Crazy Grizzly – Tergiversate [Full Length, 2021]

Buah tangan terkini unit muzik berat dari Johor, Crazy Grizzly sebenarnya menandakan evolusi dalam kiblat muzik mereka. Album penuh berjudul Tergiversate yang terbit melalui Freshtown Records menampilkan sound Metalcore berbanding Post-Hardcore sebelum ini. Dan saya agak curious untuk check them out.

Tergiversate adalah terbitan Metalcore yang unforgiving dengan kemasukan elemen elektronik, melodic singing dan juga tendency untuk explore territory Progressive. Saya menyukai keputusan mereka untuk beef up the sound dengan electronics yang sebenarnya melebarkan palette tone mereka secara overall. At least takdelah balik-balik sound typical Metalcore yang done to death. Tambah pula dengan clean vocals yang mempunyai melodi yang catchy (berbanding sesetengah band meletakkan clean vocals untuk berbunyi whiny terkucil) dan strong dalam struktur lagu-lagu mereka. Dan semestinya lambakan breakdown yang berlori-lori dalam Tergiversate yang pasti memuaskan nafsu peminat Metalcore. Album ini, pada saya mempunyai campuran elemen Metalcore era kemuncak (zaman As Blood Runs Black, MIss May I, etc) dan Metalcore later years yang banyak mencampurkan elemen Prog (seperti Erra, 

Saya fikir Tergiversate adalah effort yang punishing dan kental untuk dilayan tetapi kaya dengan elemen non-standard dalam Metalcore yang mengimbangi , sesuai untuk pendengar kasual Metalcore seperti saya. Ia mempunyai appeal yang secukupnya untuk buat saya duduk dengar sampai habis. Saya tidak tahu sama ada Tergiversate boleh make a difference untuk pasaran luar, tapi at least hasil kerja yang kemas dan padat macam ni berpotensi menarik minat pendengar luar negara untuk check them out.

Tergiversate kini terdapat dalam format CD.

FFO: Polaris, Architects, Asking Alexandria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected