Idzwan J – She [EP, 2019]

0
Idzwan J adalah singer/songwriter yang berasal dari Kuala Lumpur. Selesa bergerak secara solo, Idzwan rajin menjaja bakat di majlis open mic sekitar Kuala Lumpur dan pernah bermain di Alexis, Laundry Bar dan The Bee.
Setelah puas bermain di sana-sini dan mengumpul idea, hasil rakaman pertama Idzwan J telah diterbitkan pada Disember 2019 lepas. Berjudul ‘She’, ia adalah terbitan sendiri yang santai, romantik, dan membangkit rasa feel good. ‘She’ membariskan 5 trek yang sempoi. 
Cukup minimalis dengan majoritiya berasaskan gitar akustik dengan gitar elektrik membuat kemunculan sekali-sekala, percussion pun sekadar cukup rasa dengan nyanyian merdu berlemak syahdu. Nampak gaya macam boleh jadi soundtrack untuk majlis kahwin atau romantic dinner ya.
Idzwan J tidak perlu bergantung kepada teknik permainan yang kompleks (tapi ini bukanlah memperlecehkan skillnya!), sebaliknya dengan songwriting yang ‘kena’ dan lirik yang simple menyentuh jiwa. Saya merasakan inilah resipi yang tepat untuk singer/songwriter yang bergerak solo. ‘She’ kini terdapat di Spotify.
FFO: Ryan Adams, Neil Young, Bob Dylan

#pop #minimalist #idzwanj #she #malaysia #music #singersongwriter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected