Ini adalah sebuah projek solo dari Edy J. Herwan, individu yang berjuang bersama A.C.A.B (dan juga The ACAB), juga frontmen kepada Gerhana Ska Cinta dan The Aggrobeats. Kelainan 100% dari genre bawaan A.C.A.B, sedikit kelainan dari GSC dan The Aggrobeats, projek solo bertajuk Patah Hati (2020) ini menyaksikan Edy J. Herwan tampil dengan karya2 yang mudah dihadam malah patut diberi peluang airplay di radio2 tempatan. Kelahiran album ini adalah atas usaha Edy sendiri malah ianya release dibawah labelnya sendiri iaitu Edy J Records Label.

Edy J. Herwan – Patah Hati (2020)

Tracklist :

1 – Patah Hati
2 – Dosa
3 – Of Love Never Dies
4 – Adore
5 – Romance
6 – Woman
7 – Of Love 80’s Mix
Patah Hati (2020) melalui proses rakaman di Edy J. Herwan Studio, Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Dosa yang merupakan track kedua melalui proses rakaman di Kamar Seni Studio, Kuala Lumpur. Edy bertindak solo dalam setiap instruments yang dimainkan kecuali 3 track iaitu Patah Hati dimana elemen strings dan piano dimainkan oleh Fairus Mitha. Soprano saxophone untuk track Romance dimainkan oleh Don Farin manakala Noh Salleh bertindak sebagai pemain gitar kedua untuk track Dosa.
Dari segi teknikal, patah hati jika diamati adalah sedikit lari dari apa yang dilakukan didalam GSC dan sedikit bau2 The Aggrobeats. 7 karya yang dihasilkan didalam album ini turut diwarnai dengan kehadiran beberapa kenalan beliau didalam industri seperi Noh Salleh, Fynn Jamal, Zizi Kirana, MasiaOne dari Singapore dan juga Fairus Mithia dan Don Farin. Album ini sebenarnya agak “rilek” dan santai. Sound overall jika diamati agak organik walaupun pasti dihasilkan dengan kaedah digital.
Dari segi sound produksi, Patah Hati (2020) boleh dianggap sebagai sebuah hasil yang bagus dan menepati selera mereka2 yang dahagakan music yang “nyaman” dan “santai”. Sebuah produksi yang punya sound “organik” dari pendengaran gua.
Track pilihan pasti track bertajuk “Dosa” yang bikin gua putar berkali2 dan memang masyukkkk.. Gua takmau dedah lebih2 berkenaan track ini selain gabungan Edy, Noh Salleh dan Fynn Jamal memang “kena” untuk track berhantu ini.
Patah Hati (2020) dikhabarkan sudah sold out untuk pressing pertama iaitu 300pcs. Anda yang ketinggalan kena kerja lebih untuk perhati label2 indiependent yang distro kan album ini. Pakej CD+kaset berharga RM45. Ketika entry ini ditulis ada dinyatakan 100 copies terakhir akan dicetak semula atas permintaan ramai dan tiada lagi ulangan cetakkan selepas ini. 

Patah Hati (Live)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected