Dependent – Kopi Ais, Ikat Tepi [Full Length, 2021]

0

Saya dah lama tak dengar Pop Punk bergaya awal tahun 2000. Unit Pop Punk tempatan, Dependent membawakan vibe dan stail yang mengingatkan kita kepada Green Day, Blink-182 dan sebagainya melalui terbitan penuh mereka yang berjudul Kopi Ais, Ikat Tepi yang catchy dan youthful sekali.

Dependent menggunakan formula yang buat Pop Punk appealing kepada ramai golongan: simple but infectious melodies, play fast but enjoyable, vokal yang mantap (antara menjadi poppy dan rebellious ikut sedap tekak) dan overall vibe yang happy (ada ke Pop Punk yang cedeyh-cedeyh?). Saya pulak rasa Dependent ni jatuh antara being honestly raw (semangatnya, bukan kualiti rakaman) dan semangat remaja yang rebellious (curious, suka langgar, janji happy) semuanya faktor penting untuk berPunk Rock all-out. Saya perlu memuji vokalis Dependent yang mempunyai mainstream appeal; vokal berlemak merdu tapi tak segan-segan nak jadi garang, kemudian tiberr ada masa jadi jiwang sebelum selamba berPunk Rock.

Keselambaan mereka dalam penulisan lagu dan permainan instruments sebenarnya mengingatkan saya kepada Aboi, Subculture dan juga Pop Punk generasi baru seperti Bunkface. And I don’t say this enough, Kopi Ais, Ikat Tepi adalah anthem untuk bangun bersemangat di pagi hari, pergi joging/skating dan terasa nak lepak dengan kawan-kawan macam zaman sebelum pandemik (please guys, jaga SOP and get vaccinated) having good time tanpa risaukan menda lain. In a nutshell, ini adalah anthem remaja yang tentang menikmati hidup. kepada Pop-Punkers tua, ini akan membangkitkan nostalgia korang masa muda, pergi skate sampai kena halau dengan Pak Guard atau pun jadi kutu lepak kat Bukit Bintang, whichever fits your definition masa muda. Overall, ini adalah produk yang catchy. Sure, ada benda kena baiki terutamanya kualiti rakaman dan mix, tapi saya lebih mementingkan feel dan vibe dibawakan, sesuatu yang Dependent takde masalah nak bawakan. Jika anda belum dengar Dependent, it’s about time. Confirm rasa gatal nak pergi gig dan meloncat-loncat dengan member.

Dependent kini terdapat dalam format CD.

FFO: Aboi, Green Day, Bunkface, Blink-182

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected