Countless Skies – Glow [Full Length, 2020]

0

Saya kena mengaku kebelakangan ini keadaan cukup muram semenjak gelombang kedua pandemik melanda negara. Rasa macam putus asa pun ada, sedih pun ada, sakit hati pun ada. Kemudian, ada rasa terubat sikit apabila band Melodic Death Metal dari United Kingdom, Countless Skies mengeluarkan album penuh kedua mereka ‘Glow’ menemui pasaran pada 6 November 2020 melalui Willowtip Records.

Adakah mendengar ‘Glow’ satu life changing experience? Tidaklah macam tu. ‘Glow’ adalah terbitan yang uplifting dan soaring, sesuatu yang jarang ditemui dalam releases yang kami dengar kebelakangan ini. You read that right, album ini membawa vibe yang inspiring berasaskan template Melodic Death Metal ala Insomnium. Dengan riffing gitar bermelodi bertalu-talu bersulam vibe Post-Metal dan dinamik vokal menderam denganl high note Power Metal (siap ada back-up vokal seakan choir!) yang terasa refreshing (rujuk opening track Tempest, cukup indah), ‘Glow’ memberi feel yang motivated jika didengari di awal pagi atau terasa berapi kalau sedang workout, contohnya.

Saya menyukai Countless Skies lebih cenderung kepada stail Finnish Melodic Death Metal daripada mengikut stail Swedish (walaupun mereka sebenarnya mengikuti stail Insomnium, yang in turn berpengaruhkan Dark Tranquillity). Sekali-sekala terasa pengaruh Progressive turut menyelinap halus, terutamanya di bahagian melodi awal trek Moon dan beberapa trek lain. And love the solos! Terasa klasik sentuhan Melodic Death Metal dengan solo bergulung-gulung. Trek Zephyr pula tak segan-silu menyelit feel Post-Metal/Rock bahagian terakhir, mengakhirinya dengan feel yang uplifting tanpa perlu kompromi kualiti Melodic Death Metal bawaan mereka. Trek ‘Glow’ yang dipecahkan kepada 3 bahagian menonjolkan stail Progressive bercampur-baur Melodic Death Metal, malah terasa bergaya Mike Oldfield yang berperisa Metal. Sedap! Semestinya menjadi contender Album of the Year saya.

Glow kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Insomnium, Be’lakor, Dark Tranquillity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected