Defoulters – Within [EP, 2021]

0

Defoulters merupakan unit Deathcore yang berasal dari Lembah Klang. Ditubuhkan pada 2020, mereka tidak membuang masa untuk mendemonstrasikan kemampuan mereka bermuzik melalui debut EP ‘Within’ yang diterbit sendiri.

EP 4 lagu ini menghidangkan idea mereka yang berkiblatkan Deathcore era 2010. Jejak-jejak pengaruh daripada As Blood Runs Black, ERRA, dan Massacre Conspiracy boleh didengari dalam setiap trek dimainkan. In fact ada certain parts yang benar-benar berinsipirasikan band-band disebut, which is not a problem. Biasalah tu inspired.

Within adalah material yang raw dan unpolished untuk idea yang bagus. Ia boleh didengari daripada permainan yang kurang bersih dan parts yang tidak flow dengan baik. Saya berpendapat rakaman dalam EP ini kurang teliti dengan minor tempo problem dan permainan yang sumbang (paling jelas sumbang di trek terakhir). Level dalam mix pun sebenarnya agak perit didengar terutama apabila lagu dalam berkelajuan tinggi. Contohnya dram blasting akan benar-benar menenggelamkan bunyi gitar dan vokal. Dalam tempo yang biasa pun mix kedengaran tidak seimbang. Kualiti rakaman dalam setiap lagu juga berbeza, rasanya semua ini dirakam dalam sesi berbeza, jadi macam cacat sedikitlah dynamic EP ini. Saya menyedari ini mungkin hasil daripada home production, dan mungkin ini first attempt mereka.

Namun saya perlu memberi kredit kepada mereka untuk craft lagu-lagu yang gut punching (listen to those earth-shattering breakdowns) dan vokal yang monstrous (cuma harapnya lain kali ada variasi dalam vocal delivery). Saya harap Defoulters akan lebih konsisten dalam terbitan akan datang dan craft lagu-lagu yang lebih original. There’s still hope! 

Within kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: As Blood Runs Black, ERRA, Massacre Conspiracy, August Burns Red

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected