Atomicdeath/Iron Tooth – Trail of Destruction (Split 2016)

0

Split tape ini dikeluarkan sempena tour 3 hari Atomicdeath merentasi Jakarta, Bandung dan Yogyakarta pada 8,9 dan 10 April 2016. Menggunakan nama tour tersebut iaitu Trail of Destruction – Indonesia Tour 2016, split tape ini menampilkan Iron Tooth yang turut berkongsi pentas pada hari pertama tour di Jakarta. Thrash Metal adalah isi perut kepada split tape ini disamping bau2 Crusty  Punk masih boleh dihidu sepanjang menghayati kesemua track dari kedua2 band. Ok, jom gua crita sikit pasal split tape ini.

Tracklist :

Side A
Atomicdeath
1 – Morbid Growling
2 – Warfare In The Night
3 – Hell Reign On Earth
4 – From Out Of Nowhere (Driller Killer Cover)

Faiz (Vocals/Bass), Patto (Guitars), Kerry (Guitars), Remie Deen (Drums)

Track2 dari Atomicdeath telah dirakam, adun dan melalui proses mastering di Gagak Hitam Studio, Kajang oleh AP Filthgrindz sekitar January sehingga Mac 2016.

Apa yang boleh gua katakan, kesemua track dari Atomicdeath sememangnya rancak, menarik dan tidak mengecewakan. Tone gitar yang keras, solo gitar disetiap lagu, hentakkan drum menjadi tunjang kerancakkan lagu dan cara nyanyian yang galak mampu menggoncang kepala otak anda jika sound speaker anda di pulas ketahap maksima! Ok, ini adalah track2 terbaru dari Atomicdeath dan jangan lupa mendengar track saduran dari Driller Killer bertajuk From Out of Nowhere dibawa dengan baek sekali oleh Atomicdeath. 

Side B
Iron Tooth
5 – Victim Of Provocation
6 – Destruktif
7 – Victory Over Suffering
8 – Hegemoni Tiran Keparat

Anugerah Esa (Bass), Isarink Khamarudin (Drum), Agus Triyadi (Guitars), Heru Mantooth (Vocal)

Iron Tooth pula menjalani proses rakaman di Bulletproof Studio, Jakarta sekitar Februari sehingga Mac 2016. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Danny Crust.

Ini pertama kali gua mendengar lagu2 dari Iron tooth. Thrash Metal adalah tunjang konsep mereka. Juga rancak sepertimana anda mendengar lagu2 dari Atomicdeath. Mungkin kelainan dari cara pembawaan vocal. Iron Tooth menghidangkan dua buah track berbahasa ibunda dan dua lagi adalah berbahasa inggeris.

Atomicdeath – Morbid Growling
Iron Tooth – Victim of Provocation

Apa yang boleh gua katakan split tape ini menampilkan irama Thrash Metal dari kedua2 band. Bukan sekadar Thrash Metal, kedua2 band turut punya pengaruh Crust dan Punk dalam penulisan lagu2 mereka. Seperkara lagi yang boleh gua katakan ini sebuah split yang benar2 rancak. Kena betul penghasilan split tape ini dengan menampilkan kedua2 band yang membawa music yang kencang, rancak dan boleh bergoyang kepala dan kaki anda. hahaha. Kepada Thrasher2 diluar sana tunggu apa lagi??????

Ok, gua tak pasti split tape ini masih boleh didapati atau sudah sold out. Sila berhubung dengan band terlibat untuk sebarang pertanyaan dan pembelian untuk harga RM15/unit by hand.

* Gua ada dengar2 split ni nak dibikin CD.. apa2 sama2 kita tunggu..

Atomic Death
Email
Facebook
Blogspot

Iron Tooth
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected