, 2020]

0

Setiap kali mention Florida, mat-mat Metal pasti tak boleh kalau tak sembang tentang scene Death Metal sana yang banyak melahirkan lagenda yang dipuja ramai seperti Obituary, Death, dan Morbid Angel. Intoxicated berasal dari Florida dan semestinya membawakan Death/Thrash Metal yang pekat. Malahan mereka mempunyai pertalian rapat dengan Chuck Schuldiner dari Death (pernah menerbitkan terbitan awal mereka), Donald Tardy dari Obituary (pernah menyertai mereka ketika Obituary sedang hiatus) dan menjadi backing band Andrew WK. Mereka adalah veteran Death Metal Florida yang obscure!

Walled merupakan EP comeback mereka setelah 23 tahun album pertama mereka keluar. Ia diterbitkan melalui Seeing Red Records pada hujung Ogos 2020. Jadi apa yang Ep ini tawarkan? Pure Death Thrash gaya Florida semestinya! Death/Thrash Metal 90an dengan breakneck speed diiringi snarling garang ala Donald Tardy tanpa kompromi. 

Nampak betul kesungguhan mereka setelah lama memendam tak keluar apa-apa dekat 2 dekad ni. Walled terasa klasik seakan terbitan ini terperangkap dalam dekad 90an, daripada aspek sound, songwriting kepadalah attitude yang ditampilkan. Saya menyukai the fact yang EP ini semakin nasty apabila menemui penghujungnya. Daripada standard format ala Obituary di permulaan, lama-lama lagunya seakan evolve kepada jahat gaya Morbid Angel, teknik divebomb ala Azagtoth dan drumming blastbeat gaya Sandoval bertalu-talu, makin naik minyak pulak gayanya. Pada saya, pengikut Death Metal scene Florida klasik pasti puas mendengar terbitan yang berbau klasik ini. Sedap oo!

Walled kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Obituary, Morbid Angel, Death

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected