Hell-Born – Natas Liah [Full Length, 2021]

0

Hellborn bukanlah pendatang baru dalam scene Black/Death Metal Poland. Setelah 12 tahun tidak mengeluarkan sebarang material, akhirnya album keenam ‘Natas Liah’ menemui pasaran pada 26 Januari 2021 melalui Odium Records.

Buat yang tak tahu, Hell-Born diasaskan oleh bekas ahli-ahli Behemoth iaitu Baal Ravenlock dan Les. Hell-Born dimulakan sebagai projek sampingan dan mula menjadi band serius selepas mereka meninggalkan Behemoth. Natas Liah adalah istimewa kerana turut menampilkan Nergal di trek terakhir. Album ini menghidangkan Black Metal bermelodi yang dijalin dengan brutality Death Metal, pastinya mengingatkan pendengar kepada gaya Black Metal era 90an tapi takdelah macam scene Scandinavia sana sangat. Riff-riff dingin Black Metal yang dihibridkan  bersama Death Metal cukup bermelodik dan jahat, diiringi teriakan parau mengingatkan saya kepada Morbid Angel lama dan hentaman dram bertalu-talu seakan machine gun. Natas Liah mempunyai rencah yang cukup untuk buat pendengar hilang pertimbangan untuk hayun kepala sampai naik sengal. Songwriting yang agresif dan mengekalkan gaya Black/Death Metal mereka tanpa perlu berevolusi dengan situasi masa kini membuatkan Natas Liah mempunyai pakej yang lengkap untuk appeal kepada pendengar lama mahupun generasi baharu.

Saya fikir ini adalah terbitan yang fun didengar. Memang terasa kerja keras yang didedikasikan oleh ahli-ahli Hell Born untuk Natas Liah, daripada arrangement muzik hinggalah kepada overall feel yang membuak-buak semangat Black Metal true mereka. Pesan saya, dengar trek terakhir mereka. Ia adalah mini reunion Behemoth dan bukti betapa Nergal, Baal dan Les used to make powerful music together. Percayalah.

Natas Liah kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Behemoth, Vader, Damnation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected