In Peccatvm – Antilia EP (2002)

0
Terdapat perbezaan yang jelas antara Peccatum dan In Peccatvm. Pertamanya, Peccatum tu dari Norway manakala In Peccatvm dari Portugal. Yang kedua Peccatum adalah projek muzik laki bini iaitu Ihsahn (Emperor) dan Ihriel manakala In Peccatvm…bukan projek muzik laki bini hahaha dan terakhir sekali Peccatum bermain Metal yang bersadur Avantgarde manakala In Peccatvm bermain Doom/Gothic Metal. Ya jadi kali ni gua bawakan In Peccatvm – Antilia. Berikut adalah line up yang paling terkini:
 
António Neves – Vocals, Guitar
Hélder Almeida – Guitar
André Gouveia – Bass
Bruno “Spell” Santos – Keys
João Oliveira – Drums
Band yang berasal dari Azores, Portugal ini bermula pada tahun 1998 dengan demo In Beauty. Sekalipun telah wujud lebih daripada 10 tahun, In Peccatvm sebenarnya belum pernah mengeluarkan album penuh. Antilia adalah EP berkonsep (as opposed to concept album-ed) yang diterbitkan pada tahun 2002 dengan 5 buah lagu iaitu:
Septem Aquae
Everlasting Delicacy
Watery Portrait
Till Daylight Comes…
Sustained In The Nebula
Mengikut Metal Archives, EP ini adalah bertemakan mitos Sete Cidades (sebuah tempat di Azores), jadi boleh expect some atmospheric stuff lah ye, which is true. 
Septem Aquae – Antilia (uii macam nama awek siyut-ed) dimulakan dengan sebuah instrumental bertajuk Septem Aquae (secara kasar bermaksud 7 kawasan perairan, atau kalau dah diterjemah dengan betul,bermaksud 7 kawasan). Lagu ini merujuk kepada asal nama Sete Cidades dalam bahasa Latin iaitu Insula Septem Civitatum (Island of the Seven Cities).Intro ini berbunyi classical kerana ia dimainkan oleh String Quartet dan ada perisa konon-konon Baroque hehe. Tapi memang cantik untuk set mood.
Everlasting Delicacy – Dimulakan dengan pace yang serba slow dan doom-ish dengan harmoni gitar serta kibod sebelum double pedal memecah masuk. Track kegemaran gua untuk EP ni sebab kuat sekali bau doom/gothic terutama dengan kemunculan vokal wanita di pertengahan lagu. Instrument gitar Azore pun diselit masuk di bahagian tengah lagu.Tapi drum lepas tu dah macam tak konsisten pula terutama di bahagian double pedal.
Watery Potrait – Ini lagu jiwang. Mood yang memang gemalai dari awal sehingga akhir lagu (sekalipun ada part yang fast). Keyboard memberi perisa kuntum yang secukupnya.
Til Daylight Comes… – Seolah-olah kesinambungan dari Watery Potrait. Bila dah masuk lagu ni gua baru perasan tone guitar In Pecattvm sebenarnya tak tajam pun. Dan tak berat pun. Fuh piano lagu ni membangkitkan rasa tenang. Fikir balik, ni bukan doom yang membangkitkan rasa despair!
Sustained in the Nebula – Penutup yang sangat beautiful. Tapi pendek sangat, tau-tau saja dah habis! Classical gitar membuat penampilan di sini.
Sebuah effort yang takde la gempak sangat, tapi cukup untuk menunjukkan In Peccatvm layak diberi perhatian. Doom/ Gothic yang bersih. Gua berkenan sangat dengan elemen Azore dan classical gitar tu, macam satu bonus pulak. Ini adalah sebuah material lama dari band Portugal ini. Rasanya bila jenguk website diorang ada mention pra-produksi album pertama sedang berjalan, tapi tak tahu la tu berita basi ke apa sebab nampak macam tak dikemaskini je tu.
Gua bagi rating 6.5/10 untuk EP ni. By the way, band ni mengingatkan gua kepada sebuah band dari Germany iaitu Empyrium yang more or less macam diorang jugak. In Peccatvm boleh dicapai di sini dan sini.
Kredit:
-Google
-Web rasmi In Peccatvm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected