Humiliation – Honourable Discharge (2016)

0

Humiliation pada amnya tidak perlu lagi diperkenalkan jika anda pendengar dan pentaksub irama Death Metal tempatan. Produktif dalam penghasilan album setiap tahun juga tour2 Eropah membuktikan Humiliation bukan sekadar band biasa2 atau main2. Jelas mereka ada misi dan target dalam hala tuju band. Album ke 7 bertajuk Honourable Discharge mula dipasarkan 30 September 2016 iaitu sempena Bullet Over Germany Tour 2016.

Asraf (Guitars), Bear Bee (Vocals), Amir (Guitars)
Aima (Bass) Mudon (Drums)

Layout design oleh Randy Askardia

Tracklist :
1 – Storm from the North
2 – Pearl of the Orient
3 – Battle of Slim River
4 – Parit Sulong Bloodbath
5 – 13th Battery
6 – A Single Ship Action
7 – The Forces of the Central Powers
8 – Atrocities
9 – Forgotten Soul
10 – Named in Honour

Hotsound Studio sudah seakan menjadi studio rasmi rakaman album2 Humiliation. Rakaman dilakukan sekitar 3 January sehingga 6 February 2016. Manakala proses mixing dilakukan sekitar 24 February sehingga 30 March 2016. Seperti biasa Ahmad Zahid bertanggungjawap dalam proses mixing sama seperti sebelum2 ini. Proses mastering dilakukan oleh Ferli Thielmann sekitar April 2016 di Fat-Knob-Recordings, Lahntal Germany. Untuk album ketujuh ini Humiliation masih bernaung dibawah label dari Germany iaitu Brutal Art Records.

Humiliation – A Single Ship Action

Sepanjang menghayati album ke 7 ini, apa yang boleh gua katakan Honourable Discharge masih berada dalam lingkungan album2 terdahulu kecuali Turbulence from the Deep (2013). Permainan konsisten dari line up terbaru kecuali Bear Bee, Asraf dan Mudon. Nampak gaya Amir (guitars) dan Aima (Bass) dapat memenuhi jiwa apa yang perlu ada dalam music direction Humiliation. Selain itu, solo gitar juga dilihat sudah banyak diterapkan didalam lagu2 terbaru ini. Perkara paling mengejutkan gua ialah untuk album ini, Humiliation memasukkan elemen offbeat (bukan formula 4X4) dalam sebuah track bertajuk The Forces of the Central Powers. Satu elemen yang tidak pernah dihasilkan sepanjang penghasilan lagu2 Humiliation. 

Sound produksi kali ini gua rasa agak sedikit keras dari album2 terdahulu. Kemungkinan pengaruh mastering dari Ferli Thielmann yang pertama kali terlibat dalam proses akhir album ini.

Honourable Discharge (2016) didatangkan dalam 2 format iaitu cakera padat dan vinyl 12′. Sila hubungi band atau Brutal Art Records untuk copy anda.

Humiliation – Live in Germany 2016

Humiliation
Email
Offcial Website
Facebook

Brutal Art
Facebook
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected