Grayson – Greeting From The False Regime (EP 2016)
Grayson pada awalnya dikenali sebagai Prognosis : Death. Kami di DtE pernah membuat review keatas We’re Still Swinging (EP 2010) dan Dead and Dried Up (EP 2015). Beberapa perubahan line up telah membawa kepada perubahan nama band dan dengan menggunakan nama baru iaitu Grayson, pada awal 2016 mereka telah menghasilkan single bertajuk Vile & Loathsome yang mana mengandungi 2 buah track iaitu Defiled dan Vile & Loathsome. Terkini Grayson tampil dengan material terbaru bertajuk Greeting From The False Regime (EP 2016) yang baru sahaja dikeluarkan dan seperti keluaran2 terdahulu, segala kerja2 penghasilan dan penjualan dilakukan sendiri oleh Grayson.
2 – Burn the Flag
3 – Our Dear Leader
4 – Darth Seditious
5 – Rekt in Peace
6 – High Noon
Greeting From The False Regime (EP 2016) melalui proses rakaman di beberapa studio antaranya Nu Breax Studio digunakan untuk rakaman vocal, Kamar Seni untuk rakaman drums manakala kesemua track gitar dirakam di home studio milik Grayson sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Shahfeeq Jibin.
Setelah mentelaah EP ini beberapa kali, gua mendapati terma Southern Rock Hardcore Metal adalah sangat bertepatan dengan apa yang dihasilkan Grayson. Perbandingan dengan apa yang dilakukan ketika menggunakan nama Prognosis : Death tidak terlalu ketara cuma untuk Greeting From The False Regime (EP 2016), elemen Southern Rock, Harcore dan metal itu paling jelas untuk ditangkap dari setiap lagu yang terkandung. Lagu2 yang berdurasi rata-rata 2 minit lebih dan sedikit mencecah 3 minit untuk Darth Seditious (sila abaikan durasi track terakhir High Noon kerana track itu dinyatakan sebagai bonus track) kadangkala membuatkan rasa tidak puas untuk layan hasil penulisan Grayson kali ini.
Bercakap berkenaan sound produksi, gua sebenarnya menyukai sound organik drum untuk rakaman kali ini. Agak akustik dan sememangnya organik tone yang dihasilkan. Sound gitar yang seakan sengaja dihasilkan untuk menyesuaikan dengan tone drum memang matching! Juga bass yang menjadi latar setiap lagu sudah cukup untuk menghasilkan sound keseluruhan yang masih lagi nak sebut “organik”. Hanif yang masih kekal sebagai line up asal dan pernah menganggotai Dicktracy dan Incarnation masih mendominasi setiap lagu dengan nyanyian dan jeritan yang pelbagai. Ok beliau menyanyi dengan untuk track terakhir High Noon. Ok, High Noon tu gua kira kalau dejay2 radio tempatan tidak double standard, confirm dah boleh dengar lagu tu dicorong-corong radio.
Ok, Greeting From The False Regime (EP 2016) boleh diperolehi dengan harga pembelian RM10 by hand dan RM15 melalui postage. Hubungi Grayson melalui laman sesawang yang kami sedikan dibawah video live mereka dibawah ini.
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp (Grayson)
Bandcamp (Prognosis : Death)