Acid Rain – Headache (EP2016)

0

Acid Rain adalah antara lagenda Punk Rock tanahair. Mereka antara band awal yang memperjuangkan irama Punk yang mana ia nya bersifat straight forward, rebel dan adakala happy go lucky dengan apa saja yang mahu mereka lakukan. Terus terang gua adalah pendengar Acid Rain zaman demo Coup de Etat (dikeluarkan semula dalam format CD – hubungi Acid Rain jika mahu beli) dimana ianya release dalam format pro tape. So gaya pembawaan music Acid Rain kiranya gua tau juga lah sikit2..hehe.. Ok, Headache (EP2016) sepatutnya release pada 2016 dan projek ini tergendala untuk jangkamasa yang lama dan Pakdin Hujanasid selaku the only line up asal yang masih memperjuangkan Acid Rain hingga kini mengambil keputusan untuk merelease material ini dibawah label beliau sendiri iaitu Wanted Records. Release ini adalah dalam format pro-tape dan mula dijual kira2 sebulan lebih dari tarikh entry ini dibaca oleh anda.

Acid Rain – line up Headache 2016
Cover sleeve/design oleh Pakdin Hujanasid
Tracklist :
1 – Chaos May 13th (2016)
2 – Headache
3 – Punk Invasion
4 – No Way Out
5 – Boria Again

Headache (EP2016) melalui proses rakaman di Dusthall Studio, Seberang Jaya Pulau Pinang pada 26 June 2016. Pakdin Hujanasid bertindak sebagai penerbit manakala Blackbeard bertanggungjawap dalam hal ehwal engineering dan proses adunan.

Chaos May 13th (2016) adalah sesuatu yang istimewa sebagai pembuka kata dari Acid Rain. Ini adalah versi terbaru untuk track yang mencetus pelbagai persepsi satu ketika dahulu walaupun Pakdin telah menjelaskan intipati dan maksud lirik untuk track ini. Chaos May 13th sebenarnya merupakan track yang dimainkan semula yang diambil dari demo 1996 dahulu.

Headache boleh kira track yang baru (walaupun semua track direkod pada 2016) dan yang ternyata ianya cukup keras, straight forward, lirik yang in your face dan penuh beremosi. Cara nyanyian Pakdin pada gua banyak improvement walaupun gua pasti semua jeritan adalah ikhlas dari beliau. Hahha..

Punk Invasion gua kira satu track yang sudah hampir2 seakan track anti media Utusan Malaysia yang diambil dari demo Coup de Etat dahulu. Sama kental, liar dan rebel!

No Way Out adalah track paling kerap gua rewind dengar (haha rewind istilah mat walkman) dan ini feberet track gua. Ini track paling keras dan kental. Gua tak pasti adakah Pakdin yang menyampaikan amarah dalam track ini kerana cara penyampaian vocal yang cukup berbeza. Kalau track ini dimainkan secara live memang boleh jahanam moshpit!!!

Boria Lagi gua rasa kesinambungan atau sambungan kepada anthem track Acid Rain iaitu Boria Punk Rock Pulau Pinang. Masih dengan mood happy sama seperti track dahulu. Menggunakan loghat utara, ia nya adalah track dengan lirik sindiran dan bersifat happy go lucky.

Secara keseluruhan, Headache pada gua adalah satu pencapaian yang maju setapak kehadapan dari segi komposisi lagu, penyampaian dan sound produksi. Ok dari sound produksi ianya masih mengekalkan sound yang agak tidak terlalu profesional yang mana maksud gua ini rakaman yang tidak bersifat clean, bright dan juga tidak mementingkan sound meletup. Gua pasti sound akhir ini dipilih pakai untuk memastikan Acid Rain berada dan tidak mahu lari jauh dari sound Punk Rock itu sendiri. Ia seakan keputusan Acid Rain kekal anti mainstream dan tidak mahu dilabel seperti band2 Punk Rock MTV. Ya gua rasa ini pendirian Acid Rain yang paling kental dan perlu dihormati.

Headache (EP2016) adalah dikeluarkan secara terhad oleh Wanted Records dan gua rasa mungkin ada saki baki atau sisa2 sahaja dari label pengeluar dan gua advise kepada yang gagal dapatkan dari Wanted Records, sila rajin2 jengok ke label2 independent lain yang ada mendistro kan tape ini. Harga by hand RM12. Sila bertindak cepat kerana Pakdin ada cakap “tape ni tak kluaq dalam format CD”

Acid Rain
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected