Eclipser – Pages [EP, 2021]

0

Berapi betul EP terkini daripada unit Black/Death Metal Kanada bernama Eclipser ini. EP berjudul ‘Pages’ ini diterbitkan pada Mei 2021 menampilkan 5 trek yang blistering dan maniacal dengan duration tak sampai 15 minit, tapi adakah berbaloi didengar?

Trek pembuka’ Pages’ memberikan a very good first impression. Ia memberikan petanda yang this is a messy, chaotic and cathartic release. Dengan approach dissonant yang boleh dikesan melalui permainan gitar yang merayau-rayau, angular dan jangly membedil pendengaran. Saya suka betul dengar tone gitar Eclipser yang tajam menikam memberikan feel yang claustrophobic dan anxiety. Ditambah pulak dengan dram yang bertalu-talu membedil diperhebat dengan vokal yang memekik antara gaya Metal dan Hardcore Punk in a whirlwind of madness. 

Saya menyukai bentuk lagu-lagu dalam EP ini yang tidak boleh diagak dan fluid. Saya fikir kalau yang tidak biasa mendengar stail Dissonant Black/Death Metal mesti terkial-kial nak enjoy kerana pada sekali dengar rasa macam terlalu random pulak dengan jangly noises berterabur dalam EP ini. Dalam pada suasana yang kelam-kabut dalam semua trek Pages, anda boleh mendengar traces melodi yang kadangkala menampakkan dirinya. Kira macam icing on the cake lah. Saya cuma berpendapat kualiti rakaman dan mix EP ini agak kurang bersih dan sebu sikit. Namun ini disebabkan EP ini diterbit dan dirakam di rumah sewaktu musim pandemik. It’s a home recording effort, jadi untuk mencapai tahap sebegini (songwriting and production) yang sebenarnya mantap di kala mereka tengah struggle untuk stay safe dan mengeluarkan output yang killer seperti ini perlu dipuji. Go listen to them and get ready to be mesmerized.

Pages kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Deathspell Omega, Ulcerate, Ad Nauseam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected