Humiliation – Battalion (2014)

0

Sebuah band yang cukup aktif menghasilkan produk. Boleh dikatakan sudah menjadi rasmi Humiliation menghasilkan sebuah album untuk setiap tahun. Pencapaian Humiliation pada gua adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana nama Humiliation sudah mula menjadi sebutan pendengar2 luar negara tidak setakat kerana produktif menghasilkan material namun keberanian mereka melakukan tour di Eropah. Battalion merupakan album ke 5 yang merupakan album kedua mereka setelah Turbulence From the Deep menjadi album pertama mereka bersama Deepsend Records, sebuah label dari USA.

 Cover artwork oleh Arifullah Ali

Layout oleh Insomaniac Lab
Tracklist :
1 – The Malayan Emergency (Intro)
2 – Post Aftermath
3 – Liberated Area
4 – No Land Rights To Speak Of
5 – The Killing Campaign
6 – Overthrow
7 – Alliance
8 – War Path
9 – Undefeated
10 – Baling Talks
11 – Restless Fight

Battalion (2014) masih mengekalkan Hot Sounds Studio, Kuala Lumpur sebagai studio rakaman sama seperti album2 terdahulu. Juga masih mengekalkan Ahmad Zahid sebagai sound engineer dan penerbit untuk album ini. Juga proses mastering seperti album2 terdahulu dilakukan oleh Carl di SAFF Mastering, Chicago USA. Rakaman adalah sekitar 4 sehingga 26 Januari 2014.

Battalion kembali rancak tempo nya tidak seperti apa yang mereka lakukan ketika Turbulence From The Deep yang jelas pengaruh Asphyx dahulu. Pengaruh Bolt Thrower kembali dapat dikesan namun gua rasa album ini agak sedikit agresif dengan banyak part hentakan double pedal dari drummer. Gua juga turut terhidu ada beberapa part yang agak “tricky” dan perubahan mood secara mengejut diselitkan dalam beberapa lagu. Ini adalah sesuatu yang gua rasa baru dan hanya terdapat didalam album ini. Juga solo gitar sudah mula dimainkan untuk beberapa lagu seperti Overthrow, Baling Talks dan Restless Fight. Seperkara yang menarik jika diteliti untuk setiap material keluaran Humiliation, mereka akan menyelitkan juga sebuah lagu menggunakan lirik mengisahkan tragedi2 tertentu yang berlaku di tanahair kita Malaysia. Baling Talks merupakan track pilihan gua. Walaupun ianya punya mood seperti album terdahulu (dinyatakan sendiri oleh Bear Bee dalam satu sesi chatting gua bersama nya) tetapi gua rasa ini track paling “kick” untuk telinga gua yang cerewet ini.

Track2 menarik dan menjadi feberet track gua selain Baling Talks adalah War Path, Overthrow, Liberated Area dan No land Right To Speak Of.

Untuk sound produksi gua xmau komen kerana tak perlu rasanya untuk cakap perkara negatif. Ini memang sound profesional album dan boleh jual merata dunia.

Ok, Battalion boleh diperolehi dengan harga RM30 untuk pembelian byhand dan RM35 untuk pembelian secara pos. Hubungi Humiliation untuk copies anda melalui preview songs dibawah ini.


Humiliation
Email
Official Website
Facebook
Bear Bee (urusan pembelian)

Deepsend Records
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected