Hymnöir – Funeral Games Fiasco (EP2019)

0

Agak memeranjatkan dengan kewujudan band bernama Hymnöir ini dimana ia secara terus menghasilkan sebuah material pada suku pertama 2019. Duo line up iaitu Juwe (Guitars) dan Jije (Vocals/Bass) dibantu Raja 199X diposisi drums ini secara tiba2 menghasilkan Funeral Games Fiasco (EP2019) dibawah label Gedebe Rekords. Music Hymnöir boleh dikatakan berada diantara landasan Metal sehingga ke Crust. Gedebe Rekords mengambil peluang ini sebagai label rasmi untuk urusan distribusi EP ini.

Hymn-ir-001
Juwe (Guitars), Jije (Vocals/Bass)

Artwork/Layout oleh Simo (Pesona Design)

Tracklist :
1 – Funeral Games Fiasco
2 – Blood Nature
3 – Box of Agony
4 – Dark Place
5 – Miranda’s Warning
6 – Bandit At My Window
Gua meramalkan Funeral Games Fiasco (EP2019) melalui proses rakaman secara DIY di home studio milik mereka sendiri dan proses mixing turut melibatkan duo ini sendiri. Hanya proses mastering dilakukan oleh Anwar Frodo di Hazardgeek Records.
Secara keseluruhan Funeral Games Fiasco boleh dianggap berjaya dengan penghasilan material berformat fizikal yang profesional. Penampilan music yang tidak keterlaluan extreme dan mungkin berada dalam peringkat pertengahan (tidak terlalu laju tempo nya) dan tidak berada dalam kelompok Metal Punk gaya Darkthrone. Jika boleh dibuat perbandingan untuk band local mungkin Terry Rotten adalah saingan mereka.
Dari segi sound produksi, EP ini dilihat sebagai sebuah produk yang punya mutu bunyi yang solid. Namun jika ianya melalui proses mastering yang lebih profesional pasti kualiti bunyi akhir akan lebih meletup. Sebagai band yang bergerak secara DIY dan lahir dikala perisian2 rakaman mudah diperolehi, tidak menjadi kejutan jika EP ini dipuji untuk tahap keseimbangan yang bagus dari segi mixing nya. Cuma seperti kata2 gua tadi, keperluan sedikit “injection” mampu membuatkan EP ini lebih meletup dari segi mutu bunyi akhir.

Funeral Games Fiasco (EP2019) boleh diperolehi dengan menghubungi Gedebe Rekords atau secara terus dengan Hymnöir dimana harga jualan pakej pro CD nya adalah RM15 by hand. Penggemar music Black/Crust disaran mendapatkan EP ini.

Hymnöir
Gedebe Rekords

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected