Hayagriva merupakan sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi di ruang gelap genre metal tempatan. Telah menghasilkan beberapa buah album serta terlibat dalam beberapa buah kompilasi. Dengan membawa genre gelap Black Metal (Hayagriva melabelkan music mereka sebagai Shadow Black Metal), hayagriva bakal muncul dengan album terbaru pada 2011 ini, namun terlebih dahulu mereka meriliskan sebuah single bertajuk “Emperor Awaits” yang terkandung didalam nya 6 track termasuk remix, minus one, practice mix dan sebuah cover version dari SYJ (Sofea) iaitu Syurga Di Hujung …. (track sebenar dari SYJ bertajuk Syurga Dihujung Jarum).
Line up Hayagriva – Emperor Awaits
Aavimarga – Vocal
Mantheravathee – Guitar/Bass
Venkhateswehra – Synth/Keyboard
Nhajasakthee – Drum
Hayagriva – Emperor Awaits (Single 2011)
Tracklist :
1 – Emperor Awaits
2 – The Deep Breath Before The Plunge
3 – Intoxicated (Remix by DJ Jo’o of Emperor Awaits)
4 – Syurga Di Hujung…. (Cover Version – SYJ/Sofea)
5 – Emperor Awaits (Minus One)
6 – Emperor Awaits (Practice Mix)
Emperor Awaits rilis pada March 2011 dan merupakan advance track dari album penuh yang bakal muncul pada tahun ini juga. Dikeluarkan oleh Khakan Production yang berpengkalan di Ulu Kinta, Perak. Proses rakaman tidak dinyatakan dimana namun bakal dinyatakan dalam rilisan penuh pada September 2011 nanti. namun proses mixing dan mastering dilakukan di Shadow Studio, Senai Johor oleh Jo’o Mentheravathee.
Track pertama bertajuk Emperor Awaits dan track kedua The Deep Breath Before The Plunge merupakan track yang bakal berada bersama didalam rilisan album penuh September nanti. Manakala 4 track selebihnya adalah bonus track yang hanya terdapat didalam single ini. Ok, apakata kalau gua review kandungan track2 yang terdapat didalam CD single ini.
Emperor Awaits menjadi pembuka dimana pertama kali mendengarnya seakan terasa Hayagriva kembali menemui aura asalnya. Mungkin juga kerana gua antara pendengar asal rilisan rasmi mereka Silverian Art dahulu atau mungkin juga kerana kembalinya penyanyi asal mereka iaitu Aavimarga. Sebuah lagu yang beremosi dan punya mood yang berbagai. Sebuah lagu yang menarik dimana permainan string (keyboard) yang melatari verse vocal serta mood yang ditimbulkan seakan menyatakan suasana sebenar penceritaan lagu ini. Solo juga lebih berani jika di bandingkan dengan solo2 yang dihasilkan dari rilisan2 sebelum ini.
The Deep Breath Before The Plunge merupakan sebuah instrumental yang punya mood arab (juga penggunaan bahasa arab dalam penyampaian percakapan). Sebuah track seakan memberitahu seperti persediaan berperang (ini apa yang gua perasan bila dgr track ini, masing2 punya persepsi sendiri) di zaman pemerintahan kerajaan arab dahulu.
Track ketiga iaitu Intoxicated merupakan sebuah remix yang menggunakan loops dan sample. Track sebegini telah dilakukan oleh beberapa band oversea seperti Cradle Of Filth. Namun rasanya Hayagriva antara yang pertama melakukannya di Malaysia. Satu percubaan berani dari Hayagriva. Bersesuaian juga kerana bonus track ini hanya terdapat didalam CD Single ini sahaja.
Track keempat merupakan sebauh cover version dari SYJ/Sofea yang diolah dengan gaya music Hayagriva dan di beri judul Syurga Di Hujung…. track dari album Boneka Pentas (1989) ini seakan sebuah penghargaan Hayagriva kepada raja rock dan heavy metal Ipoh ini. Istimewanya track ini ialah vocalist untuk lagu ini bukanlah Aavimarga tetapi dinyanyikan oleh Mantheravathee (Guitar/Bass) dan Venkhateswehra (Keyboard). Tiada scream dari Aavimarga tetapi disampaikan dengan menggunakan clean vocal oleh kedua2 mereka. Sebuah track yang kedengaran lebih solid dengan bunyian keyboard yang menghidupkan mood lagu serta kedengaran lebih laju dari versi asal dari SYJ/Sofea.
Track ke 5 dan ke 6 merupakan versi minus one dan practice mix dan tidak perlu di review. Mungkin bagi yang ketagih menyanyi lagu hayagriva boleh berkaraoke dengan track minus one ini. Hahaha..
Keseluruhan single ini boleh dikatakan sebuah hasil yang menarik dan gua terasa Hayagriva bakal menggegar kembali arena music gelap tempatan. Kehadiran semula Aavimarga juga seakan memperkuatkan kembali dominasi Hayagriva dalam mengekalkan status mereka sebagai antara band Black Metal terbaek dirantau Asia.