Interview : Kraton – Penggempur irama Metal Nusantara

3

Karton sebuah nama baru dalam industri muzik berat Asia. Berasal dari Singapura, Kraton dilihat antara band unik yang membawa genre Metal yang punya elemen Nusantara yang cukup kuat. Dari segi muzikal dan juga penampilan dan imej. Baru sahaja mengeluarkan sebuah album penuh bertajuk The Nusantara Chronicle, kami pihak DtE telah meneliti arah music Kraton dan merasakan Kraton antara band yang perlu diketengahkan. Sesi temubual telah dilakukan melalui laman sesawang facebook Kraton dan apakata anda luangkan sedikit masa  santai mengenali Kraton, band yang Metal Nusantara ini.

1 – Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Kraton. Boleh kami tahu siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Waalaikumsalam. Disini Jepon aka Jufri Salim yang mewakili Kraton buat sesi ini.

2 – Boleh ceritakan sejarah penubuhan Kraton?
Kraton ditubuhkan pada pertengahan 2007 dimana waktu itu adanya sebuah band competition disini, Ria Band Remix, yang dianjurkan Ria 89.7fm sebuah stesen radio Mediacorp dimana band harus membuat remix kepada lagu yang akan didendangkan. Kerana ingin menyahut cabaran itu, Vexspine mencadangkan  Naz Tora, Acit, saya dan dia sendiri bersatu kembali selepas 4 tahun menguburkan band trash/speed metal lama kami, Sri Langsuir. Tapi kali ini kami harus berfikir  secara terbuka dan inginkan kelainan maka Su, vokalis wanita kami dan Nuris, kibodis wanita, bergabung tenaga dengan kami dan lahirlah Kraton. Kami menjuarai peraduan itu.

3 – Line up terkini Kraton?
Setelah beberapa kali bertukar ahli anggota, kini Naz Tora dan Vespine kembali bersama keluarga Kraton. Ahli anggota terdiri daripada:
Su – Vokalis Wanita
Jepon aka Jufri Salim – Vokalis Lelaki
Wann Ahlip – Drummer
Naz Tora –  Bassist
Vexspine – Guitarist

4 – Apa maksud sebenar Kraton?
Perkataan yang diambil dari bahasa Jawa, makna Kraton ialah istana keratuan atau tempat tinggal raja. Juga merupakan tempat kerajaan.

5 – Boleh nyatakan konsep sebenar music bawaan Kraton?
Agak susah untuk kami menyatakan tapi pada awalnya kami tak pernah terfikir akan sebuah konsep buat muzik kami. Yang penting melodi dan irama jawa harus dikekalkan , alunan simfoni dan ditemani muzik keras. Juga lirik yang berkisahkan sejarah dan lagenda Jawa atau Nusantara.
Di peringkat awalnya, kami digelarkan sebagai sebuah band yang berkonsepkan Javanese Symphonic Metal dan kami dengan besar hati menerima gelaran itu. Namun ada juga yang berpendapat bahawa kami mainkan Javanese Gothic Metal. Terserah kepada peminat dan pendengar, Javanese Symphonic Metal menjadi konsep kami.

6 – Adakah sebelum ini, Kraton pernah menghasilkan sebarang rilisan fizikal copies berbentuk promo atau demo?
Sebelum album The Nusantara Chronicles ini, kami telah melahirkan 3 CD singles iaitu Fanaq, Lambang Setia dan Sirna Ilang Kretaning Bumi. Kami juga pernah mengeluarkan sebuah bootleg LIVE CD, Kraton-Live at OursFest 2010. Ketiga-tiga single kami yang disebut tadi dimainkan di radio dengan Fanaq menjadi hits kami dan pernah menduduki carta Top 20 untuk 14 minggu. Sebuah radio single kami berjudul Saka, yang menampilkan artis solo Singapura Zaibaktian, juga telah menambat hati pendengar radio Ria 89.7fm untuk segmen Misteri Jam 12.

7 – Band2 yang mempengaruhi penciptaan music Kraton? Epica? Nightwish? Metalasia?
Hahaha! Mungkin agak ramai untuk disebut. Kami tak nafikan Epica, Nightwish dan Metalasia (kami dengan King Shah memang geng..hehe) ada tersenarai, juga yang mempengaruhi Kraton adalah Within Temptation, Metallica, Amuk, Dream Theater, Iron Maiden, King Diamond, Arch Enemy dan beberapa band extreme. Termasuk juga lagu –lagu tradisional dari Indonesia seperti keroncong dan degung.

8 – Siapakah mastermind dalam penghasilan, susunan dan guideline lagu2 Kraton?
Mastermind?!?! Hahha! Macam sindiket jer! Hehehe.. Lagu-lagu semua digubah dan disusun oleh Jufri Salim. Dan sudah tentu ahli anggota turut memberi pandangan dan pendapat terhadap hampir setiap lagu dan tanpa bantuan mereka, saya rasa tidak akan ada personal touch dalam setiap lagu.

9 – Dari beberapa infomasi, difahamkan line up Kraton terdiri dari beberapa individu yang pernah bersama band2 yang berlainan genre seperti Death Metal, Progresive Metal malah Dangdut. Bagaimana idea2 ini digarap untuk menghasilkan konsep music Kraton sekarang ini?
Bertopik kepada dangdut, Su memang terbaik kalau menyanyikan lagu dangdut. Heheheh..
Jadi dari lenggok dan teknik nyanyian Su, saya akan memadukan cara melodi asli, dangdut atau keroncong buatnya. Drummer kami, Wann Ahlip pula pernah bersama sebuah kumpulan progressive metal dan dia adalah seorang pemain teknikal dan itu adalah kekuatannya. Dengan itu muzik kami akan ada unsur-unsur teknikal in the groove section. Riffing guitar dan bass pula akan lebih cendurung kepada metal dan juga element black dan death walau pun tak banyak. Dari segi bassline juga sama. Kadangkala akan ada juga unsur funk. Dan ini semua dilembutkan oleh bunyian gamelan, seruling, alat-alat tradisional dan sudah tentu orchestra dari bunyian kibod kami. Dan bila digabungkan, ini akan memberikan suatu kelainan dalam segi idea mahupun konsep lagu-lagu Kraton. Dan tidak lupa dengan kefahaman terhadap sejarah dan lagenda Nusantara yang tetap menjadi pegangan apabila menulis lirik.

10 – The Nusantara Chronicles merupakan full length pertama Kraton. Boleh ceritakan apa keistimewaan album ini yang boleh menguatkan lagi sebab untuk pendengar untuk memiliki album ini?
The Nusantara Chronicles adalah sesuatu yang Kraton telah cadang untuk menghasilkan sejak lewat 2010 lagi tetapi harus ditangguhkan untuk 2 tahun sebelum kami memulakan proses rakaman atas sebab tertentu. Setiap lagu yang tersenarai dalam album ini punyai jalan cerita yang diilhamkan dari sejarah dan lagenda Nusantara. Narration atau olahkata  yang telah disiapkan di dalam bahasa Inggeris pada setiap permulaan lagu didalam album ini. Kami mendapatkan bantuan seorang sahabat kami, penyanyi Diwi Aishah, untuk menggunakan suaranya. Album ini juga telah diberikan 4V out of 5V di sebuah segmen Extreme Music iaitu Vicious Volume di stesen radio di sini dan produser segmen ini ialah seorang penggiat muzik metal. Album ini penuh dengan experimentation dari segi penulisan hingga ke arrangement hingga ke production. Album ini juga telah berjaya menarik perhatian pihak dari Jepun, Amerika dan beberapa Negara di Eropah.

11 – Pada pandangan Kraton, adakah music bawaan Kraton ini sudah mencapai tahap originality dalam music itu sendiri?
Ini adalah soalan yang sukar kerana muzik amat luas. Memang kami bersependapat bahawa lagu-lagu kami mempunyai indentiti dan originality tersendiri. Tapi kadangkala boleh timbul andaian bahawa sepotong riff dari sebuah lagu akan berbunyi seperti sebuah lagi dari pihak lain. Memang banyak lagu-lagu dluar sana, tak kira dari Indonesia, Malaysia maupun dari artis International, pasti akan ada persamaannya kerana pengunaan chord dan teknik. Alunan atau elemen Jawa yang ada di dalam muzik Kraton, simfoni orchestra dan style kami tersendiri yang membuat kami yakin akan kesahihan originality kami.

12 – Epic Cinta Hanuman (yang dimuatkan dalam laman reverbnation) kedengaran seakan diambil dari lagu bertajuk Kuda Hitam nyanyian Hetty Koes Endang namun diubah suai dengan mood dan konsep bawaan Kraton. Mengapa memilih lagu ini untuk dijadikan cover song?
Hahhah! Ini adalah soalan yang jarang dilemparkan. Sebenarnya lagu ini dicipta oleh saya dan Vexspine beberapa tahun dulu dengan cara yang lebih aggressive iaitu speed metal dan kami telah menggunakan semula riff-riff lagu ini apabila kami berada di peringkat akhir Ria Band Remix. Kami memilih lagu Kuda Hitam dan hasil gabungan riff-riff ini dengan mood Kuda Hitam memang berhasil. Kami menang peraduan itu. Dan kami terus mengekalkan mood nya  dan cara lenggok yang sangat epic di telinga kami.

13 – Jika dilihat kepada lirik2 di dalam The Nusantara Chronicles, ianya jelas menceritakan sejarah peradaban Nusantara. Kenapa memilih tema sejarah Nusantara?
Kerana kalau tak kita, siapa lagi kan? ? Cerita-cerita Nusantara sangat menarik, unik  dan juga epic.
Kerana meminati kesenian Nusantara, kami memilih untuk mengekalkan elemen-elemen sedemikian. Kami tak ingin menulis lagu yang agak kebanyakan seperti putus cinta, aku sayang kau kenapa kau tipu aku dan sebagainya. Kami berasa senang mengongsi atau menceritakan semula sejarah dan lagenda Nusantara yang semakin lama semakin ramai generasi muda telah melupakan.

14 – Kraton punya lagu2 yang menggunakan lirik berbahasa inggeris?
Ya. Kami buat masa ini punyai 2 lagu Inggeris, Forever Unity Divine dan My Faithfully Departed. Dan In Sya Allah kami akan mengadakan lagi beberapa lagu Inggeris.

15 – Penerimaan pendengar dan penonton apabila mendengar karya Kraton dan reaksi dari persembahan pentas yang memperlihatkan Kraton mengenakan custom yang berimejkan Jawa?
Ada yang menyatakan bahawa lagu-lagu kami sajak sangat-sangat untuk dokumentari sejarah. Hahahah!.. seperti yang ditulis oleh seorang wartawan akhbar disini bahawa lagu-lagu Kraton sepatutnya dimainkan di acara-acara mengenali sejarah atau muzium Asia. Ada juga yang mempelajari sejarah sedikit sebanyak dari lirik lagu kami. Reaksi penonton terhadap penampilan kami memang berbelah bagi. Ada yang merasakan kami ini over dan mengerikan. Namun ramai yang senang dengan imej kami kerana berlainan daripada kebanyakan band yang sedia ada  di luar sana dan mereka terhibur dengan gaya theatrical kami di atas pentas.

16 – Adakah Kraton terdiri dari pemuzik profesional atau amatur?
Hahhaah! Itu terserah pada pendengar dan peminat untuk menilaikannya. Untuk berkongsi, lagu-lagu Vexspine bersama bekas band Death Metal nya pernah menjelajah hingga ke Eropah, Wann Ahlip, drummer kami, pernah beraksi di F1 Singapura bersama artis dari Canada. Su dan saya sendiri beberapa kali dijemput untuk buat persembahan secara solo atau duet. Sebagai satu kumpulan, Kraton juga sering beraksi di acara naungan Mediacorp, sebuah stesen TV dan Radio rasmi Singapura. Saya juga produce atau co-produce beberapa lagu dari artis-artis disini. Jadi untuk soalan ini, kami benar-benar menyerahkan jawapannya kepada pendengar untuk menilaikannya.

17 – Adakah Kraton terkena tempias “Malay Power” kerana pembawaan konsep dan penampilan sebegini?
Malay Power!?!!? Hahaha! Jawa Power adalah! Hahahahah! ? Kalau di Singapura, muzik dan penampilan Jawa adalah sinonim dengan Kraton. Jadi kami ini dianggap seperti aktivis budaya Jawa.

18 – Equipment2 yang digunakan setiap line up untuk sesi rakaman dan persembahan pentas?
Gitaris kami menggunakan  7-string Music Man dan LTD untuk persembahan live. Buat rakaman, kami juga gunakan Jackson. Bassist kami menggunakan 5-string Ibanez dan LTD. Drummer kami meggunakan cymbals dari Meinl dan Sabian, snare Pearl Custom dan dia adalah pengguna setia drumstick Pro-Mark.

19 – Difahamkan juga Kraton telah melakukan tour di Indonesia, mungkin ada perkara2 yang boleh dikongsi Kraton kepada pembaca mahupun band2 yang punya cita2 tour ke sana mengenai pengalaman Kraton disana?
Pengalaman kami banyak pahit dan manis. Permulaan kami tidaklah gah. Kami hanya main di acara setempat sahaja. Dan pada 2010, kami pernah dijemput untuk persembahan di Larkin, Johor tapi kami terpaksa menolak dua kali kerana masalah internal. Namun kami tetap yakin dengan konsep dan cara kami. Untuk pendekkan cerita, pada lewat 2012, kami dijemput oleh pihak organizer dari Batam untuk sebuah acara disana dan selepas itu terus menerus kami menerima e-mel dan panggilan untuk beraksi di beberapa daerah di Indonesia seperti di Pekanbaru, Padang, Jogja, Jakarta dan beberapa tempat lagi. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan adalah acara di Pekanbaru. Kami ditahan lebih 2 jam di airport Pekanbaru kerana pihak kastam menyangkan bahawa kami kesana untuk berkerja. Hahaha.. Pening dibuatnya.. Pada keesokannya pula, kami diekori hingga ke shopping center. Pada waktu senja, sedang mengadakan soundcheck bersama band Harvester dari Singapura juga yang touring bersama kami, kedua-dua band seakan ‘diganggu’. Ada kenampakan makhluk aneh, ada yang diazankan di telinga oleh sesuatu yang tak kelihatan , nama dipanggil dan sebagainya. Kami juga pernah diancam sewaktu dalam perbincangan untuk main di Tangerang dan Jakarta kerana ada 2 pihak organizer yang kebetulannya dari sama daerah dengan tarikh acara yang tidak begitu jauh. In principle, kami memilih organizer yang pertama menawarkan kepada kami dan ini mencetus kurang senang hati dari pihak satu lagi. Hal ini, yang berlaku di Jarta, diketahui oleh pihak organizer dari beberapa daerah di Indonesia seperti Batam, Bandung dan Jogja yang menghubungi kami dan menyanyakan kepada kami. Mereka berpihak kepada kami setelah mendengar penjelasan kami. Akhirnya, masalah telah dileraikan dan kami ke Tangerang dan Jakarta untuk show tersebut.

Dan buat band-band yang punyai cita-cita untuk mengadakan tour, jangan padamkannya walaupun bertahun kita harus menunggu.  Perjalanan mencapai sesuatu adalah lebih bermakna daripada kejayaan. Dan janganlah sampai ditipu.

20 – Dilandasan manakah kedudukan Kraton sekarang ini? Underground atau menuju kearah mainstream?
Sebenarnya Kraton adalah sebuah band metal yang mainstream seperti Nightwish dan Metallica. Jadi setelah hampir 6 tahun didalam mainstream scene, kami telah memilih untuk menumpukan perhatian lebih terhadap scene underground. Namun kami akan tetap menyiapkan 1 atau 2 lagu untuk santapan peminat mainstream kami dan lebihnya kepada underground. Contohnya album The Nusantara Chronicles, dua lagu iaitu Dia Berdusta dan Hilangnya Pelangi adalah lagu khas buat mainstream, lagu-lagu lain pula adalah lebih kepada underground.

21 – Band2 yang seangkatan Kraton dari Singapore yang turut perlu diberi perhatian?
Hmmmm… Banyak ni.. Ramai geng-geng kami.. hehehe.. Dari scene underground, kami yakin band-band seperti Dyeth (Death/Grind), Harvester (Melodic Death), Obliteration of the Obelisk (Progressive Metal), Age of Sinfonia (Symphonic Metal), Fall of Mirra (MetalCore) ada banyak untuk memberikan kepada umum. Jika yang dari mainstream pula kami akan sarankan Diorama (Alternative Rock) dan Klutz (Alternative Rock).

22 – Pendapat Kraton berkenaan harapan dan peluang Kraton didalam industri music underground dan mainstream Asia?
Kami ingin sekali berkembang dan menapak jauh lagi dengan cara & gaya muzik kami ini tidak kiralah diterima sebagai band underground atau mainstream, kami ingin mengekalkan dan mengenalkan seni budaya Nusantara kepada dunia. Kami tidak akan benar-benar tahu jika peluang akan diberi tapi dengan berkat kerja keras, In Sya Allah, impian boleh menjadi kenyataan, harus banyak bersabar dan jangan putus asa.

23 – Kata2 terakhir Kraton kepada pembaca sesi interbiu ini?
Terima kasih kepada Contramen kerana sudi interview kami. All the best in your future endeavours. Juga buat semua diluar sana.

Terakhir sekali..
Hidup ini memang banyak cabaran dan perjalanan mengejar impian sememangnya jauh. Tapi kemanisan perjalanan menuju destinasi dan menyahut cabaran adalah lebih manis daripada segalanya. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah memijak yang lain demi mengecap mimpi kita.
Dan kepada semua yang sedang membaca ini, dah beli album The Nusantara Chronicles belum? Apa lagi ditunggu?

Kraton – Dia Berdusta


Check us out on
Facebook
Youtube
Twitter
Instagram
Reverbnation

BE KRATONIZED.
MATUR NUWON!

Terima Kasih.. itu sahaja..

* Ok bagaimana? Untuk mendapatkan copy The Nusantara Chronicle mungkin belum ada label yang menjualnya di Malaysia (gua dapatkan dari kawan yang bekerja di Singapura). Sekiranya ada label2 yang berminat untuk distro album ini mungkin boleh directly contact Kraton melalui laman sesawang mereka yg dinyatakan diatas. Semoga maju jaya Kraton!!!

3 thoughts on “Interview : Kraton – Penggempur irama Metal Nusantara

  1. rasanya anda view dari handphone.. sebab font yang digunakan untuk soalan berwarna putih.. ok, thanks for feedback dan kami akan edit font untuk soalan ke warna lain.

  2. Salute !!! band non Indonesia yang bawain budaya Indonesia, amazing!!! Memang di Indonesia banyak yang bawain etnic Java untuk musiknya… tapi kalo dari Singapore, waaaw… maju terus KRATON with Javanese Metalnya……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected