Demonical Crisis Assembly – Open Fire (2010)

4

Arghhhhhhhh!!! band ini antara band yg femes 1 ketika dahulu kerana menjadi penghias suratkhabar tempatan dan juga majalah paling “sensasi” dengan cerita2 yg gua sendiri xtau nk komen.. haha.. ok, kali ini DtE ingin mereview album baru dari band Shah Alam yang membawa konsep War Black Metal!!! Band apa lagi kalau bukan Demonical Crisis Assembly atau singkatannya DCA!!! Setelah bergelut dengan rakaman studio kini DCA telah meriliskan sebuah album penuh bertajuk Open Fire.

Cover artwork oleh Blazer Massacre
Untuk makluman anda, Open Fire dirilis oleh label Korea iaitu Infernal Kaos Production. Rilisan ini terhad hanya kepada 1000 copy sahaja. So, anda yang membaca sila rembat CD ini sebelum ianya habis!!!
Terdapat 8 track didalam Open Fire. Antaranya ialah :
1 – Battle Ov The Atlantic
2 – The Rise Ov The Goat Soldier
3 – Dominate : The Earth
4 – Sign Ov The Conqueror
5 – Monument Ov Sorrow
6 – Beyond the Grace Ov War
7 – The Black Regiment
8 – War To End All War
Ok, untuk rilisan kali ini sound setiap lagu dan keseluruhan album (sila ketepikan track terakhir kerana diambil dari kompilasi Metal To Metal II) agak berlainan jika di bandingkan dengan Blood War Death EP 2005 juga sebuah lagu dari kompilasi Mertal To Metal (track 8). Sound production bagi Open Fire berbunyi agak mendap dan elemen Black Metal dapat dikesan. Perubahan ketara juga jika anda pendengar DCA dan mengikuti progres band ini. Dari segi music boleh dikatakan DCA memainkan irama metal yang laju namun kualiti sound kali ini sememangnya mendap dan lebih gelap jika dibandingkan rilisan2 sebelum ini. 
Kelapan2 lagu kedengaran agak statik dan bagi pendengar yang pertama kali mendengar pasti akan mengatakan setiap lagu seakan-akan sama namun bagi pendengar metal kental pasti dapat membezakan antara setiap track yang diperdengarkan. 
Pada pendengaran gua, beberapa perubahan drastik dapat dikesan melalui Open Fire ini. Pertama dari segi penyampaian vocal oleh Blazer Massacre. Cara nyanyian yang berlainan dari yang dilakukan untuk EP dahulu namun gua rasa cara nyanyian terbaru ini lebih baik dari yang terdapat dalam EP dahulu. Walaupun kedengaran seakan vocal cuba mencapai key untuk setiap lagu namun dari sudut positifnya ianya kedengaran agak unik dan tidak terlalu tipikal dengan genre music yang dibawa.
Begitu juga dengan sound gitar yang terlalu mendap. Tidak terlalu bingit namun gua rasa istilah paling sesuai ianya mempunyai sound sgt agak mendap. hasil sebegini mungkin terhasil ketika proses mixing dan mastering. Bunyi bass seperti kebanyakan sound2 black metal lain, kurang ditonjolkan.
Untuk part drum pula, overall sound yang mendap agak menenggelamkan tone sebenar drum dan kedengaran hi-hat dan symbol melebihi level dari lain-lain. Juga snare yg bunyi agak ketara dan sayang sekali pedal drum tidak berapa menonjol jika dimainkan secara laju. Agak rugi jika equipment yang berkualiti gagal mengeluarkan tone menarik untuk proper rekoding. Apa pun, mungkin untuk menghasilkan sound War Black Metal yang diingini, ini adalah ramuannya. hanya DCA yang punya jawapannya.
Pada gua, gua memilih track The Black Regiment sebagai track pilihan kerana terdapat part ditengah lagu yang menggunakan riffing tersangkut-sangkut. Agak menarik part tersebut. Jika diberi pilihan kesemua 8 track gua terpaksa memilih track terakhir War To End All War kerana kualiti rakaman lagu tersebut lebih jelas dan ianya antara lagu DCA yang paling kejam pernah gua dengar!!! m/
Keseluruhannya pada awal sebelum rilisnya album ini, gua beranggapan Open Fire mampu menandingi keupayaan dan bakal menggugat kewibawaan Impiety namun tanggapan gua sedikit meleset. Pada gua jika rakaman lebih clear (semua instrument boleh dengar clear) pasti Open Fire mampu menjadi antara album terbaek 2010. Mungkin juga DCA punya agenda tersendiri terhadap Open Fire. hanya DCA yang tahu.
Orait untuk mendapatkan album berharga RM20 ini, anda boleh menghubungi sendiri DCA melalui laman myspace Demonical Crisis Assembly atau menghubungi Infernal Kaos Production

Battle Ov The Atlantic (Live at Vokill Fest 2010)
rate : 6.5/10

4 thoughts on “Demonical Crisis Assembly – Open Fire (2010)

  1. i little big like this band,have follow much showcase of this band since 2006.performance are very energetic upstage,forget what this band have doing shit to malaysian metal scene about their extreme appiriences,i think their a totally fuck-up wanna be but their doing great good job for thats.for this album,the drummer fill in still same like their oldest EP monotone and nothing improvement.guitar work has very rotten sound,their have all good riffing but i can't hear clearly.overall this album is medium,but i'd love their live perfomance,nothing can compare with others band -thanarattepsantichai – bangkok,thailand.

  2. This is true War Metal band from malaysia!!

    Their can be a legendary war metal band ever! Better than before with a great music and vocal. When i watch them live their have their own energy and showmanship with a supersonic riffing,k chaostic vocal and hyper-blasting drumming.

    their not doing shit to malaysian scene their doing the best ever show and their show the world DCA is against zionist with their fake blood and great propaganda!
    You don't know what are they doing so shut the F**K UP!

    for sure their can be the best band in malaysia 1 day.

    Hail Demonical Crisis Assembly

    For this album their sound not very messy with mid guitar work and bass, this what the Black metal malaysia looking for! This album is only for the dedicated Black Metal not for a f*****g death, thrash or any metal wannabe!

    All hail to Black Metal Scene!

    Open Fire – 4 / 5

    Only for the Deadicated!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected