Impaired – Merdeka (EP2017)

1

Impaired merupakan sebuah band yang dalam aliran hardcore/Crust/Punk. Band ini berasal dari Singapore. Maaf kurang informasi berkenaan band ini tapi apa yang dihasilkan melalui Merdeka (EP2017) ini jelas perlu diberi perhatian. Black Konflik Records telah mengeluarkan EP ini dalam format kaset.

Vin (Vocals), Haliff (Guitars), Qimin (Bass), Andrew (Drums)
Tracklist :
1 – Merdeka
2 – All Alone
3 – Wit Beyond Measure
4 – Shitstream
5 – No Way
6 – Kids of War

Merdeka (EP2017) melalui proses rakaman di TNT Studio Singapura. Tiada sebarang maklumat berkenaan hal ehwal teknikal rakaman EP ini.

Seawal track pertama iaitu Merdeka jelas memperlihatkan Impaired bukan sebarangan band. Sebuah track yang cukup keras, bersemangat dan sangat sesuai sebagai track pembuka untuk EP ini. All Alone masih mengekalkan mood yang sama, ribut walaupon ada sedikit part yang sedikit rilek dimana feel-in gitar dimainkan. Shitstream mungkin boleh dipilih antara track terbaek disamping Merdeka. No Way track paling berdurasi pendek dan penutup Kids of War ternyata menyengat dan bersemangat.

EP ini boleh gua katakan agak keras, beremosi dan penuh amarah dari segi penyampaiannya. Ia juga merupakan EP yang total durasinya pendek sahaja dan setiap track dalam lingkungan 2 minit sahaja. Tepat seperti di nyatakan track2 dari EP ini bersifat short, fast, loud dan in your face!!! Kental, pantas, padat dan tiada masa untuk merasa meleret leret.. Dari segi teknikal, gua dapati rencah music Impaired adalah gabungan riffing/rhythm yang ke arah D-beat, drum yang sebenarnya kearah Hardcore dan sedikit menjurus ke Metal dan vocal yang tidak memberi ruang dengan jeritan yang bagus.

Merdeka (EP2017) mungkin masih boleh diperolehi dengan menghubungi band atau label Black Konflik Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Kepada penggemar irama hardcore kental yang berteraskan Crust/Punk, tape atau kaset ini adalah patut berada dalam simpanan anda. Ini bukan sebarangan band!

Impaired
Email
Facebook
Bandcamp

Black Konflik Records
Email
Blogspot

1 thought on “Impaired – Merdeka (EP2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected