Interview : Karamah – Kesinambungan karya dari One Barchiel

0

Karamah merupakan penyambung kepada karya2 garapan One Barchiel setelah meninggalkan As Sahar. Tampil dengan sebuah mini album bertajuk Huraisy pada suku tahun 2013, kelihatan apa yang dihasilkan beliau masih berbisa dan aura ketika bersama As Sahar masih menebal didalam setiap komposisi lagu2 yang dihasilkan. Kami pihak DtE mengambil langkah menemubual beliau untuk mengupas berkenaan perjalanan music dan apa yang dilakukan bersama Karamah. Ok, luang kan sedikit masa membaca temubual DtE bersama One Barchiel atau Wan As Sahar.

1 – Adakah ketika bersama As Sahar lagi One Barchiel telah terdetik untuk menubuhkan Karamah?
Sudah tentu tidak. Aku curahkan segalanya untuk As-Sahar ketika itu. Pernah pada satu ketika antara 1999-2001, ketika band tersebut seakan tidak aktif, aku bertindak sendirian menghidupkan nama band tu terus walaupon dengan menggunakan para sessionist. Ya… era album “Intifada”

2 – Kenapa memilih perkataan Karamah untuk dijadikan nama band?
Sebab ianya ada unsur ‘magic’. Bab tu ajer yang aku amek. Harap-harap band baru aku ni ada sentuhan magical dari segi memikat para pendengar.

3 – Line up terkini Karamah? Adakah terlintas untuk menambah line up sekiranya terdapat permintaan untuk show?
Taknak pikir pasal show. Aku kalau tulis sebab kenapa, nanti akan ada ‘backlash’ dari pihak-pihak yang terlibat menganjur gigs… Konfem apa yang aku cakap tu pedas gila dan dorang takkan boleh terima. Sebaiknya dielakkan. Aku tak main show pon sesuatu yang elok, tak meng-troublekan kepala hotak para organizers nih.

4 – Siapakah Hamza (drummer) yang sebenarnya? Mungkin boleh dinyatakan band2 yang pernah dianggotai oleh beliau?
Hamza adalah drummer tetap bagi MARGYYAH. Band tu aktif sekitar lewat 90’an dulu, tapi takde materials lagi. InsyaAllah dorang akan rekod sesuatu tak lama lagi. Hamza juga pernah bermain bersama SADIZTIK IMPALER dan ISTIDRAJ. Pada sekitar 2003/2004 Hamza pernah bersama As-Sahar dalam beberapa gigs di Singapura. So, chemistry aku dengan dia dah memang ada. Bila aku blah dari As-sahar, aku terus cari Hamza untuk diserapkan ke dalam KARAMAH.

5 – Apa perbezaan yang pasti antara Karamah dan As Sahar?
Sebenarnya takde beza apa. Lenggok muzik tetap sama – Metal yang melodik, mid-tempo keseluruhannya dan punyai elemen oriental. Trademark songwriting aku seperti dalam band lama aku dulu aku kekalkan sebab listeners harus tahu siapa dia main songwriter untuk kedua-dua bands tu. Bagi yang rindukan adanya aku dalam band lama tu, tak payah rindu lagi sebab KARAMAH tu serupa ajer macam band lama aku. Mungkin tampak ketara dari segi penulisan lirik bagi KARAMAH yang lebih kepada Islamiah. Tapi itu bukan perkara baru, sebab dalam band lama dulu pon banyak lirikal aspek keagamaan dan itu jugalah sebabnya imej brutal, bestial, corpsepaint dan sewaktu dengannya memang tak relevan lagi dengan band tu. Sejak 1998 aku taknak dah imej macam tu sebab tak kena dengan lirik-lirik yang berunsur ketuhanan yang ada dalam band tu. Pada awal kemunculan aku dengan band lama tu dulu, aku tak nafikan ianya adalah satu mistake kami tampil dengan imej satanic sedangkan yang kami ketengahkan sebenarnya adalah Metal elemen ke-Nusantaraan, mistikal tetapi bukan sesuatu yang ke arah sesat. Mungkln masa tu sebab darah muda, kuat terpengaruh dengan Metal dari barat.

6 – Apakah influence dalam penulisan lirik2 Karamah?
Aku tak amek mana-mana influence. Tulis apa yang terlintas. Isu Palestin, hal akhirat, benda-benda camtu lah. Satu lirik lagi dalam mini-album “Huraisy” seorang member fb yang aku tak pernah jumpa yang tulis. Isu bumi yang dijajah, isu Palestin… Konsep yang lebih kurang album “Intifada” sepertimana aku buat untuk As-Sahar dulu

7 – Sejak bila lagu2 Karamah mula dicipta?
Ada lagu-lagu yang riff-riffnya aku mula buat ketika masih bersama band lama dulu. Gabung dengan idea-idea yang kemudiannya datang sesudah KARAMAH wujud. So, takde tarikh pasti bila lagu-lagu KARAMAH mula tercipta.

8 – Bagaimana boleh terjalinnya perjanjian meriliskan mini album Huraisy bersama Mariners Music?
Mariners Music ni Cina punya. Tokey-tokey Mariners ni bukan orang Metal pon, tapi dorang shareholders besar lah dalam Mariners Music. Aku punya saham ada jugak dalam label tu, tapi dok tempat paling last lah dan kena kerja promote album sendiri untuk setidak-tidaknya cover balik cost. Apa pon bekerja cara macam ni pada aku seronok. Label beri aku kebebasan untuk jadi runner, aku promote cara aku sendiri, gunakan pengalaman aku. Management tak sekat aku dalam hal-hal camtu.

9 – Adakah kos rakaman di tanggung sendiri oleh Karamah atau mendapat sponsor dari label?
100% sponsored beb!

10 – Apa perbezaan antara rakaman di Malaysia dan Singapore?
Susah nak jawap tu. Tengok pada studio lah. Cuma bagi aku yang ada kerja tetap kat Singapore ni kalau nak rakam kat Malaysia, kena amek cuti. Rakam kena rushing sikit kalau camtu sebab masa terhad.

11 – Siapa yang bertanggungjawap dalam menggalas tugasan sebagai sound engineer untuk rakaman ini?
Aku pilih studio TNT di Singapura bagi rakaman “Huraisy”. Studio ni terkenal dalam menyempurnakan rakaman band-band Metal dan Hardcore di Singapura. Jururakam dan owner studio tu Mr. Wong Ah Boy memang berpengalaman bagi tugasan itu. Memang dah lama aku nak rakam kat sana tapi tak kesampaian diatas sebab-sebab kalau aku cerita kat sini pon akan ada pihak yang terasa, so elok aku jangan cerita. Kalau kau perhatikan dua album terakhir aku dengan band lama aku, sound kualiti agak hampeh. So, bersama band baru ni, aku taknak lagi repeat mistake yang sama.

12 – Kenapa memilih untuk merakam kembali lagu bertajuk Tinggam?
Banyak sebab… Hamza suka mainkan lagu tu pon ye, ubati rindu followers aku pon ye, lagu tu special sebab seakan ikut aku kemana-mana… Setiap live show pon pasti bawak lagu tu.

13 – Equipment2 yang digunakan Karamah sepanjang proses rakaman Huraisy?
Gitar efek satu ajer, Boss DS-1. Selainnya amp Marshall studio punya. Drums pon studio punya. Hal software apa sound engineer pakai aku tak amek tahu sebab aku memang tak mahir bab tu.

14 – Apa sebenarnya yang cuba disampaikan melalui Huraisy?
Satu ajer – Wan As-Sahar ataupon One Barchiel masih terus berkarya !

15 – Band2 yang dirasa punya pengaruh dalam penciptaan lagu2 Karamah?
As-Sahar … ketika aku masih bersama band tu.

16 – Sehingga setakat ini berapa unit penjualan album Huraisy?
Langsai dah semua 500 copies dan takkan dicetak lagi. 500 tu terjual dalam masa 2 bulan sahaja. Kemungkinan akan ada limited digipack, tapi it’s up to the major shareholders in Mariners Music. Financial dorang pegang.

17 – Idealogi dan music. Yang mana satu dikira lebih priority?
Music… sebab yang dirakam dalam album tu music. Tapi ideology kenalah selari. Takkanlah ada title lagu “Anak-anak Palestin” tapi imej guna corpsepaint…

18 – Album As Sahar yang paling membawa makna kepada One Barchiel?
“Intifada”. Not so much pasal aspek keagamaan yang ditonjolkan, tapi masa tu aku seorang ajer yang tinggal dalam band tu dan aku dapat curahkan idea sepenuhnya dalam songwritings. Dapat bawak riff-riff yang takde sekatan sebab anggota band lain tak boleh nak bawak… perkara macam tu lah. Peluang dapat bekerjasama dengan Jadam (Necrotic Chaos) dan Dark-E (Vociferation Eternity) dalam album tu jugak masih aku anggap special sampai ke hari ini.

19 – Sebagai frontman yang juga menggalas tugasan sebagai pemain gitar, siapa gitarist yang banyak meninggalkan kesan keatas permainan gitar One Barchiel?
Aku memang tak terer main gitar ni. Basic sahaja. Kalau nak kata pengaruh tu, Hmmm… Maybe lah Mark Knopfler yang paling sesuai aku namakan. Permainan dia simple ajer.

20 – Adakah Karamah akan kekal sebagai studio band?
Kami ada sessionists yang ready untuk tujuan live shows. Cuma soalnya, siapa nak bayar?

21 – Mungkin ada projek2 lain dari brader One Barchiel selain Karamah?
Ya, memang ada. Buat masa ni biarlah aku cakap band tu namanya bermula huruh “P” sahaja dan ianya dianggotai line-up bekas-bekas anggota As-Sahar. Sudah tentunya kami bawakan lagu-lagu As-Sahar juga. Nantikan… 2014 nanti.

22 – Perancangan selepas ini? Album penuh barangkali?
Semestinya ! Tapi bukan pada jangka waktu terdekat ini. Hamza busy dengan MARGYYAH dan aku busy dengan band “P” tu… Lagu-lagu bagi full-length aku dan Hamza akan berlatih secara berperingkat. Dalam KARAMAH, philosphy kami – Biar lambat asalkan berkualiti.

23 – Kata2 terakhir kepada pembaca berkenaan Karamah serta mini album Huraisy..
Kepada DtE, Terima kasih kerana terus sapot perjuangan seni aku walaupon kini aku bersama band lain. You guys had always been there for me. Kepada mereka yang telah membeli album “Huraisy” – KARAMAH Loves You All !!! Sentiasa ikuti perkembangan KARAMAH melalui facebook kami. Macam aku kata tadi kemungkiann akan ada pencetakkan semula “Huraisy” bagi mereka yang belum dapatkannya…. Hanya Allah sahaja yang akan menentukannya.

Karamah – Yang DiLaknati


* Ok, kepada yang merindui karya2 dari Wan setelah beliau meninggalkan As Sahar, pada kami Karamah adalah jawapan paling tepat! Juga kepada yang tak berkesempatan mendapatkan mini album Huraisy, berharaplah agar pihak Mariners Music merealisasikan kata2 bahawa versi digipak akan dikeluarkan selepas ini. Lawati facebook Karamah melalui link yang kami sediakan dibawah ini.

Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected