Der Weg Einer Freiheit – Noktvrn [Full Length, 2021]

1

What a treat, honestly. Saya melihat hype Der Weg Einer Freiheit melalui album tahun 2017 mereka iaitu Finisterre namun baru-baru ini saja baru saya sempat mendengar material mereka. Noktvrn dikeluarkan pada pertengah November 2021 melalui Season of Mist dan akhirnya saya faham mengapa saya rugi terlepas mendengar mereka daripada awal.

Noktvrn merupakan album penuh kelima unit Experimental Black Metal Jerman ini. Pada mulanya saya macam amenda yang eksperimental tentang band ini, lagi-lagi bila mendengar trek-trek terawal yang jelas berkiblatkan Black Metal yang bermelodik. Namun masuk je lagu Immortal, approach mereka berubah dengan style yang progressive dan atmospheric. Dikhabarkan lagu ini ditulis pada pagi buta menjelaskan feel yang sedikit dreamy. Dan beberapa lagu yang lain bercampur-baur antara bermain Black Metal yang tahap pecah muka dan melankolik serta dreamy. Saya menyukai execution mereka yang solid terutamanya permainan dan tone gitar yang garang tak ingat, vokal yang memanifestasi the anguish sebaiknya, hentaman dram yang padu dan juga sentuhan eksperimental yang instead jadi weird sebab semata nak jadi eksprimental, it was done tastefully dalam menterjemah perasaan dan feel nocturnal di kala fikiran berada antara realiti dan alam tidur. Dalam bahasa mudah, ia menggambarkan kala fikiran tengah hazy dan belum betul-betul grounded in reality.

Sebenarnya saya rasa rugi bila lambat dengar album ini. Kalau tak sememangnya dah masuk dalam album terbaik 2021, tapi apa daya, saya dengar selepas 1 Januari 2022! My bad. Sangat disyorkan untuk mereka yang inginkan Black Metal yang berbeza.

Noktvrn kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Agrypnie, Wolves in the Throne Room, Imperium Dekadenz

1 thought on “Der Weg Einer Freiheit – Noktvrn [Full Length, 2021]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected