Masanya sudah tiba… 2014 menyaksikan beberapa material yang pada kami adalah terbaek untuk 2014.. gua Contramen dan A is for Anomaly ada list beberapa material yang pada telinga kami antara yang “menangkap” dan perlu diberi perhatian antara local dan international. Ok, tak payah intro panjang2.. ni bebelan kami untuk 2014.. sila baca…
2014 pada gua boleh nampak beberapa kemajuan dari segi material2 yang dihasilkan dan fokus gua pada material2 tempatan dan rilisan antarabangsa.Ok, ni ada review ringkas dan sebelum gua tamat membebel ada seperkara dua gua selit dihujung nanti..
Goresluts – Divisi Panji Merah (2014)
Album terbaru Goresluts, sebuah band yang cukup lucah dan berkembang dari memainkan genre Goregrind. Dengan sedikit perubahan line up, Divisi Panji Merah pada gua merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana ianya adalah pakej lengkap yang cukup profesional. Pujian yang perlu diberi untuk sound produksi yang cukup bagus dan sewajarnya label Grundar Productions harus melebihkan urusan pemasaran hingga ke luar negara untuk produk ini.Tidak salah jika gua katakan apa yang dihasilkan Goresluts untuk Divisi Panji Merah sudah mencapai standard seperti apa yang dihasilkan band2 besar antarabangsa diluar sana. Juga perlu gua highlight sekali lagi, Divisi Panji Merah adalah sebuah album yang melanggar rukun2 music Goregrind. Goresluts tidak peduli semua itu dan ternyata ia nya adalah satu kejayaan yang cemerlang.
Damaq – Nafs (2014)
Setelah sekian lama band berteraskan irama besi hitam dari Kedah ini menyepi, sekitar 2010 (kalau gua x silap) mereka kembali menghangatkan pentas2 gig dan terkini sebuah album penuh yang telah lama dirakam berjaya juga di rilis dengan usaha Damaq sendiri. Nafs lebih kepada Black Metal yang bersimfonik. Jika anda pendengar band2 yang membawa elemen Melodic Metal, album ini seharusnya menjadi salah satu playlist anda. Sound produksi yang bersih dan solid. Mengingatkan kepada band2 hebat Black Metal seperti Dimmu Borgir, Old Men’s Child.
Lavatory – Morbid Terror (2014)
Old School Death Metal dari Kuala Lumpur ini muncul dengan album penuh bertajuk Morbid Terror. Sesuatu yang sangat berani dihasilkan oleh Lavatory menerusi Morbid terror ialah penghasilan sound rakaman yang cukup old school! ia nya kedengaran seakan rakaman analog sekitar awal 90an. Tidak terlalu bersih sound produksinya juga boleh jika gua katakan separa raw namun masih terkawal sound mixing nya. Penggemar Obituary, Benediction mungkin boleh mendapatkan album bertajuk Morbid Terror ini.
Daarchlea – Suns (2014)
Tidak dapat disangkal lagi, Suns merupakan album yang cukup berjaya yang dihasilkan oleh Daarchlea, sebuah band yang melabelkan music mereka sebagai Black/Deathcore (gua masih lagi berfikir mana datangnya Deathcore itu???). Kekuatan Suns pada gua bukan sahaja pada konsep Black Metal yang bersimfonik tetapi gabungan beberapa sound engineer alaf baru yang terlibat didalam rakaman ini turut menjadi beberapa faktor sound produksi Suns cukup kuat dan mampu menimbulkan saingan sihat kepada band2 lain tanahair.
Mastodon – Once More ‘Round The Sun
Unit yang semakin lama semakin menggila dengan music Prog Metal yang mereka hasilkan. Mastodon yang berasal dari Atlanta, Georgia USA ini ternyata punya keunikkan tersendiri. Agak lama gua cuba hadam apa yang dihasilkan Mastodon melalui setiap album yang telah dihasilkan. Once More ‘Round The Sun lebih tepat gua katakan adalah penghasilan music Prog Metal yang punya identiti mereka sendiri. Dalam hati gua, gua dok pikir sapa lah yang sanggup untuk cover lagu2 Mastodon??? Hahahaha..
*************
Mastodon – The Motherload (Official Video)
Untuk video klip rasanya x meriah sangat macam tahun lepas dimana banyak band2 yang menghasilkan video klip secara profesional. So, gua rasa video klip dari Mastodon – The Motherload antara terbaek.. Ianya nampak agak 18SX namun beberapa pendapat berkenaan video klip ini membuatkan ramai berfikir apa sebenarnya yang mahu di nyatakan oleh Mastodon melalui video klip ini. Juga menarik lagu ini dinyanyikan oleh pemain drum nya. Sila cek youtube persembahan live mereka untuk lagu ini.
Untuk bebelan seterusnya, gua ingin juga selit beberapa sepanjang pemerhatian gua untuk 2014. Terlebih dahulu gua nak juga selit material2 tempatan yang turut gua anggap terbaek seperti Cakerawala dengan EP selftitle nya, sebuah produk yang bagus untuk genre Death Metal. NonServiam yang juga melahirkan sebuah album penuh bertajuk A Spectral Ascension untuk Melodic Death Metal yang cukup solid. Dicktracy yang tampil dengan EP bertajuk Reboot pada gua punya kekuatan dari segi sound produksi yang cukup meletup. Satu terma baru untuk music Metal yang agak modern. Misgive band gadis2 dari Borneo yang tiba2 muncul dengan irama Punk Rock yang agak catchy tampil dengan EP bertajuk “Short Skirts, Shot Guns”.
Juga seperkara kemunculan beberapa individu dan band yang ghairah dengan music Ambient seperti Sial,Delusi,Ahmad Ra1m1 yang cukup berani menghasilkan bunyian2 yang dipasarkan secara terbuka. Seperkara lagi gua ada perasan kemunculan band2 tempatan yang seakan mengikut jejak Darkthrone dengan membawa music Metal Punk. Jika beberapa tahun sebelum ini gua nampak beberapa band dari Singapore berani tampil dengan genre sebegini kini kita turut ada band seperti Black Demons dan Krigssystemet. Gua andaikan 2015 akan wujud lagi beberapa band sealiran mereka. Persoalannya adakah ianya boleh survive, antara minat atau trend.
Ok, itu sahaja.. gua kasi A is for Anomaly pulak dengan review yang dibuatnya dengan lebih ke arah grafik yang moden.. haha..