Eluveitie – Spirit: Gelombang Baru Folk Metal!

0
Gua dah lama tak menulis. Sebabnya tiba-tiba sahaja lepas raya jadi sibuk ya amat. Gua dengan berbesar hati mengumumkan gua dan Contramen sedang melalui satu lagi fasa dalam kehidupan iaitu berpindah rumah kahkah! Tu yang sibuk tu. Tadi gua duk sibuk punggah stuff-stuff gua, ternampak lak CD Eluvetie yang dari dulu lagi gua nak review tapi tak tercapai gak. Jadi sementara gua dah punggah keluar semua CD gua, termasuk yang baru sampai dari Norway minggu lepas hihihi, baik gua review album Spirit, yang pada gua yang terbaik dan menjadikan gua gila Eluveitie sampai sekarang. Sebelum tu mari cuci mata dengan stuff yang baru sampai dari Norway minggu lepas….
Amacam? Burzum – Belus yeaghhhhhhhhhhhh!
Baiklah, gua tak nak menyimpang jadi gua teruskan lah dengan review gua. Mari kita dissect album Eluveitie – Spirit.
Terus-terang gua sebenarnya discover Eluveitie dengan tak sengaja. Gua tak pernah pun dengar nama diorang walaupun gua sebenarnya memang peminat band folk metal dan dengan bangganya cakap kat orang gua memang mamat folk. Tapi satu hari masa gua duk surf online gua terjumpa cover album Spirit ni dan automatik gua jadi macam terpesona dengan artwork dia yang….sungguh Celtic. Dude, sapa nak letak gambar kubor jadi cover? Ada beberapa kemungkinan je. Satu, mungkin mereka ni band black metal. Dan dua, mungkin mereka ni obses dengan budaya Celtic. Ok gua pergi dengan second possibility tu sebab, gambar dekat cover tu adalah Celtic burial mound (siapa yang ikut pasal culture Celtic mesti tau) dan satu lagi ada gambar pokok oak kat tepi tu. Oak memang selalu dikaitkan dengan Celtic, lagi-lagi berkaitan Druidism. OK sah diorang ada influence Celtic ni. Gua memang skeptical kalau nak mendengar music ni, sebab kang kalau salah dengar boleh bikin hati bengang.Hahah. Anyway, gua buat sedikit research lah (back then gua masih student dan banyak masa terluang) dan mendapat tau diorang memainkan Folk/ Melodic Death Metal. Satu lagi genre folk metal yang asing pada gua. Sebab, tak pernah lak gua dengar style camni. 
Nevertheless, gua download (but remember, kalau suka, beli yang ORIGINAL!) jugak untuk mengetahui cemana sound Eluvetie ni. Sah. Memang best! Memang ada unsur melo-death ala Gothenburg dan jugak folk (dengan kehadiran alat muzik non-standard seperti uilleann pipes, hurdy gurdy, etc). Bila sebut pasal Gothenburg sound ni gua kurang arif sebab gua bukan kaki melodeath terutamanya bawaan Gothenburg (In Flames, Dark Tranquillity dan At the Gates) jadi gua merujuk kepada kawan-kawan dan didapati Eluveitie ni membawa soud ala Dark Tranquillity zaman awal. Jadi sound Eluveitie boleh disimpulkan sebagai = Dark Tranquillity yang dimainkan oleh sekumpulan peminat muzik folk. Boleh ke camtu? Hahahah. Tetapi adalah jelas Eluveitie tergolong dalam movement New Wave of Folk Metal yang sekarang semakin berkembang di Eropah sana bersama-sama dengan band seangkatan seperti Finntroll, Ensiferum, Folkearth, just to name a few. Kalau di American continent Deathcore yang pegang, di Eropah NWoFM pulak yang berkuasa!
Bagi lu orang mungkin akan tertanya-tanya band folk metal apa tema yang diorang selalu bawak? Sebenarnya tema dalam music folk metal adalah meluas. Ada yang cerita pasal mitos, sejarah, beer (lol!), paganism, party unggun api, memburu, nationalism, patriotism. Jadi Eluveitie jatuh kepada kategori mana? Pada gua mereka banyak menceritakan tentang perang, mitos, sejarah Celtic dan juga unsur-unsur patriotism.
Spirit adalah album debut Eluveitie yang berasal dari Swiss pada 2006 oleh Fear Dark Recs setelah EP Ven keluar pada 2004. Album ni adalah radical departure daripada EP Ven sebab pertukaran line up yang besar-besaran. Bermula pada album Spirit, line up ini kebanyakannya kekal sehingga kini (hanya adik beradik Kirder, Linda Suter dan Sarah Kiener sahaja yang keluar). Line up untuk recording Spirit adalah:
Chrigel Glanzmann – Vocals, Acoustic guitars, Uilleann pipes, Bodhràn, Tin and
low whistles
Ivo Henzi – Guitars
Simeon Koch – Guitars, Vocals
Rafi Kirder – Bass, Vocals
Merlin Sutter – Drums
Meri Tadic – Fiddle, Vocals
Linda Suter – Fiddle, Vocals
Sevan Kirder – Irish flute, Tin whistles, Bagpipes, Vocals
Sarah Kiener – Hurdy Gurdy, Bass-shalm, Crummhorn, Zugerörgeli, Vocals

Chrigel Glanzmann adalah mastermind di sebalik band ini. Bermula dengan sekadar band studio, akhirnya dikembangkan menjadi sebuah band yang real dan tour ke seluruh dunia! Anyway berikut adalah tracklist untuk Spirit:
  1. Spirit
  2. Uis Elveti
  3. Your Gaulish War
  4. Of Fire, Wind & Wisdom
  5. Aidû
  6. The Song of Life
  7. Tegernakô
  8. Siraxta
  9. The Dance of Victory
  10. The Endless Knot
  11. AnDro
 Album Spirit gua adalah versi re-release daripada Twilight Recs pada 2007. Takde apa perubahan sangat, semuanya hampir sama. Anyway pada gua dari opening track Spirit hinggalah ke penutup AnDro semuanya memang membangkitkan semangat untuk headbanging dan at certain times, ada perasaan aneh yang menusuk. Barangkali disebabkan kehadiran instrument tradisional tu yang menyebabkan sedikit lain kot.
Pada gua semua lagu dalam album ni best, tapi macam biasalah di Dissecting the Euphony kami pick the best 5 untuk diulas:
Spirit – Album ni dibuka dengan intro Spirit, yang pada gua antara intro yang paling hebat gua pernah dengar dalam mana-mana album metal (yang lain adalah intro oleh Nokturnal Mortum – Tears of Paganism). Dibuka dengan bunyi hentakan kuda, bunyi api yang marak, askar marching, tangisan bayi.. pendengar akan rasa seolah-olah dibawa ke zaman lampau sebelum fiddle, whistle dan chanting “Imm! Uelor! Uediumi! Gussu! Andedion Uediiiumi Diiuion Risun Artiu.Artiu Mapon Aruerifatin“sebelum meletus dengan dentuman gitar dan drum dan scream dari Chrigel. Whoah memang set the mood lah intro ni! Maaf gua tak dapat the translation untuk chanting tersebut sebab tak tau ditulis oleh siapa. Barangkali diambil dari stone engraving kot sebab kat booklet cakap ia ditulis 2000 tahun lepas. Hoh!
Uis Elveti – Merupakan re-recorded version daripada EP Ven. Dan tentunya sound lebih gempak dan improved! Tapi maaf ah, liriknya masih dalam bahasa Gaul yang telah pupus. Mana diorang dapat jangan tanya, gua pun tak tahu! Tapi kalau lu orang dengar original version Uis Elveti, not bad juga.
Your Gaulish War – Lagu kegemaran gua! Dalam mana-mana release Eluveitie setakat ni pun, takde yang mampu challenge vibe lagu ni! Terus terang gua cakap lagu ni yang buat gua gila dengan Eluveitie! Lagu ni bagi gua paling kuat sekali karakteristik pengaruh melodic death metalnya dari riffing gitarnya skali dengar boleh bikin orang cakap eh ni Dark Tranquillity ke band metalcore ke ni?Kehkeh. Paling menonjol dalam lagu ni adalah tin whistlenya lah. Fuhh gila babi Celtic sungguh! Lagu ni sebenarnya boleh bikin lu orang rasa nak banging and then menari dalam circle! Tune tin whistle adalah daripada Eion Duignan (lu orang kalau berminat dengan Celtic music boleh check out pasal pak cik ni). Lagu ini berkisar tentang penentangan terhadap Rome. Dulu kan puak Helvetii (nama Eluveitie adalah bermaksud aku adalah bangsa Helvetii, peh bangganya dengan roots mereka!) berperang dengan Roman Republic.
Of  Fire, Wind and Wisdom – Tengok tajuk sahaja dah tahu pagan gila ah wei! Intro lagu ni sangat menggila dengan permainan gurdy gurdy oleh Sarah Kiener (dalam MV OFWaW di potray oleh Anna Murphy) sebelum diterjah keras dengan blastbeat oleh Merlin Sutter. Kena tengok MV diorang beb. Gua gerenti lu orang pun sama-sama hayun kepala tengok! Gua tak reti nak ulas lirik lagu ni tapi yang secara generalnya dia berkisar kepada endless knot dan circle of life yang menjadi kepercayaan orang Celtic dahulu kala. Kalau tengok videonya siap ada druid berjalan-jalan merentas hutan dan satu part tu dia dan Chrigel membuat sign Celtic sun, hahah. Pagan! 
AnDro – Penutup kepada album Spirit. Sebenarnya adalah lagu folk Breton (dan accompanied dengan tarian!) tapi Eluveitie membawanya dalam versi folk metal. Well, masih dance-able dan boleh layan dan sebuah penutup yang baik. Buat gua terus memainkan album ni berulang-ulang kali.
 Pros:
– Production yang clean. SEMUA instruments jelas dan kedengaran. Standard untuk produksi melodic death metal.
-Folk instruments sangat oustanding, boleh kata menjadi tunjang kepada Eluveitie!
-Tema yang menarik, at the same time berbentuk pendidikan sejarah hihi.
-Artwork yang sangat cantik dan Celtic. Kalau lu orang perasan beginning dari rilis ni hingga yang terbaru, semua cover album mereka ada unsur-unsur calar-balar. Gua tatau kenapa tapi gua macam suka pulak.
Cons:
-Gitar kurang outstanding. Barangkali sebab banyak sangat instruments nak diketengahkan. Tapi gitar masih mempunyai moment tersendiri, terutamanya di lagu Your Gaulish War.
-Vokal Chrigel sebenarnya biasa-biasa sahaja tetapi ada certain part berbunyi sangat awesome.
Pendek kata debut full length ni memang terbaik dan membuka mata semua pihak. Pada album seterusnya Eluveitie disambar oleh Nuclear Blast dan semakin banyak tour ke sana-sini. Pada gua, pada sesiapa yang baru nak mengenali apa itu Folk Metal, Eluveitie adalah album yang paling sesuai. Dan juga kepada Celtic culture enthusiasts, album ni mungkin boleh melengkapkan journey korang untuk mengenali apa itu budaya Celtic dan music mereka. Oh by the way, nantikan interview gua dengan Chrigel Glanzmann pada masa akan datang.
Rating: 9/10
Eluveitie boleh di capai di sini dan sini.
Foto dan Video credits:
-Youtube, Google & Metal Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected