Demonstealer – This Burden is Mine (2016)

0

Dari Mumbai India, Demonstealer ditubuhkan pada 1998 sebagai projek one men band. Sahil Makhija mastermind disebalik nama Demonstealer yang juga pemain gitar, bass, drum dan vocalist telah melahirkan sebuah album penuh bertajuk ..And Chaos Will Reign pada 2008. Berkonsepkan Heavy Metal/Thrash sehingga kearah Progresive Death Metal, album kedua bertajuk The Burden Is Mine telah dilahirkan pada Mac 2016 dengan bantuan drummer Death Metal tersohor iaitu George Kollias dari Nile. Album ini tutut dibantu oleh Ashwin Shriyan (Demonic Resurrection, Blood Meridian, Reptilian Death, The Minerva Conduct, ex-Spiked Crib) yang menggalas posisi sebagai pemain bass.

Tracklist :
1 – How The Mighty Have Fallen
2 – The Unforgiving Truth
3 – When the Hope Withers and Dies
4 – This Burden is Mine
5 – Frail Fallible
6 – The Failures of Man
7 – Where Worlds End
8 – The Last Jester Dance
9 – From Rubble and Ruin

The Burden Is Mine (2016) melalui proses rakaman berasingan dimana kesemua track dimainkan Sahil Makhija dilakukan di Demonic Studios manakala track drum oleh george kollias dilakukan di Sountrap Studios, Athens Greece. Beberapa pemuzik turut menyumbangkan bakat seni mereka untuk rakaman album ini seperti Nishith Hedge (Demonic Resurrection, Albatross, Reptilian Death) untuk solo gitar pada track bertajuk How The Mighty Have Fallen dan When the Hope Withers and Dies. Beliau turut memasukkan track2 tambahan untuk track lain seperti Frail Fallible dan From Rubble and Ruin. Daniel Kenneth Rego (ex-Demonic Resurrection) turut menyumbangkan solo gitar untuk track bertajuk Where Worlds End. Proses mastering dilakukan oleh Victor Bullock di Woodshed Studio, Jerman.

Demonstealer (Featuring George Kollias & Nishith Hegde) – How The Mighty Have Fallen

Kombinasi Rock, Progressive dan Death Metal adalah apa yang boleh didengar melalui tiap2 track terkandung didalam album ini. Riffing2 progresive dari Sahil Makhija dan paluan drum dari George Kollias menjadi trademark kepada album ini. Sesuatu yang menarik Sahil Makhija bukan sekadar punya keupayaan menyampaikan vocal secara growl, beliau turut boleh mengalunkan melodi vocal dengan baik dalam penggunaan clean vocal. George Kollias tetap menggila untuk part2 tertentu yang memerlukan teknik dan kepantasan anggota tubuhnya dalam menghentam setiap penjuru instrument drumnya (walaupun kadangkala gua rasa George Kollias masih mampu melakukan blastbeat gila babi tapi tidak dilakukan). Offbeat dalam beberapa part lagu juga dapat dibawa dengan baik oleh kedua2 pemuzik.

Secara keseluruhan, gua boleh katakan This Burden Is Mine (2016) adalah sebuah produk Death Metal yang solid dengan kombinasi Rock, Progresive dan Death Metal yang mampu membuatkan anda untuk masih boleh rilek2 dengan sound atmosfera yang di apply masuk dalam struktur komposisi lagu. Sahil Makhija telah menghasilkan riffing dan penyampaian vocal yang bagus serta George Kollias kali ini menjadi manusia normal dan tidak menjadi “robot” seperti apa yang dilakukan bersama Nile. Kombinasi dari dua pemuzik yang cukup superb!

The Unforgiving Truth, Frail Fallible dan From Rubble and Ruin adlah track kesukaan gua.



 Sahil Makhija

Demonstealer – This Burden is Mine (2016) telah rilis pada 25 March 2016 dengan limited 100 copies sahaja dalam format CD format. Selebihnya boleh dibeli secara digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected