Heretoir – Nightsphere [Full Length, 2023]

1
Heretoir Nightsphere

Unit Post/Atmospheric Black Metal Jerman, Heretoir, akhirnya kembali dengan album penuh ke-3 mereka ‘Nightsphere’ yang keluar melalui Northern Silence Productions pada awal Oktober 2023. Jika album sebelum ini ‘The Circles’ mengeksplorasi kitaran hidup dan mati, ‘Nightsphere’ pula menyorot perjuangan alam sekitar terhadap mesin dari dunia moden. Heavy jugak tema kali ini.

Nightsphere masih membawa essence utama Heretoir; Atmospheric/Post Metal bercampur-baur Black Metal (yang tak Black Metal sangat) yang melancholic dan devastating. Dengan tema struggle dua dunia berbeza, Nightsphere terasa dingin dan hening menceritakan aftermath of the conflict. Semua ini dimanifestasi melalui permainan gitar yang bermelodic direncahkan side of Ambient soundscape, dram yang kadang-kala membalun blastbeats, teriakan vokal yang tormented sambil disulam clean vocals yang sayu bersama menceritakan how the conflict benefits nobody. It feels like the spirits of nature come together and sing their sorrow.

Jika album sebelum ini ‘The Circles’ mengeksplorasi kitaran hidup dan mati, ‘Nightsphere’ pula menyorot perjuangan alam sekitar terhadap mesin dari dunia moden.

Saya kira Nightsphere adalah album yang panjang memandangkan durasinya mencecah 43 minit dengan rata-rata trek berada di antara 5 hingga 12 minit. Daripada 5 trek, 2 daripadanya adalah instrumental yang memanfaatkan stail Ambient, salah satunya menampilkan sumbangan Hidehidehide (trek ke-3), yang memperkuatkan naratif nature versus machines. Walaupun 2 trek ini berunsurkan Ambient, it feels pretty devastating, almost like the lingering sadness after a brutal battle. Manakala 2 trek yang lain menampilkan vokal daripada veteran Atmospheric/Post Black Metal iaitu Tim Yatras (Austere) dan Nikita Kamprad (Der Weg einer Freiheit) yang memperkuatkan muzik Heretoir yang sedia kala impressive.

Personally, saya sangat menyukai output Heretoir kali ini yang far better daripada The Circles. The main highlight daripada Nightsphere adalah semestinya feel yang menusuk dan melambung ke langit. But rather than feel hopeful, it feels like a somber feeling after a great trauma; devastating, weak and unable to do anything but lamenting the pain. Saya juga menyukai riffs dan ambient tracks dari album ini yang memorable dan inspiring.

… it feels pretty devastating, almost like the lingering sadness after a brutal battle.

Satu lagi highlight Nightsphere adalah laungan clean vocals yang impressive terutamnya di trek 1 yang menampilkan high yelling yang somewhere between melodic singing dan meneran (for the lack of better word). So intense but adds colour to the powerful opening track. Saya sememangnya mengesyorkan Nightsphere kepada peminat Post/Atmospheric Black Metal dan evidently, this one goes into my AotY list. Let’s see if any of you agree with me.

Nightsphere kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Alcest, Suldusk, Austere, Woods of Desolation, Harakiri for the Sky

Ikuti Heretoir di:

Facebook

Instagram

1 thought on “Heretoir – Nightsphere [Full Length, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected