De Profundis – The Blinding Light of Faith (2018)

0

Berasal dari United Kingdom, dengan penubuhan sekitar 2005 beserta konsep music Doom Metal, band bernama De Profundis ini bertukar arah kepada Progressive Death Metal dan pada 10 May 2018 yang lepas mereka telah kembali dengan album terbaru yang merupakan album ke 5 di bawah Transcending Obscurity Records. Full length ini diberi tajuk The Blinding Light of Faith.

Tom Atherton (Drums/Percussion), Shoi Sen (Lead/Rhythm Guitars), Craig Land (Vocals), Paul Nazarkardeh (Lead/Rhythm Guitars),  Arran McSporran (Fretless Bass)
Artwork oleh Alex Tartsus
Tracklist :
1 – Obsidian Spires
2 – War Be upon Him
3 – Opiate for the Masses
4 – Bastard Sons of Abraham
5 – Martyrs
6 – Godforsaken
7 – Beyond Judgement
8 – Bringer of Light

The Blinding Light of Faith (2018) melalui proses rakaman di Parlour Studio, Kettering dan RYP Studio, London. Proses rakaman diselenggara oleh Pete Dowsett, manakala editiong engineer oleh Lorence George Charter dibantu oleh Andrew James. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Pete Dowsett.

Secara keseluruhan gua beranggapan The Blinding Light of Faith adalah antara karya antarabangsa terbaek setakat ini yang singgah dan menjahanamkan gegendang telinga gua. Agak terlambat mendengar promo pack dari Transcending Obscurity Records ini, membuatkan gua sedikit ralat kerana apa yang dihidangkan bukan biasa2. Keseluruhan lagu2 terkandung didalam album ini benar2 enjoy dan berada dalam kepelbagaian genre dan terma Progressive Death Metal yang digunakan sebagai konsep De Profundis itu ternyata tepat. Kredit kepada kesemua line up yang jelas menghasilkan sesuatu yang perlu dibanggakan dalam kontek musicwise itu sendiri. Kepelbagaian dan pengembangan idea yang membuatkan album ini terpaksa gua ulang dengar kerana dari sisi music nya, ianya tidak “kosong” dan tahap teknikal nya juga tinggi. Gua memilih track bertajuk Opiate for the Masses sebagai track pilihan memandangkan ia nya adalah sebuah track yang sukar, berteknikal tinggi, menonjolkan kemampuan dan komitmen permainan individu dari setiap line up. ianya sebuah track yang membuktikan Death Metal bukan sekadar music keras, laju dan straight forward. Selain dari itu track2 lain turut punya kehebatan tersendiri dari segimpermainan gitar seperti tahap kelajuan, downstroke dan solo gitar dari kedua2 gitarist. Bassist yang ternyata bukan calang2 menggunakan setiap note yang ada di fretboard untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Drum tidak perlu dipertikaikan dan kemampuan vocal dalam pelbagai range melengkapkan album ini sebagai antara album Death Metal terbaik setakat ini. Kredit juga harus diberi kepada team teknikal sepanjang rakaman kerana menghasilkan mutu bunyi yang benar2 jitu, padu dan jelas untuk di dengar. Recommended!

The Blinding Light of Faith (2018) didatangkan dalam dua format iaitu fizikal dan digital. Urusan pembelian secara digital boleh dilakukan secara terus dilaman bandcamp De Profundis. Untuk format fizikal, ianya didatangkan dalam beberapa bentuk seperti Autographed Gold Boxset yang mengandungi beberapa items didalamnya, digipak CD dan combo CD bersama band Depravity (Australia). Juga dijual official tee yang turut boleh di view dan di beli melalui laman bandcamp mereka.

Kepada pendengar dan peminat band2 seperti Opeth, Dismember, Edge of Sanity, Hypocrisy, Vader, Pestilence, Ursinne dan Bolt Thrower, adalah disarankan untuk mengetahui akan kewujudan De Profundis. Dan ini bukan sebarangan produk dan penggila dan pengkaji music beraliran keras dituntut untuk memilikinya. Recommended!!!

De Profundis
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected