flowerlab. – tapi kau pilih dia juga [Single, 2023]

0
flowerlab. tapi kau pilih dia juga

flowerlab. tampil dengan single “tapi kau pilih dia juga” pada 13 Oktober 2023 yang lalu. Single yang berkisarkan tentang protagonist yang acap kali ditolak di dalam percintaan ini boleh dikatakan sangat relatable kepada pendengar muzik awam.

Lagu terbaru flowerlab. ini mudah untuk didengari daripada segi penceritaan, walaupun muziknya berat ke arah synth di mana heavy synth music di Malaysia ini masih belum digunakan secara meluas.

Lagu terbaru flowerlab. ini mudah untuk didengari daripada segi penceritaan, walaupun muziknya berat ke arah synth di mana heavy synth music di Malaysia ini masih belum digunakan secara meluas. Intro synth seperti lullaby menjadikan penceritaan lagu ini lebih lengkap pada saya kerana ia seolah memberi satu gambaran yang sang pencerita sedang mengimbau masa lalu.

Penceritaan tentang jiwa yang sering di-reject ini memberi satu suara yang dekat dengan masyarakat kita

Sejujurnya, “tapi kau pilih dia juga” memberikan vibe yang tenang, melancholy dan juga sedih apabila dimainkan. Sangat sesuai untuk setting seperti late-night drive. Penceritaan tentang jiwa yang sering di-reject ini memberi satu suara yang dekat dengan masyarakat kita lebih-lebih lagi dengan pemilihan perkataan yang santai untuk penulisan lirik.

Menjadikan “tapi kau pilih dia juga” sebagai single pertama untuk projek EP mereka tidak lama lagi, saya boleh katakan ia dapat memberikan gambaran tentang penceritaan projek EP mereka nanti. Mungkin akan ada happy ending atau mungkin juga ending cerita daripada EP ini sama sedih dengan single yang mereka pilih.

“tapi kau pilih dia juga” kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: mindfreakkk, Mac DeMarco, Tomita Lab., BLASTER

Ikuti flowerlab. di:

Instagram

X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected